Pages

Rabu, 13 November 2013

Imam Syafi’i dalam kitab Mau’izatul Mu’minin

Imam Syafi’i dalam kitab Mau’izatul Mu’minin berkata: “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” !!!..
 
Justeru itu lebih baik diam daripada berbicara yang tidak mendatangkan manfaat, sebab dengan diam akan mengurangkan dosa dan bahaya yan...g timbul akibat lidah, seperti mana yang tersebut dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. (Riwayat Abu Naim)
Rasulullah SAW bersabda: “Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan, karena dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan “ (HR. Ath Thabarani dan Ibnu Hibban)
Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai.” (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik, atau diamlah “. (HR. Bukhari dan Muslim)

Kata-kata hikmah dari BILAL BIN SAAD: ”Sekiranya anda melihat seseorang yang pintar berbicara, suka membantah dan suka membanggakan pendapatnya, maka ketahuilah bahawa kerugiannya telah sempurna.”..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.