PERINGATAN dan buat renungan kita bersama
"Peliharalah, pupuklah apa yang diperdapat dari kami. belajarlah, bandingkanlah, pergunakanlah, dan kalau sekiranya akan menghancurkan diri sendiri, tidak membaikkan kepada badan diri sendiri atau menyesatkan perjalanan diri sendiri, tinggalkanlah jangan dipakai, buat apa gunanya kalau dipakai tapi sampai lupa diri dibawakannya.

Tetapi kalau rasanya terbukti bukan apa macam yang saya katakan ini, lanjutkanlah, pupukanlah dan tingkatkanlah…ni saya cakap. Pergunakanlah untuk kebaikan sesama manusia atau baik dan membaikkan dan jangan hendaknya dengan apa yang telah ada pada diri masing-masing, menjadi satu kemegahan atau satu pertunjukkan membesarkan diri, menyombongkan kepada orang luar, janganlah sekali-kali sampai begitu.
Hendaknya bagi orang luar, apa itu? Ini terahsia baginya hendaknya, jangan difikirkan bagaimana si anu atau kenapa si anu Baliklah pandang diri sendiri dan sedar diri sendiri. Sebenarnya jalan guru kamu Al-Marhom Bapak adalah jalan Kewalian. Bermula dari jalan Kesufian "MENCARICARI", kepada jalan Tasawuf "MENGHAMPIRI", menuju kematalamatnya yakni kejalan Kewalian "MENGENAL DIRI DAN ALLAH".
Tidak akan dapat apa itu yang dikatakan GERAK KUDRATULLH, selagi kamu tidak membuat pembersihan secara total. Ini soal ghaib, maka ghaib-ghaib Idhafi yang negatif pada Diri itu wajib dibuang dahulu 100%, yakni AKUAN/PERJANJIAN leluhur kita pada jin/syaitan dan yang seumpama dengannya.

Selagi kamu tidak sampai ke DARJAT "NUR MUHAMMAD", maka yang kamu sembah itu adalah AKUAN mu sendiri. Kita sangka itu GERAK ALLAH, rupanya kita tertipu. Ketahui oleh, ada pun hakikat-hakikat ghaib yang negatif disekeliling kamu itu sentiasa meminta kamu mempertuhankan mereka. Oleh itu berwaspadalah.....
Hormatilah mereka, mereka telah diamanahkan oleh Al-Marhom Bapak, sebagai PENYAMBUNG WASILAH PERGURUAN. Apa jua masalah dan persoalan, silalah kita rujuk pada mereka, bawa muzakarah. "BARANG SIAPA TAHU APA ITU RAHSIA EMAS SEPULUH, NESCAYA KETAHUILAH DIA BETAPA TINGGI NILAINYA ILMUNYA YANG TELAH ADA PADA DIA".

Cuba kita renungkan. Jika ahli-ahli Tareqat bernama, hendak sampai ketahap jalan gerak ini, memakan masa bertahun-tahun, belasan tahun, malah ada yang sampai puluhan tahun. Mursyid mereka terlalu KETAT DISIPLINnya. Tahulah saja, jalan Tareqat bernama ini banyak sangat ADAP TERTIB dan PANTANG LARANGnya.
Cubalah kita bertanya sesuatu pada orang Tareqat bernama. Apa jawapannya: "Oooo, tak boleh, rahsia, kena masuk baiah, jumpa Mursyid." Apa saja persolan dan pertanyaan, sikit-sikit rahsia, sikit-sikt kena jumpa Mursyid. Itu cara mereka, kita kena hormat. "Alhamdulillah, masih ada anak-anakku yang tahu menilai pemberian "EMAS SEPULUH" dariku. Sesat dihujung jalan, masih boleh kembali kepangkal." Mudah-mudahan kita sama-sama memahami dan dapat menilaikannya.....
Tidur nyenyaknya kita orang awam adalah rahmat dan nikmat Allah. Tidurnya SIARIFF itu ibarat sedang bertafakul. Bertafakulnya SIARIFF itu sesaat, ibarat 1,000 bulan solat orang awam. Dimana saja ada tamaddun, maka disitulah adanya kepercayaan beragama.

Sememangnya naluri dan fitrahnya kita manusia mendorong kesitu, yakni kepercayaan sesuatu wujud yang berkuasa, yang dikatakan Tuhan. Cuma corak pemujaannya atau penyembahannya itu saja yang berbeza-beza. Maka terbitlah hukum-hukum dan peradapan cara hidup yang bersesuaian dengan penerimaan manusia ketika itu.
Tidak ada agama yang menyuruh penganutnya tidak mengerjakan sembahyang cara mereka. Tidak ada agama yang menyuruh penganutnya melanggar hukum-hukum agama cara mereka, dimasa dan ketika itu. Apalagi AGAMA ISLAM yang turun dari langit. Doktrin Ketuhanan yang dinamakan Islam itu telah bermula dari Adam AS sebagai BAPAK MANUSIA PERTAMA.
Maka hukum hakam ketika itu Allah ringankan kerana bersesuaian dengan fungsi dan keperluan manusia diketika itu. Kemudian kepada Nabi Noh sebagai BAPAK MANUSIA KEDUA. Diringkaskan ceritanya... dan seterusnya tiba pula giliran Nabi Ibrahim AS sebagai BAPAK MANUSIA KETIGA PULUH SEMBILAN. Difahamkan Agama Islam ketika itu dinamakan AGAMA TAUHID.
Maka kemuncaknya ialah kepada Junjungan Agung kita Nabi Muhammad SAW, digelar sebagai BAPAK MANUSIA KEEMPAT PULUH. Maka segala hukum-hakam dalam empat Kitab-Kitab dan Shohaf-Shohaf Nabi-Nabi yang silam itu, terhimpun dan termaktub didalam Kitab Suci ALQURAN AL-ADZIM. Firman Allah Taala: "Sesungguhnya telah sempurna agama bagi kamu. Maka Agama yang diredhoi disisiKu adalah ISLAM." Maka lengkaplah pusingan DOKTRIN HAKEQAT MUHAMMAD (NUR MUHAMMAD) bermula dari Nabi Adam AS, yang dikatakan Islam AGAMA TAUHID, hingga sempurna kepada Penutup Bagi Segala Nabi, yang dinamakan dia KATHAMULNABUAH.
Maka telah sempurnalah segala Hukum-Hakam dan Peradapan Hidup yang diredhoi disisi Allah, yakni AGAMA ISLAM. Maka semuanya itu bukan ilmu akal, semuanya adalah WAHYU dan NUR yang datang terus dari ALLAH RABBULALAMIN. Telah bersabda Rasulallah SAW: "Barang siapa meruntuhkan titianku, sesungguhnya dia bukan dari ummatku." Dan lagi Sabdanya: "Aku tidak diutus oleh Allah, melainkan membawa budi pekerti terpilih dan membawa rahmat sekelian alam. "~Wallahu`alam bishawab~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.