Pages

Rabu, 20 November 2013

Persoalannya disini, apakah hubungan nyawa dengan masin?

Persoalannya disini, apakah hubungan nyawa dengan masin?
 
Yang menerima masin itu, adalah jasad, bukannya nyawa, nyawa tidak ada kena mengena dengan masin!. Tetapi kenapa bilamana ikan masih bernyawa, jasadnya tidak boleh menerima masin. Bilamana ikan sudah mati dan setelah nyawa bercerainya dari jasad, barulah tubuh ikan itu boleh menerima masin! kenapa?.
 
Yang berendam didalam lautan masin itu, adalah jasad ikan bukannya nyawa ikan! Kenapa ikan tidak boleh menerima masin bilamana adanya nyawa?. Tubuh ikan hanya boleh menerima masin, setelah ketiadaan nyawa!.
 
Cuba lihat bagaimana ikan yang sudah mati, pastinya akan menemui masin. Iktibar atau pengajaran “mati” yang dapat kita kutip dari kiasan ikan dengan garam itu, sebenarnya adalah salah satu cara mengajar kita mengenal Allah.
 
Kenapa ikan tidak boleh menerima masin?. Persoalan ikan tidak boleh menerima masin adalah sama dengan persoalan kenapa kita tidak boleh mengenal Allah?. Barang siapa tahu kenapa ikan tidak boleh menerima masih, mereka akan tahu kenapa kita tidak boleh mengenal Allah!.
 
Ikan tidak boleh menerima masin, adalah kerana ikan belum sampai kepada tahap “mati”. Begitu juga dengan kita, diri kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, adalah kerana diri kita belum sampai kepada tahap mati (matikan diri sebelum mati).
 
Bilamana kita berjaya sampai kepada tahap mematikan diri sebelum kita mati, disitulah nantinya kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah Taala!.Sebab kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah itu, adalah kerana kita belum berjaya sampai kepada tahap matikan diri!.
 
Sesudah sampainya kita kepada tahap “mematikan diri sebelum mati” dengan sebenar-benar sampai, barulah boleh kita mengenal Allah Taala dengan sebenar-benar kenal!.
Setelah ikan sudah sampai kepada tahap mati, maka akan sampailah sifat masin kepada jasad ikan.
 
Begitu juga kiasannya dengan diri kita. Bilamana sampainya kita kepada tahap “Al mutu kablaan tamautu”, (matikan diri sebelum mati), barulah kita akan sampai kepada tahap mengenal AllahTaala!. Setelah diri sudah sampai kepada tahap “mati sebelum mati”, maka akan sampailah kita kepada tahap mengenal Allah!.
 
Untuk itu, barang siapa yang berhajat atau bercita-cita untuk sampai kepada tahap mengenal Allah Taala, seharus dan semestinya terlebih dahulu melalui proses mematikan diri sebelum mati!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.