Pages

Sabtu, 16 November 2013

PETUNJUK-PETUNJUK UNTUK KESEMPURNAAN

PETUNJUK-PETUNJUK UNTUK KESEMPURNAAN

“Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang kepada malam, dan Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau memberi rezeki siapa yang Engkau kehendaki dengantidak berkira.”(Al-Quran Surat Ali-Imran ayat 27)
Malam ada pada kita dan siang pun ada pada kita. Begitu jugayang hidup ada pada kita dan yang mati pun ada pada kita. Bagiku,adalah malam yang dimaksud ialah badan dan siang ialah diri atauyang ‘hidup’ ialah diri dan yang mati ialah badan. Maka adalahorang yang diberi Tuhan rezeki yang tak terhitung banyaknya ialahyang dikehendaki-Nya iaitu yang dapat mengeluarkan yang hidupdari yang mati dan sebaliknya yang mati dari yang hidup, begitupun pula yang pandai memasukkan siang kepada malam danmalam kepada siang.

Dia menyinar dalam gelap dan si gelap tidak mengerti. Dialah cahaya yang sebenarnya yang menyinari tiap-tiap orang yang datang ke dalam dunia. Dia ada di dalam dunia dan dunia dijadikanoleh-Nya dan dunia tidak mengenal Dia.Si terang menerangi si gelap dan si gelap tidak mengerti.Terang dan gelap, siang dan malam, hidup dan mati bagiku sama,iaitu:

Gelap = malam – mati – badan

Terang = siang – hidup – diri

Burung ada di dalam sangkar. Sangkar dibuat untuk burung dan sangkar tak mengenal burung.

Untuk dapat memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, dan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup, hendaklah terlebih dahulu dapat kita memahami akan tujuan atau maksud erti kata yang sebenarnya, dari siang dan malam dan hidup dan mati itu.Secara ilmiah kita harus mengadakan pemisahan antara badan dan diri.
 
Bagiku adalah diri itu berdiri dengan sendirinya.Alirannya meliputi keseluruhannya (apa yang ada pada kita) danadalah yang dinamakan badan itu menjadi kepunyaannya. Kalau kita mahu mengambil perbandingan keluar, maka perhatikan kabel elektrik dan pelajarilah mana yang stroom dan mana yang kabel.Dan, adakah batas antara stroom dan kabel, tidak? Kalau tidak,kenapa kalau kita pegang kawatnya bahagian luar, stroom tidak menjalar pada kita?
 
Adalah keadaan stroom dan kabel itu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Alirannya terbatas pada kulit diluar.Begitu pulalah diri kita di dalam. Diri mengaliri seluruh isibatang tubuh di dalam dan di luar berbataskan bulu dan kulit. Dia dalah si terang yang menyinari alam sekelilingnya. Juga adalah dia si siang yang letaknya di dalam batang tubuh kita.
 
Si terang dan si siang itu adalah dia yang hidup yang alirannya mengaliri batang tubuh kita di dalam. Jadi adalah si terang – siang – hidup letaknya dan tempatnya bagi kita di dalam, dan adalah dia itu diri yang menyinari alam kita di dalam.Untuk mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ataumemasukkan malam kepada siang dan sebaliknya mengeluarkanyang mati daripada yang hidup atau memasukkan siang kepadamalam, menghendaki si diri sanggup menembus dinding sendiriatau menembus bulu dan kulit yang sebagai batas untuk keluar.
 
Menembus dinding sendiri bererti menembus alam sendiri, bererti menembus bulu dan kulit kita. Penembusan bulu dan kulit bererti kita telah menemui jalan iaitu jalan diri sendiri, dan perkenalan kitadengannya memperkenalkan diri sendiri kepada kita. Dengannya(jalan diri) pula kita dapat menemui diri sendiri. Kalau jalannya telah ditemui, maka tidaklah sulit untuk mengenalnya dengan ertiyang sebenarnya, dan apalagi kalau kita telah dapat menemuinya.
 
Ada apa pada diri kita itu? Untuk mendapat menjawab pertanyaan ini hendaklah kita tahu betul pada diri kita itu apa-apa yang terkandung di dalamnya. Untuk dapat mengetahuinya hendaklah kita perhatikan dan pelajari jalannya diri yang telah ditemui itu. Setelah memperhatikan jalannya diri dengan saksama,maka kita akan tiba pada suatu kesimpulan bahawa yang dikatakan jalannya diri itu ialah sama juga dengan pancaran dari dalam batang tubuh kita atau seumpama stroom bagi kabel elektrik.
 
Penemuan kita pada pancaran atau stroom yang pasti sudah kita ketahui berasal dari dalam batang-tubuh kita, yang mana kalau diturutkan mendatangkan pergerakan, dan kalau diturutkan terus melahirkan pergerakan-pergerakan bermacam-macam yang berliku-liku, yang bagi kita amat sulit untuk dimengerti. Akan tetapi, suatu keberuntungan yang telah kita perdapat ialah suatu kepastian bahawa adalah pancaran atau stroom itu berasalkan atau datangnya dari dalam batang tubuh kita.Patut diketahui bahawa pusat dari seluruh pergerakan pada kita letaknya di otak.
 
Pada otak ada pusat yang menghubungkan citacita(idea) kita dengan dunia dalam kita (mikrokosmos). Ada pusatyang menghubungkan kita dengan dunia luar (makrokosmos). Ada pusat akal, ada pusat kemahuan, ada pusat kesedaran, pusat-pusatingatan. Lain daripada pusat-pusat tersebut ada pula yang geraknya langsung di luar kemahuan kita seperti jalan nafas, jantung, usus, pembuluhan-pembuluhan darah dan lain sebagainya yang dinamakan pusat susunan persarafan simpatis. Gerakan ini adalah gerakan di dalam batang tubuh kita yang bertujuan menjamin kehidupan kita.
 
Kedudukan kepala dan isinya ialah bahagian teratas dari batang tubuh kita. Di dalamnya terkandung akal, ingatan,kemahuan dan kesedaran. Pada waktu kita tidur, maka seluruh kegiatan hidup kita terserah pada diri yang tak pernah tidur, danterletaklah batang tubuh kita dalam keadaan istirahat oleh keletihanpada siang harinya. Pada waktu bangun, diri mendatangkan kesedaran dan ingatan pada kita, dan kegiatan kita mulai timbul kembali dengan datangnya kemahuan hendak duduk, mandi dan sebagainya untuk melakukan tugas kita sehari-hari.Diri membangunkan badan ialah melalui kesedaran terus keingatan. Ingatan mendatangkan akal.
 
Akal menerbitkan kemahuan.Kemahuan menghasilkan kegiatan dan tindak perbuatan. Begitu pula badan yang hendak beristirahat, perjalanannya ialah dari kemahuan kepada akal atau pertimbangan, dari akal ke ingatan,dari ingatan kepada kesedaran dan beransur-ansur kesedaran hilangdan tertidurlah badan. Dan tinggallah diri yang tak pernah tidur dengan kegiatan-kegiatannya di dalam yang melahirkan pergerakan jalannya pernafasan, jantung, usus, pembuluh-pembuluh darah dan lain sebagainya. Dan kesemuanya itu berlangsung di luar kemahuan kita dan bertujuan menjamin hidup kita.

Ke mana perginya tenaga-tenaga dari kesedaran, kemahuan,ingatan dan akal kita itu di waktu kita tidur? Proses kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa pada kita ada tenaga yang tersembunyi yang menguasai seluruh keadaan kita.Perumpamaannya ialah seolah-olah sekelompok kambing dengan pengembala, yang dengan adanya pengembala maka kambingkambing dapat dikumpulkan dalam satu kelompok, dapat dihantarkan ke tempat-tempat yang banyak rumput, yang ada air untuk akhirnya dihantarkan kembali ke kandangnya. Atau secara garis besarnya, ibarat si pemburu dengan senjata atau penunggang dengan kudanya.Bagaimana kedudukannya di dalam badan kita?
 
Untuk dapat menjawab pertanyaan ini kami pergunakan ayat 35 dari Surat an-Nur, yang ertinya : “Allah memberi cahaya langit dan bumi.Umpama cahayaNya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit.Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh diTimur dan tiada pula di Barat, hampir minyak itubercahaya dengan sendirinya, meskipun tiadadisentuh api. Cahaya berdamping dengan cahaya.Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.”

Tenaga yang tersembunyi yang ada pada kita itu ialah tenaga rohani yang berasal dari dalam batang tubuh kita. Timbulnya rohani disebab-keranakan adanya jasmani atau lebih terang, rohani adalah gambaran dari jasmani. Rohani adalah tiruan dari jasmani.Perkembangan rohani ialah bergantung kepada perkembangan amal perbuatan jasmani. Rohani orang beriman berlainan dengan orang munafik.
 
Rohani orang berbuat baik berlainan dengan rohani orang berbuat jahat.Allah memberi perumpamaan cahaya-Nya kepada seorang beriman seperti sebuah lubang di dinding rumah. Di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit dan seterusnya.Cahaya orang beriman berlain dengan cahaya orang yang tidakberiman. Berlainan cahaya itu disebab-keranakan berlainan amalperbuatan. Perbuatan yang baik berlainan dengan pekerjaan yang buruk. Tindak-laku yang jahat berlainan dengan perbuatan baik.Corak perbuatan kita itulah yang membayangkan cahaya kita keluar.
 
Cahaya yang asli akan bertambah bersinar bagi mereka yang berbuat baik, dan akan pudar dan bertukar bagi mereka yang berbuat jahat. Hasil dari berbuat baik ialah pahala, dan hasil berbuat jahat ialah dosa.Adalah rohani itu tersusun dan terdiri dari zat-zat atau elektron-elektron hidup yang mengandung tenaga elektro-magnetik.
 
Apabila elektron-elektron itu keluar dari susunannya iaitu rohani, maka tenaga yang keluar dari proses ini besar sekali, akan tetapi ghaib. Ertinya tidak dapat disaksikan dengan langsung. Tenaga yang keluar ini dinamai tenaga ghaib (metaenergy). Dengan metaenergy kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idamidamkan.Oleh kerana tiap-tiap orang mempunyai metaenergy, dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap-tiap orang dapat mencapai semua cita-cita asal mempunyai kemahuan yang teguh.

Telah diketahui bahawa pada kita ada itu metaenergy yang mempunyai banyak kemungkinan-kemungkinan, dan alangkah baiknya kalau kita dapat menguasai dan merasakannya yang tak dapat disaksikan dengan langsung itu. Tenaga ghaib itu mengaliri seluruh batang tubuh kita di dalam yang mana kalau kita dapat menurutkan jalannya, kalau digambarkan akan menghasilkan gambar kita sendiri yang disebut rohani. Dan itulah pula dia diri yang terdiri dari zat-zat hidup.
 
Untuk dapat mempunyai, menguasai sampai dapat merasakan itu tenaga ghaib, tentu kita harusmenembus dinding kita sendiri supaya kita dapat menemuinya.Pada pemecahan kita dengan keterangan kita telah menemui jalan diri sendiri dengan menembus kulit dan bulu kita, kalau diperhatikan dengan saksama kita telah sampai pada kepastian bahawa kita telah mempunyai tenaga ghaib atau dengan bahasa asingnya metaenergy. Dengan telah mempunyai tenaga ghaib itu,janganlah hendaknya terus dianggap kita telah dapat berbuat apa yang kita inginkan. Kita harus mempelajari lebih dahulu akan selok-belok keadaan diri kita, walaupun telah diketahui bahawa diri itu terdiri dari susunan elektron-elektron atau bion-bion (zat-zat hidup).
 
Diri yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, yang terdiri dari susunan zat-zat hidup dan yang letaknya di dalam batang tubuh (yang di namai badan), mengaliri seluruh keadaan kita atau apa yang ada pada kita menurut saluran-saluran tertentu seumpama darah dari jantung kita yang mengaliri seluruh batang-tubuh kita.Keseluruhan aliran itu mendatangkan (menimbulkan) rohani sebagai gambaran dari jasmani kita.Dengan keterangan di atas, maka dapatlah kita memahami bahawa diri kita yang disifatkan ghaib itu mempunyai pula apa yang ada pada badan kita dengan serba ghaib pula, dan alirannyayang berisikan tenaga-tenaga itulah yang kita namakan tenaga ghaib.
 
Sebelum diri dapat menembus dinding (bulu dan kulit kita),maka lapangan bergerak dari tenaga batin kita ialah di dalam sahaja, akan tetapi setelah kita dapat menembus kulit dan bulu kita(tegasnya alam sendiri), maka dengan sendirinya lapangan bergerak tenaga yang tersembunyi kita itu telah meluas dan bebas.Akan tetapi, apa ertinya bagi kita keluasan dan kebebasan bergerak tenaga batin sendiri itu? Untuk dapat mempergunakannya,hendaklah kita mengerti akan keadaannya yang sebenarnya, dan bukan itu sahaja, kita harus dapat mengetahui selok-belok keadaan alam lain dengan isinya dan dapat pula menghubunginya hendaknya.Kita (manusia) mengenal alam yang kita diami sekarang ini(alam nyata) semenjak kita dilahirkan.
 
Kita jalani kehidupan kita dialam ini dengan suka dan duka, dengan pertolongan badan lahir kita. Pendidikan, pergaulan dan pengalaman menunjukkan kepada kita akan adanya makhluk-makhluk lain seperti syaitan, iblis, jinn,dewa-dewa, penunggu-penunggu dan lain-lain, yang keadaannya berlainan dengan kita manusia berbadan kasar ini. Begitulah pula pengetahuan keagamaan menunjukkan kepada kita akan adanya Tuhan Yang Maha Esa, malaikat-malaikat, roh-roh suci, arwah arwah,syurga dan neraka dan lain-lainnya. Makhluk-makhluk yang kita sebutkan di atas ialah semuanya makhluk hidup, yang masing masing hidup di alamnya sendiri pula, akan tetapi pasti tidak seperti kita manusia yang bertubuh kasar ini.
 
Kita mengenal dunia kita dengan pertolongan badan kasar kita dengan alat-alatnya (keupayaan pancaindera). Akan tetapi kita dengan badan kasar kita tidak dapat melihat makhluk-makhluk halus yang disebutkan di atas. Bila kita berpisah dengan badan kasar kita, mungkinkah kita dapat mengenal dan melihat makhlukmakhluk halus yang seperti tersebut di atas?
 
Satu pertanyaan yang sulit dan yang tak terpecah oleh akal.Sebagai manusia biasa kita mungkin dapat melihat makhlukmakhluk halus di dalam khayalan kita yang digambarkan oleh alam fikiran kita (yang pada umumnya sifatnya mengerikan dan menakutkan seperti gambaran raksasa, hantu, jin dan lain sebagainya) dan kebanyakan diambil pula dari bayangan cerita orang yang hasilnya dari khayalan akal fikirannya pula. Keterangan ini tak dapat kita begitu sahaja menerimanya oleh kerana tak masuk akal.
 
Kejadian-kejadian seperti tersebut di atas yang menimbulkan atau mendatangkan takut pada perasaan disebab-keranakan jiwa yang kecil lagi lemah dan dengan tidak mempergunakan pertimbangan akal (menerima sahaja) akan keterangan-keterangan orang-orang yang sambil bercerita menggambarkan perihal yang bukan-bukan pada kita manusia yang bersandarkan kepada kenyataan semata-semata.
 
Bagi orang yang berdasarkan kebendaan, boleh sahaja mengatakan tidak percaya kepada adanya hantu-hantu, jinn-jinn,penunggu-penunggu dan lain-lain yang sifatnya halus lagi ghaib,sebelum mengalami sendiri peristiwa-peristiwa ghaib. Sebaliknyabagi orang-orang yang tak berpendirian atau bagi orang yangbelum mempunyai pegangan, tidaklah pula baik akan menerimasahaja dan terus menelannya apa-apa yang dikatakan orang,terutama mengenai perihal yang halus-halus, yang tidak nyata,yang ghaib-ghaib.Kita dapat mendengar dari cerita-cerita orang akan adanyaorang halus, jinn, hantu, raksaksa dan lain-lain yang mengerikandan akan adanya dewa-dewa, arwah-arwah, roh-roh suci, malaikatmalaikat,bidadari-bidadari yang ceritanya menyenangkan perasaandan mendatangkan keinginan untuk supaya didatanginya atauhendak menemuinya.
 
Bagaimana mestinya kita menghadapi segalakemungkinan-kemungkinan itu? Untuk menghadapi segalakemungkinan-kemungkinan itu, hendaklah kita berpendirian dan mempunyai suatu pegangan yang kuat lagi benar.Berpendirian bererti tahu di diri yang sebenarnya danmempunyai suatu pegangan, bererti tahu di harga diri sehingga diriitulah yang menjadi pegangan hidup kerana diri itulah yang sebenarnya hidup.
 
Mengetahui diri serta mengenalnya sampai berdiri pada diri sendiri, yang tegak seperti Alif yang duduk seperti Wau yang tergantung tiada bertali, bertali tiada tergantung. Itulahdia diri yang bagi badan kita berdiri dengan sendirinya. Itulah puladia yang tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan; kalau digeserlaju, dibubut mati. Dan adalah yang di luar dari kita ialah badan(berbentuk dan berupa dan berasalkan dari tanah). Dan semuanya akan kembali dan dikembalikan ke asal iaitu tanah kepada tanah,air ke air, api ke api dan angin ke angin, dan walhasil-asal atau dibalik asal semuanya tidak ada kecualinya, atau kembali kepada Tuhan. ‘Inna lillahi wa-inna lillahi rajiuun.’

Dan akan musnahlah semuanya kecuali Dia Yang Asli, Yang Menjadikan segala yang dijadikan, Yang Mengadakan segala yang diadakan, Yang Mematikan segala yang dihidupkan dan Yang Menghidupkan segala yang dimatikan. Dia Yang Maha Besar tidakberupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan,Yang Membentuk segala yang berbentuk, Yang Merupakan(memberi rupa) kepada segala yang berupa.
 
Dia terahsia bagi seluruh umat, bagi seluruh makhluk, bagi seluruh hamba, dan adalah bagi orang yang hendak mencari-Nya, menjadi tugasnyalah untuk memecahkan Rahsia-Nya untuk dapat mengenal-Nya sampai dapat menemui-Nya. Dia sangat dekat bagi orang yang telah mengetahui Ilmu-Nya dan sangat jauh bagi orang yang tak tahu akan Rahsia-Nya. Carilah dia yang berada di alammu sendiri lebih dahulu sebelum engkau mencari-Nya yang berada di alam maha besar lagi maha luas yang tak bertepi dan sebelum engkau mencari yang lain-lain yang bertaburan di bumi kita ini (tegasnya dalam alam semesta)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.