PRAKATA SATU
Al-Fakir Abdillah Abdullah AlGemasi
Bismillah hir rahmanirrahim
Dengan IradatNya jua saya digerakkanNya untuk menulis semula buku karangan Dr Bagindo Muchtar ini. Secara jujur dinyatakan bahawa ianya dilakukan tanpa mendapat keizinan dari Dr Bagindo Muchtar kerana saya tidak pernah menemuinya dan tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengannya. Saya tidak pasti sama ada penulis asal buku ini masih hidup atau telah kembali ke Rahmatullah. ( bukunya merupakan MANUSKRIP yang mengikut catatannya siap ditaip / tulis pada 27hb November 1965 – 41 tahun yang lalu ) Namun ianya dilakukan juga kerana tuntutan mencari ilmu. Saya yakin Dr Bagindo Muchtar pasti mengizinkannya.
Ianya juga merupakan permintaan saudara dan sahabat saya Sdra Anuar Yasin dari Felda Jelai 3, Gemas. Saya memanggilnya sebagai Syeikh Nuar. Ini adalah kerana salinan buku berkenaan yang ada pada saya ( dan salinan yang saya hadiahkan kepada beliau ) merupakan salinan fotokopi yang tidak jelas dan sukar untuk dibaca.
Pada tahun 1980 saya bertugas sebagai Pengarah Bekalan di Jabatan Stor Keretapi Tanah Melayu. Seorang kakitangan saya ( yang saya anggap sebagai abang kerana jauh lebih berusia daripada saya ) bernama Amar Mansor telah menghadiahkan buku karangan Dr Bagindo Muchtar ini kepada saya. ( Sdra Amar pernah menjadi JURULATIH KANAN SILAT NASRUL HAQ YANG DITERAJUI OLEH PROF DR MUCHTAR LINTANG DARI INDONESIA )
Ketika itu saya baru berumur 29 tahun dan langsung tidak berminat kepada isi kandungan buku tersebut. Namun saya sangat menyayangi buku. Saya telah menyimpan buku itu dan telah membacanya banyak kali juga tetapi tidak dapat memahaminya seperti yang sepatutnya pada ketika itu.
Pada tahun 1995 saya telah mula menulis buku karangan saya sendiri yang saya namakan sebagai Pengantar Ilmu Hakikat Yang Diwariskan. Sebagai bab penutup saya sangat berhajat untuk menulis mengenai pendapat pendapat sama ada sesaorang itu boleh menemui Dirinya ketika ianya masih hidup didunia ini.
Ini adalah kerana kesemua guru guru saya menegaskan bahawa satu ketika nanti sesaorang salik itu akan dapat menemui Dirinya sendiri. Malangnya ketika saya bertanya kepada guru guru saya itu sama ada beliau sendiri telah menemui Dirinya, jawapan yang saya terima secara langsung dan tidak langsung tidak memuaskan hati saya. Ini pada hemat saya adalah kerana guru guru saya itu sama-ada masih belum lagi menemui Dirinya atau barangkali ianya merupakan satu SIRR atau Rahsia yang tidak boleh diberitahu kepada sesiapapun atau barangkali ianya ( perkara boleh menemui Diri itu ) merupakan cakap cakap sahaja bukan satu perkara yang benar. Yang demikian saya sendiri masih belum menemui Diri saya itu kerana saya tidak pernah diberitahu bagaimanakah cara dan amalannya.
Saya telah mencari buku Dr Bagindo Muchtar ini tetapi adalah jelas bahawa ianya sudah tiada dalam simpanan saya lagi. Tidak mungkin saya akan dapat menemuinya kembali melainkan atas Kehendak Allah jua. Saya menadah tangan berdoa kepada Allah dan meminta Allah memberikan petunjukNya untuk menunjukkan bahawa Ilmu Hakikat / Ilmu Mengenal Diri dan Tauhid Hakikat itu merupakan ilmu yang benar bukan ilmu yang sesat seperti mana dikatakan oleh ramai ulama Syariat. Saya juga memohon agar Allah memulangkan semula buku berkenaan.
Selepas tiga hari saya telah didatangi oleh seorang anak muda dari kampong saya juga. Anak muda ini telah datang kerumah saya selama tiga malam berturut – turut namun pulang kerumahnya kerana setiap kali dia datang saya ada tetamu. Jelas sekali anak muda ini ingin berbicara atau berbincang dengan saya secara bersaorangan. Anak muda ini hanya dapat menemui saya secara bersaorangan pada malam keempat. Ketika mengetahui saya tiada tetamu beliau terus memegang kaki saya sambil menangis teresak esak meminta saya mengampunkannya. Ini adalah kerana ( menurutnya ) dia telah mengambil buku saya tanpa pengetahuan dan izin saya dan setelah membacanya terus mengamalkan ajaran ajaran yang terdapat didalam buku tersebut. Anak muda ini menceritakan kepada saya pengalaman pengalaman aneh dan menakjubkan yang dinikmatinya selama lima tahun setelah mengamalkan amalan amalan yang diyorkan oleh buku tersebut. Katanya dia telah menemui Dirinya sendiri dan menyerahkan urusan kehidupannya selama lima tahun kepada Dirinya itu.
Beliaulah orang pertama yang mengaku kepada saya bahawa Diri itu boleh ditemui jika kita tahu JALANNYA. Anak muda ini menjadi guru saya yang entah keberapa.
Menurutnya sejak lima hari yang lalu beliau berasa amat gelisah dan hatinya diruntun runtun untuk memulangkan harta yang bukan miliknya. Harta yang dirujuknya itu ialah buku Dr Bagindo Muchtar milik saya ( yang saya cari cari itu ) tetapi buku yang dikembalikannya kepada saya bukanlah buku yang asal tetapi merupakan salinan fotocopy. Yang asal telah diambil oleh sesaorang katanya.
Anak muda ini juga menyatakan bahawa MURTIARANYA telah hilang. Sudah tiga tahun katanya dia kehilangan Dirinya ….. tidak lagi dapat menemui Diri itu seperti yang dialaminya selama lima tahun. Pada sangkaannya sebabnya ialah kesilapan mengambil buku berkenaan tanpa izin pemilik dan mengamalkan ilmu tanpa mendapat ijazah.
Sebab yang sebenar saya sendiri pun tidak tahu. Ada juga kemungkinan bahawa perkara yang SIRR telah diceritakan kepada orang lain khususnya orang yang bukan ahli.
Namun begitu Keagungan Allah adalah amat jelas dan nyata. Peristiwa yang saya ceritakan tadi membolehkan anda membaca buku Dr Bagindo Muchtar ini. Mudahan mudahan anda juga akan menikmati nikmat sepertimana yang telah dinikmati oleh anak muda yang saya ceritakan diatas. Namun segala-galanya adalah KetentuanNya jua.
Saya tidak bercadang untuk menceritakan didalam Prakata ini akan pengalaman pengalaman luarbiasa oleh anak muda tersebut. Saya juga tidak dapat menyebutkan namanya kerana tidak dapat keizinannya. Yang dapat saya katakan ialah adalah satu perkara yang benar bahawa sesaorang salik itu dapat malah amat perlu menemui Dirinya. Ini telah disebutkan oleh Sultanul Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani didalam kitabnya dan juga telah dinyatakan oleh Syeikh Hamzah Al – Fansuri didalam karangan karangannya.
NOTA
Tajuk Asal Buku Dr Bagindo Muchtar ialah MENGENAL DIRI
Penyalin mengubah tajuknya kepada MENEMUI DIRI DENGAN MEMANDANG KEDALAM kerana itulah yang dibincangkan sebenarnya oleh Dr Bagindo Muchtar. Fatihah Untuk Dr Bagindo Muchtar. Penyalin ( dan sewajarlah semua pembaca ) sangat berterimakasih kepada beliau atas isi kandungan buku ini. Isi kandungannya sangat MIRIP kepada PATRAP yang diterajui oleh bapak Slamet dan Bapak Abu Sangkan – Dzikirullah.com . Terimakasih dan Fatihah juga untuk abang penyalin Sdra Amar Mansur.
Penyalin tidak pasti sama-ada Buku MENGENAL DIRI karangan DR BAGINDO MUCHTAR ini telah pernah diterbitkan. Salinan yang ada pada penyalin merupakan Manuskrip yang ditaip. Mengikut catatan manuskrip, Dr Bagindo Muchtar mula menaipnya pada 1hb ogos 1962 dan siap pada 27hb November 1965 di Palembang, Indonesia.
Pada hemat penyalin Dr Bagindo Muchtar ialah Prof Dr Muchtar Lintang Mahaguru Silat NASRUL HAQ. Ini adalah berdasarkan pengakuan Sdra Amar Mansur bahawa manuskrip ini dihadiahkan kepadanya oleh Prof Muchtar Lintang sendiri. Ketika itu sdra Amar merupakan jurulatih kanan Nasrul Haq, di Kuala Lumpur. Amar Mansur pula menghadiahkan satu salinan kepada penyalin pada tahun 1980 sebagai Hadiah Harijadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.