Sari
Peristiwa
1916
Bapak Muchtar Bin Uddin dilahirkan
di Pariaman, Padang, Sumatra Barat, Indonesia.
1935
Bapak tamat sekolah lalu merantau
ke Jambi. Mula bekerja di syarikat minyak.
1938
Diijabkabulkan dengan Ibu Nurmali
Syamsudin.
1939
Pindah dari Jambi ke Palembang dan
berkerja dengan Shell Petroleum Maskapi (BPM).
??? Peristiwa ghaib mula berlaku ke
atas dirinya. Bapak berhenti kerja dari BPM, lalu berpindah ke Jakarta. Oleh
kerana tidak sesuai, Bapak sekeluarga pindah ke Bogor. Di sana Bapak membeli
rumah.
1955
Ibu Nurmali Syamsudin jatuh sakit
dan kembali ke Rahmatullah
1956
Diijabkabulkan dengan Ibu Hajah
Hasnah. Bapak sekeluarga pindah ke Jambi, kemudian
kembali ke Padang.
1958
Berpindah semula ke Palembang.
Bapak tidak bekerja lagi, lalu memulai penulisan bukunya
‘Diriku Yang Kukenal.’
1960 – 1963
Atas jemputan orang-orang di
Singapura, Bapak memulakan pengembaraan keluar dari
Indonesia. Mula mula ke Singapura
bersama Nasir Adnin (orang yang memperkenalkan Ilmu
Pengetahuan ini di Singapura) dan
seterusnya ke Malaya.
1963
Konfrontasi Malaysia-Indonesia.
Bapak pulang ke Indonesia melalui jalan darat bersama Nasir Adnin dengan kereta
dipandu oleh Pak Suki. Perjalanan melalui Johor, Melaka, Sabak
Bernam (Selangor), Dungun
(Terangganu), Kelantan, Golok, Narathiwat dan Bangkok.
Bapak pulang dari Bangkok ke
Jakarta dengan menumpang kapal perang Angkatan Laut
Indonesia.
1966
Konfrontasi tamat. Bapak kembali ke
Singapura dan Malaysia bersama Nasir Adnin.
1969
Dijemput semula oleh orang-orang
Singapura.
1970
Bapak masuk ke Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang atas undangan Mejar (B) Haji Abdul
Rahman Ibrahim, untuk menemui
Anak-anak Didik di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur dan
di Pulau Pinang. Kedatangan pertama
kali bersama Pak Suki dan isterinya, Sofiah.
1971
Bapak kembali ke Pulau Pinang dan
Alor Star, Kedah atas jemputan Mejar (B) Haji Abdul
Rahman Ibrahim. Bapak datang dari
Singapura bersama-sama dengan Haji Kamrudin Amin, Kapten Jamaludin (bapa saudara
kepada Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim) dan Naharudin Jamaludin (anak
Kapten Jamaludin).
1972
Bapak berpindah dari Palembang ke
Jakarta
1972
Abdul Salam Ghani (menantu Bapak)
dan isterinya, Elly (anak sulung Bapak) pindah dari
Deli, Sumatra ke Kedutaan Besar
Republik Indonesia Kuala Lumpur untuk menjawat
jawatan Kepala Protokol.
1973
Dalam siri lawatan ke Malaysia,
Bapak jatuh sakit dan dimasukkan ke Rumah Sakit Besar
Kuala Lumpur (HKL) untuk beberapa
hari sebelum dipindahkan ke Rumah Sakit Lady
Templer, Cheras. Bapak berada di
hospital ini lebih kurang selama dua bulan.
1973 - 1975
Bapak kerap ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan
lanjutan dengan pakar perubatan
serta mengambil ubat di Hospital
Lady Templer, Cheras. Bapak juga menemui Anak-anak Didik beliau di Pulau Pinang,
Alor Star, Kuala Lumpur, Batu Pahat, Johor Baru dan Singapura.
1975
Pada Malam Hari Raya Puasa, Bapak
mulai mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke Rumah Sakit Jakarta. Pada hari
Jumaat 10 Oktober, iaitu kira-kira pukul 04.00 pagi Waktu Indonesia Barat, Bapak kembali ke Rahmatullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.