Suatu kisah dalam perang Uhud.
Pada hari itu dia syahid. Nabi Muhammad SAW berkata dengan sabdanya, " Barangsiapa yang ingin melihat ahli syurga yang tidak pernah sembahyang walaupun sekali, lihatlah orang ini" Hari itu dia Islam. Hari itu dia ikut berjihad. Hari itu dia syahid dan hari itu juga dia mendapat syurga.
Pada hari itu dia syahid. Nabi Muhammad SAW berkata dengan sabdanya, " Barangsiapa yang ingin melihat ahli syurga yang tidak pernah sembahyang walaupun sekali, lihatlah orang ini" Hari itu dia Islam. Hari itu dia ikut berjihad. Hari itu dia syahid dan hari itu juga dia mendapat syurga.
Beliau ialah Mukhaliq, Ulama' Yahudi. Nabi keluar dari Madinah pada hari Jumaat dan perang hari Sabtu. Pada hari itu, Allah SWT mencampakkan iman kedalam hati Mukhaliq terus dia masuk Islam dan mengajak kaumnya bersama Nabi. Orang Yahudi berkata hari ini hari Sabtu tidak boleh berperang. Mukhariq berkata hari Sabtu untuk kamu jadi dia terus berkejar ke Uhud dan masuk bertempur dengan tentera Islam menentang tentera bukan Islam.
Seorang lagi sahabat Baginda yang syahid dimedan Uhud ialah Hanzolah yang baru saja berkahwin. Dia turut serta berperang dan belum sempat mandi junub. Semasa Baginda Nabi SAW melihat mayatnya selepas perang beliau berkata,
" Dia dimandikan oleh para malaikat."
Pada masa itu Nabi SAW berpaling daripada mayatnya. Sahabat2 bertanya,
" Kenapa tiba2 Pesuruh Allah berpaling ?." Nabi berkata, "Bersama Hanzolah ada dua orang isterinya dari bidadari syurga."
Ada satu kisah lagi iaitu pahlawan yang bernama Qazman. Dalam perang Uhud dia paling tangkas merempuh tentera bukan Islam dan menyerang mereka bertubi2 sehingga kucar kacir barisan tentera bukan Islam. Semua orang memujinya. Nabi SAW mendengar pujian itu lalu Nabi berkata, "Dia adalah ahli Neraka"
Para sahabat terkejut mendengar kata2 Nabi SAW. Ada seorang sahabat mahu mengetahui rahsia kata2 Rasulullah. Sahabat ini sentiasa berada dekat dengan Qazman. Sampai satu masa Qazman cedera. Dia tidak dapat bersabar. Dia mengambil senjatanya dan membunuh dirinya sendiri. Benar apa yang Rasulullah SAW sebut bahawa orang yang membunuh diri tempatnya di Neraka.
Wallahu 'a'lam
Marilah kita mengambil I'tibar pengajaran dari sejarah2 para sahabat yg berjuang di jalan Allah.
Demikianlah semoga Allah SWT mengukuhkan didalam jiwa kita kepercayaan tauhid dan iman yang benar dan sungguh2 ikhlas dan semoga Dia menjadikan kita termasuk golongan ahli taat dan kebajikan.
Yaa Allah yaa Allah yaa Allah
Tumbuhkanlah keberanian dalam jiwa kami untuk berjihad dijalan Mu.
Amien amien yaa Robbal 'aalamiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.