ANTARA FANTASI DAN REALITI
"BISMILLAH-IR ROHMAN-IR ROHIM"
Surah YĆ«nus Ayat 11 Allah swt berfirman:
"Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya".

Melalui ayat ini, Allah swt sengaja menyindirkan pada kita bahawa, sesuatu yang kita anggap benar belum tentu bagi Allah swt itu benar, kerana allah sengaja biarkan kita dalam kesesatan yang nyata kerana kita engkar apa yang diturunkan (Al Quran) olehNya.
Ayat ini mungkin bagi kita "slumber" namun Allah swt sendiri beritahu dengan begitu jelas pada kita iaitu yang bermaksud "Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya".
"Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya".
Mari kita renung sedalam-dalamnya tentang ayat ini, ayat ini betul-betul Allah swt menyindir kita tanpa kita pernah sedari dan ambil tahu. Disebabkan kita tidak pernah cuba memahami, cuba buka, cuba teliti dan baca dengan penuh penghayatan ayat-ayat suci Al Quran (Kalam Allah).
Contoh yang saya ingin paparkan, yang Allah swt biarkan kita teraba-raba mencari kebenaran, apabila Al Quran dipermainkan, diperdagangkan, diperkotak-katikan, dibuat gurauan dan seumpamanya yang lain. Contoh yang sering saya dan semua yang terlibat perangi serta sering saya tekankan mengikut peraturan dan kehendak Al Quran, beberapa contoh iaitu:
(1) Berdakwah menerima imbuhan.
- Berapa ramaikah mencari Ilmu Agama sampai ke negera lain sedangkan ilmu Allah swt ada di depan mata, pernahkah kita hayatiNya, jadikan demi kepentingan diri, kemewahan diri dan sebagainya. Kononnya kita berkata "cintailah Allah", kita ingin bercinta dengan anak makcik sebelah rumah pun kita perlu tengok, perhati, teliti, selidik, baru mampu kenal, setelah kenal baru berbual, selepas berbual baru dapat ajak keluar dan sebagainya.

Tambahan hendak CINTAI ALLAH, boleh berkata sebegitu mudah ke???, sedangkan kita mempermainkan atau mempersendakan KALAM ALLAH itu sendiri tanpa kita sedari, kita masih anggap betul perlaksanaan kita, masih rasa benar persembahan kita dan lain-lain seumpamanya.
(2) Pengamal Perubatan Islam atau Tradisional ataupun sebaliknya.
- Ini lagi banyak kita mempermainkan kalam Allah, selepas kita permainkan, kita mampu kata lagi "Cintai Allah". Saya tidak mahu hurai panjang, sebab perkara-perkara yang saya cuba sampaikan adalah sesuatu yang amat ketara perlanggaran kita pada kalam Allah.
(3) Persilatan dari unsur Melayu atau Jawa ataupun seumpamanya.
- Dalam persilatan bagus bagi yang berminat belajar demi sekadar mempertahankan diri. Namun yang menakutkan kita pasti diterapkan adalah Ilmu Jampi Mentera, Ilmu Kebal, Ilmu Hilangkan Diri, Tangkal, Gelang Azimat, Batu Cincin Ajaib dan pelbagai lagi yang diterapkan adalah salah dan syirik kepada Allah.

Cuba kita tenung jauh-jauh, kenapa pada zaman Nabi atau Rasul ataupun Rasulullah sendiri tidak mengamalkan semasa perang-perang yang dashat??? Sedangkan zaman itu adalah "Real of War". Saya tidak mahu beri jawapan, kerana persoalan itu kita pasti temui jawapannya, mari bersama-sama berfikir. Selepas semua itu dilakukan, kita mampu lakukan solat lagi, sedangkan kita setiap saat SYIRIK (Kafir) kepada Allah atas perlakuan tadi, kita hanya pendusta yang terang lagi nyata.
(4) Jika saya hendak bagi contoh, banyak sebenarnya yang hampir 99% perlaksanaan ibadah kita kepada Allah swt telah jauh menyimpang hanya disebabkan kita lupa peringatan Allah swt, perlaksanaan 25 Rasul @ Rasululullah saw dan peraturan serta hukum 100% dari Al Quran Kalamullah.

Setakat itu sahajalah, yang dapat saya kongsi bersama buat saudara-saudara sekalian. Untuk dijadikan renungan dan iktibar pada diri kita dalam menegakkan Agama Allah swt. Ayat di atas terlalu luas jika diperkatakan, mari bersama kita perangi keadaan yang telah berkurun berlaku namun tiada penghujungnya, sekiranya kita hanya pandang sahaja tanpa sebarang tindakan yang sewajar-wajarnya.
Alhamdulillah, Aamiiiiinnnn....
Walllahu Alam Bis Sowab.
Walllahu Alam Bis Sowab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.