Dua terowong bawah Masjid Al-Aqsa ditemui
Yayasan Wakaf dan Warisan Sejarah
Al-Aqsa mendedahkan kerajaan Israel yang dipimpin oleh Pihak Berkuasa Arkeologi
mereka telah menggali dua terowong baru di bawah Masjid Al-Aqsa.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada
hari Ahad (1/9/2013), Yayasan ini menjelaskan salah sebuah dari dua terowong yang
dibina dari Ein Silwan ke penempatan di bandar Dawoud melalui Masjid Al-Aqsa dan terowong
kedua bermula dari Masjid Al-Aqsa menuju utara.
Yayasan ini telah mendokumentasikan
aktiviti penggalian terowong di bawah masjid. Pernyataan amaran itu dikeluarkan
kerana kemungkinan ada penggalian terowong-terowong lain di bawah
bangunan masjid Al-Aqsa.
Yayasan yang bergerak melindungi
Al-Aqsa memberitahu bahawa pemerintah Israel bertujuan menghubungkan terowong
utama dengan rangkaian terowong di kawasan Silwan, kawasan Buraq dan bandar
lama.
Penggalian baru ini merupakan ancaman
jelas terhadap Masjid Al-Aqsa.
Tujuan utama Israel menggali terowong
di bawah bangunan masjid adalah untuk merobohkan masjid Al-Aqsa. Supaya Israel
dengan mudahnya akan menggantikan Al-Aqsa dengan kuil atau rumah ibadat, tempat
beribadah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.