Saidina Khalid bila dibuang oleh Saidina Umar, beliau berkata: "aku berjuang bukan kerana Umar, aku berjuang kerana Allah Ta'ala".
Dan begitu juga apabila Nabi kita wafat sesetengah sahabat tidak dapat menerima kewafatan Nabi s.a.w. dan Saidina Abu Bakar telah bangun lalu berkata "kalau kita berjuang kerana Muhammad, Muhammad sudah mati... tapi kalau kita berjuang kerana Allah, Allah akan hidup selama lamanya".
Dan kita sebagai orang Islam sepatutnya tidak berjuang utk sesuatu Fahaman, Kitab, atau Guru sahaja.
Mestilah berserah segala2nya kepadaNya jua. YakiniLah ! Namun begitu jika Kita kalah, Kita tidak boleh bersedih atau seperti orang yang mati, berdiam diri, tidak bangun semula utk berjuang. Kita sebagai orang Islam mesti bangun semula, berjuang hingga Menang hingga Akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.