Pages

Jumaat, 6 Disember 2013

Khutbah Jumaat 6 Dis 2013 @ 3 Safar 1435

Khutbah Jumaat 6 Dis 2013 @ 3 Safar 1435 berkisar tentang KEPERCAYAAN YANG MEMBAWA KEPADA SYIRIK. 


Antara sedutan Khutbah Jumaat tadi yang disampaikan oleh Khatib Bertugas Tuan Imam Hj Mohd Yusof Bin Kasimon merumuskan 4 perkara yang membawa kepada SYIRIK kerana percayakan: 



1) Bomoh & Ramalan (yang mendakwa diri mereka sebagai Tukang Ubat, Peramal, Ustaz, Wali) 

2) Sihir (ilmu ghaib kononnya dapat menyakiti atau dapat mempesona orang) 


3) Tangkal Azimat (Jampi, Tangkal & Pengasih) 


4) Penyampai berita² yang tidak syarii (petua², ramalan bintang) 


“Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit & di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing² akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)”. (Surah An-Naml ayat 65) 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), & akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”. (Surah An-Nisaa' ayat 48) 

Sekian Lintas Langsung Reporter Rahman Mansor Al-Haj melaporkan dari Dewan Utama Masjid Jamek Rengit. Mohon kalian SHARE pada teman² kita yang lain ya. Semoga bermanfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.