Oleh : Asy - Sheikh Sholih Al-Fauzan
Hafizhahullah Ta'ala
الحمدالله والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وأصحابه أجمعين
أما بعد :
Sungguh Syiah telah terpengaruh dengan
keyakinan Yahudi dalam hal permusuhan mereka terhadap Malaikat Jibril ' alaihis
salam.
Berikut adalah penjelasan dari
Asy-Sheikh Al-Allamah Sholih Al-auzan (Anggota Dewan Fatwa Arab Saudi) dalam
kitabnya Al- anhah Ar-Robbaniyah fi Syarhil Arba'ina An - Nawawiyah , hal.53 -
54 Cet . Darul ' Ashimah :
" Diantara mereka ada yang memusuhi
para malaikat, diantara mereka ada juga yang memusuhi sebahagian malaikat.
Seperti Yahudi yang memusuhi Malaikat Jibril ' alaihis salam. Mereka mengatakan
Jibril musuh kami, seandainya yang turun kepada Muhammad ( untuk menyampaikan
wahyu ) bukan Jibril pasti kami akan beriman kepadanya tetapi kerana yang turun
kepadanya adalah Jibril maka kami tidak mahu beriman kepadanya kerana Jibril
adalah musuh kami. Allah berfirman :
قال
الله تعالى: (قُلْ مَن كَانَ عَدُوّاً لِّجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَى
قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللّهِ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرَى
لِلْمُؤْمِنِينَ * مَن كَانَ عَدُوّاً لِّلّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَرُسُلِهِ
وَجِبْرِيلَ….) البقرة : 97-98
Barang siapa yang menjadi musuh Jibril,
maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Quran) ke dalam hatimu dengan seizin
Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta
berita gembira bagi orang-orang yang beriman * Barang siapa yang menjadi musuh
Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka
Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir "(QS. Al-Baqarah:
97-98)
Akidah Syiah |
Syiah juga ada yang memusuhi Jibril
kerana terpengaruh dengan Yahudi.
Mereka berkata: Sesungguhnya risalah
(kenabian) untuk Ali tetapi Jibril khianat dan memberikannya kepada
Muhammad.
Seorang penya'ir mereka
berkata:
خان الأمين وصدها عن
حيدرة
"Telah berkhianat Al-Amin (Jibril) dan
menghalangnya dari Haidaroh ('Ali)"
*Diterjemahkan
dari sumber islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.