Pages

Rabu, 18 Disember 2013

Qada dan Qadar itu dari Allah

 
Sebentar tadi, dalam perjalanan pulang, saya telah melihat satu insiden yang menyedihkan di antara seorang penunggang motosikal dan pemandu sebuah kereta. Tak cukup dengan maki hamun, beliau bertindak menendang side mirror hingga hampir patah, gara2 marah kepada pemandu tersebut.

Persoalan saya, adakah penunggang motosikal merasa puas dan bangga dengan tindakannya sebagai seorang Muslim? Apakah pandangan berpuluh2 pemandu lain yang berbilang bangsa dan agama yang melihat ke...
jadian itu terhadap Islam dan kelakuan penganutnya?

Kedua, tidakkah beliau risau sekiranya pemandu kereta bertindak secara impulse lalu melanggar beliau? Ia boleh menyebabkan kecederaan yang sangat serius atau kematian sekiranya pemandu kereta itu juga 'hilang akal' seperti beliau.

Bersabarlah Sesungguhnya Allah bersama dengan hamba-Nya yang sabar. Pengajaran buat kita semua Insya Allah.

Allahul Musta'an.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.