RAHSIA
BESAR MASJID NABAWI YANG DISEMBUNYIKAN!
RAHSIA BESAR TANDA KEAGUNGAN MASJID NABI YANG DISEMBUNYIKAN | Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.
Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam kini lebih
mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang
telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah
cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan
manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan
juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat
Islam.
Tetapi kenapakah tiada
usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak
tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup sama
sekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang
ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi
debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan
berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan
Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi
penghayatan umat Islam yang kemudian.
Itulah harapan oleh
ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman,
tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi. (http://saudi-archaeology.com) |
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan. |
Umat Islam lebih
mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang
dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal
tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka
seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran.
Amat hairan kenapa
langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah
bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam
masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan. (Dalam petak merah) |
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan. |
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi. |
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai. |
Timbul persoalan apakah
tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam
dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku. (http://www.islamiclandmarks.com) |
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi. |
terima kasih SUMBER ASAL SILA
BERKUNJUNG;
http://www.mazeermohamad.com/2013/07/rahsia-besar-masjid-
http://www.mazeermohamad.com/2013/07/rahsia-besar-masjid-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.