Pages

Rabu, 18 Disember 2013

SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

SAIDINA ALI BIN ABU TALIB PEMUDA YANG BERANI
 
BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
Keturunan : Bani Hasyim
Tarikh Lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi
Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah
Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin
Hubungan : Sepupu Nabi sebelah bapa
Tarikh Menjadi Khalifah : Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi
 
Tempoh Pemerintahan : 4 tahun
Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi
 
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah
Gelaran : Abu Hasan / Abu Turab
SIFAT PERIBADI
Bersikap adil
Bijaksana
Berwawasan
Pintar
Berfikiran luas
Berusaha mencari ilmu
Berani menegakkan kebenaran
Terbuka
Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT
Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT
KELUARGA RASULULLAH SAW
Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW
Adalah sepupu dan menantu Rasulullah
Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda
Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah
Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah
KANAK-KANAK PERTAMA
MEMELUK ISLAM
Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun
Kanak-kanak pertama memeluk Islam
Terkenal dengan panggilan ’Karramallahu Wajhah’
bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana
beliau tidak pernah menyembah berhala
Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah
Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga
SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG
Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman
Sehingga digelar ‘gedung ilmu’
PEMUDA YANG BERANI
Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang
Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan
menyertai hampir semua peperangan menentang
musyrikin kecuali peperangan Tabuk.
Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan
satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama
Amru bin Wahid.
Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.
PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF
Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman.
Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.
Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’
Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.
PENGORBANAN DAN JASA
SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
Jurutulis Perjanjian Hudaibiah.
Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).
Mengembangkan ilmu Islam.
Pensihat dalam bidang kehakiman kepada
ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin.
Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara
Menjadi hakim di Yaman.
Penulis wahyu.
Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.
SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI
ZAMAN PEMERINTAHAN
Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’
Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali
Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.