Tiga jenis kawan kata Imam Al-Ghazali :
Kawan yang pertama Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada ki...ta. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
Kawan yang kedua Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
Kawan yang ketiga Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang di sampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi.
Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran. Inilah antara 3 jenis kawan..
Cuba lihat orang kat sekeliling kita.. Mana satu antara tiga nih kawan2 kita.. Cuba fikir sejenak.. Tetapi jika kita ingat merubah dirinya, ubahlah secara perlahan tanpa menyinggungnya kerana dia juga seorang manusia seperti kita..
Yakinlah pada suatu masa dia pasti akan berubah.. Tetapi jika dia terus dengan kedegilannya dan kita nasihat seperti mencurah ke daun keladi.. Maka, kata Imam Al- Ghazali kita berundurlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.