Diriwayatkan nabi S.A.W bahawa baginda bersabda:"Barang siapa yang meringan-ringankan solat dibalas ke atasnya dibalas 15 jenis seksaan;
6 perkara ketika di dunia, 3perkara ketika saat kematiannya, 3perkara semasa didalam kuburnyadan, 3lagi ketika bertemu dengan tuhan.
Lalu para sahabat bertanya: "Wahai rasulullah, apakah itu seksaan semasa di dunia ini?" Baginda menjawab: "Pertama, Allah akan mengambil keberkatan daripada usianya.
Kedua, Allah mengambil kerberkatan daripada rezekinya.
Ketiga, Allah akan mengambil ciri(tanda) orang soleh pada mukanya.
Keempat, tidak terpelihara baginya agama islam.
Kelima, setiap amalan yang dilakukannya di dunia tidak diberi ganjaran pahala.
Keenam, doanya tidak diangkat oleh malaikat ke langit.
Para sahabat bertanya lagi: "Apakah pula seksaan semasa matinya?" Baginda menjawab: "Pertama, matinya dalam keadaan hina. Kedua, matinya dalam keadaan sangat lapar. Ketiga, matinya dalam keadaan sangat dahaga sehinggakan jika dituang air yang ada didunia ini sekalipun tidak akan menghilagkan dahaganya."
Kemudian sahabat bertanya: "Apakah dia seksaan semasa di dalam kuburnya?". Nabi menjawab: "Pertama, disempitkan oleh Allah kuburnya dan diperintah kepada malaikat agar menyeksanya sehingga hari kiamat.
Kedua, diseksa orang yang meninggalkan solat itu oleh beberapa ekor ular yang dinamakan al-Syuja'al-Akra' dan kedua-dua matanya daripada api neraka.
Ketiga, diseksa oleh malaikat yang kukunya daripada besi kharasani dan panjangnya kukunya itu seumpama perjalanan sehari semalam. Pada tangan satunya alat pemukul daripada besi berat lalu malaikat itu berkata kepada simati dengan suara yang yang seperti halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat daripada Subuh hingga Zohor, kemudian daripada Zohor ke Asar, daripada Asar ke Maghrib dan daripada Maghrib ke Isyak hingga ke Subuh".
Lalu al-Syuja'ul-Akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam kedalam bumi 70hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat."
Sahabat bertanya lagi;
"Apakah pula seksaan ketika bertemu Tuhannya?" Baginda S.A.W menjawab: "Pertama, Allah memerintahkan malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meniggalkan solat serta dimasukkan kedalam mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap keatas mukanya dan belakagnya . Malaikat yang menghalanya berteriak: "inilah balasan bagi orang yang meniggalkan solat yang difardukan".
kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan keneraka bernama Saqar."Ada riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a mengatakan bahawa jika dijatuhkan rantai itu kebumi nescaya terbakar seluruh muka bumi.
"Kedua, Allah tidak memandag kepadanya dengan pandagan rahmat.Ketiga, tiada pilihan baginya selain mendapat seksaan yang teramat pedih." Dan ingatlah wahai manusia jaganlah kamu menggingkari perkara yang difardukan oleh Allah S.W.T. harap ilmu yang sedikt dapat kita amal dan sampai menyampaikan kepada sesama manusia moga kehidupan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T......
-Petikan dari "Penawar bagi hati" Karangan imam Al-Ghazali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.