Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM. Untuk Ibu Kita dan atau Kita Sebagai Ibu. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi air mata ibu jatuh.
Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak. Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata. 2. Membaca quran sehingga menitis air mata. 3. Memandang wajah ibu yg sedang tidur/sedar hingga berlinang air mata. 3 orang yg kita wajar tengok dan selalu pandang dalam hidup, khusunya tengok masa tidur! 1. Anak. 2. Ibu. 3. Suami
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya.... Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab doa.
Maka lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan kepada ibumu. Ketahuilah barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.
Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada. Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Jika ibu kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk mereka, bila ibu kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!!
"Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu, insyaAllah jadi mudah nak bersedekah.
Jika Allah panjangkanlah usia ibu bapa dalam keadaan dia sakit atau nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Ini bukan bermaksud doa minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Teramat besar pahalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.