Pages

Khamis, 30 Januari 2014

DIRI yang berdiri dengan sendiri kerana diriku inilah Qudrat iIahi


DIRI itu adalah ia berasal dari AKU dan ia adalah satu Tajjali atau Penyataan dari Rahsia Ketuhanan ( AKU ). Keadaan nya pula bersifat halus dan ia merupakan cahaya atau nur yang memancar dan meliputi badan dari dalam nya. DIRI adalah penyata bagi AKU.


DIRI…..adalah rahsia pancaran dariKu dan padanya ada mengandungi rahsia dariKu kerana ia adalah DIRIKU. Pada nya juga ada beberapa sifat yang semula jadi yang telah ditentukan kepada keadaan nya iaitu DIRI. Inilah pada ada perasaan, naluri dan juga kehendak. 

Tempatnya pula dibawah kulit kita ini dan ia meliputi dari dalam dan diri ini ada berbentuk sebagaimana bentuknya badan akan tetapi ia bersifat halus dan hanya dapat kita tahu sahaja jua. Namun gambaran nya boleh dikatakan ianya sebagaimana gambaran luaran ini. Kedudukan nya sebagaimana duduknya badan………

Contoh….diri ini diumpamakan seumpama cahaya pelita yang memenuhi ruangan dan cuba kita perhati bagaimanakah bentuk cahaya itu apabila berada pada ruangan tadi... Sudah tentu ia akan menuruti keadaan ruangan itu sendiri. Dan kalau kita ubahkan keadaan ruangan tadi maka ia akan menuruti juga perubahan ruangan itu dengan cahaya nya. Inilah keadaan DIRIKU.

DIRI……adalah pancaran Nur Ketuhanan menerangi alam nya iaitu badan diri ataupun alam saghir mengisi ruangan dan memenuhi kekosongan pada keadaan badan nya. Dalam bahasa biasa kita gunakan ianya dipangil NYAWA atau JIWA untuk menandakan DIRI itu wujud. 

Maka kita dapat mengetahuinya dengan tanda-tanda hidup iaitu NAFAS dan juga pergerakan-pergerakan semulajadi seperti nadi, darah, jantung maka inilah dia keadaan DIRIKU.

Ingatlah olehmu……didalam peramalan kita maka perlulah kita dapat Mengenal Akan DIRI ini kerana ia merupakan asas bagi Mengenal Tuhan. Untuk itu apabila kau sudah dapat menemuinya maka kau akan tahu betapa besarnya kurnia Tuhan padamu. Untuk itu buatlah penyaksian dan pengakuan dengan sebenar-benar pengakuan kepada tuhan mu agar kau dapat pengakuan darinya.

Fanakanlah keadaanmu itu dan serahkanlah kepadanya moga-moga kau dapat menemukan mutiara hidup yang bernilai tinggi.

Apabila kau temuinya pasti kau akan merasa nikmat didalam hidup ini. Teruskanlah perjalananmu itu. DIRI……..terhasil dari penyatuan molikul-molikul ghaib yang bersatu atas Kehendak Tuhan secara semula-jadi dan apabila bersatu kesemuanya lalu berdirilah ia dengan Kudrat Ilahi…..Hayyun Daaimu la yamut. DIRI…….mengikut ahli hakikat diri ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu…..

1) diri sendiri
2) diri terdiri 
3) diri tajalli
4) diri terperi

Namun kesemuanya itu satu jua hakikatnya. Walau apapun namanya kita tetap berada pada fahaman diriku ini adalah pancaran Nur Ilahi Rahsia Tuhan yang Maha Kuasa. inilah diri yang ku kenal…………DIRI yang berdiri dengan sendiri kerana diriku inilah Qudrat iIahi………..

DIRI……….yang menjalani Perintah dan Amanah Tuhan serta menjalani kerja Tuhan pada Kehambaan selagi ia berbadan. DIRIKU yang ku kenali inilah diriku yang difahami dan yang diduduki.

DIRI….yang menerima dan memberi serta menjalani apa-apa yang diamanahkan oleh Tuhan nya dan ia merupakan orang tengah bagi Sifat Keinsanan dan Ketuhanan. DIRI yang ku kenal inilah yang ku duduki padanya dan ia mempunyai daya seribu daya bagi melakukan kemahuan dan tindakan yang diperlukan.

Ketahuilah olehmu akan siapakah yang dinamakan AKU itu barulah engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu. Maka dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang dimaksudkan kepada AKU.

AKU…..adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu. AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia bersifat tidak nyata (negatif), dan sesungguhnya AKU itu adalah satu rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi Penyata bagi Zatullah.

AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan Yang Maha Kuasa.
Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana ia ( AKU) itu adalah Penyata Bagi Zat Tuhan atau dengan kata lain dia (aku) itulah KENYATAAN TUHAN.

Sesungguhnya Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan dirinya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan macam-macam lagi, kerana ia LAISA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun. 

Oleh kerana itulah Tuhan mahu memperkenalkan diriNya maka ia telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan Nya dan ia yang bernama AKU.

Dalam Ilmu Hakikat AKU ini digelarkan oleh mereka dengan nama AMAR ROBBI ….urusan tuhan, dan ia membawa makna kepada Keadaan Tuhan padanya. 

Perlu di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi ianya PENYATA yang dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah Kebesaran Tuhan itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Tuhan tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang Tuhan itu ada walaupun ia ada.

Didalam ilmu yang kita pelajari ini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan Tuhan pada jasadku ini.

Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah menjadi diri pula. AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi diri dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan nya daripada nyalah (aku) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini.

Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu Khazanah Tuhan kepada kita ini. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.

AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu sahaja kerana ianya satu hal yang terahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan bentuk. Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada badan dirimu itu.

AKU merupakan induk kepada kehidupan mu itu tanpaku kau akan mati.

Ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah KETUHANAN dan pada nya ada beberapa sifat yang telah digantungkan oleh Tuhan bagi menyatakan dan mendalilkan akan Kebesaran Tuhan dan dengan nya ( sifat ) ia dapat mentadbir alam badan diri ini.

sifat-sifat itu adalah……..

1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam

Inilah sifat-sifat nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani. Sebenarnya Sifat-Sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan itulah siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah sifat maknawiah iaitu……..

1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman

Sifat-Sifat ini adalah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Tuhan pada Kebesaran Nya itu….maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).

Adalah Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya tidaklah mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan Kalimah AKU ini . 

Saya menyatakan ianya adalah Penyataan, umpama lampu suluh mengeluarkan cahaya dan menyuluh dinding. Cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh itu adakah cahaya yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…….tentu tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang jauh, kerana ianya adalah tali bertali dari punca yang sama.

Maka tali itulah bagi AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat Maknawiah dan ia dari Tuhan jua datang nya. 

MANLA YAKRIF FALA YAKZUK…barang siapa tak mengenal maka tak akan merasai.
Wahai saudara sekalian….kau perlu meletakkan fahaman mu itu dalam hal ini kepada kedudukan AKU kerana itulah asal dirimu dan asal dibalik asalmu itu adalah dari Zat jua adanya, dan semua yang ada ini berasal dari nya iaitu daripada ilmuNya.

Kau jangan bicara tentang keadaan Zat Tuhan kerana kau tak mampu untuk itu. 

Cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu dan darinya dirimu terbit. Kata orang bijak pandai “ mengenal diri mengenal tuhan ” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.

AKU…….adalah kenyataan tuhan dan ia adalah sifat kesempunaan nya. Bila AKU menerima badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap didalamnya itulah saya mengatakan ianya adalah Zat Diri, bukan Zat Tuhan, kerana AKU adalah AKU dan AKU bukan TUHAN dan TUHAN adalah TUHAN dan TUHAN bukan AKU, akan tetapi AKU datangnya dari TUHAN AKULAH KETUHANAN.

Renungilah olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu dan mengerti dan temuilah AKU. Kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan Af’al (perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses semulajadi. 

AKU…..yang menanggung Amanah Dari Tuhan membawa dan menerima suatu tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun akhirat.

Ingat-ingatlah………..dalam perjalanan ini pastikan kau meletakkan semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup mencukupi bagi mu. Rahsia Ilahi Yang Maha Kuasa itulah yang menjadi bekalanmu. AKU……..yang hidup tiada mati, kekal tiada binasa menjadi diri bagi badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan rahsia ilahi………..

AKU adalah rahsia Tuhan Menyata Sifat Yang Maha Esa. Kini aku telah berbadan Hidup didunia sebagai hamba.

RAHSIA HIDUP = Bagi pandangan saya apa yang di sebut oleh BBM mengenai RAHSIA HIDUP itu adalah membawa makna kepada AKU kerana AKUlah yang asal dibalik asal yang maha hidup lagi menghidupkan….kerana ALLAH telah berfirman:
Allahu la ilaha illa huwal hayyul qayyum
( Allah tiada Tuhan Dialah Yang Hidup dan Berkuasa )

AKU yang dimaksudkan itu adalah Zat Yang Maha Hidup dan Menghidupkan yang bernama ALLAH dan DIA-lah yang menjadi sumber kehidupan bagi setiap yang hidup ini. Aku-mu atau NUR MUHAMMAD itu adalah DIRI Kenyataan ALLAH yang dibangsakan dengan nama ROHULLAH yang ditajallikan pada badan diri yang merupakan bekas atau medium penyataannya.

ROHULLAH adalah rahsia kehidupan yang merupakan daya-daya bagi badan kerana roh atau aku-mu bagi nya itu adalah Sifat Kesempurnaan ALLAH dan dialah Sifat Kamalat Allah padanya itu tanggungan Sifat Ma’ani ALLAH,iaitu

1-Hayat-hidupku
2-Ilmu-pengetahuanku
3-Qudrat-kuasaku
4-Irodhat-kemahuanku
5-Sama-pendengaranku
6-Basar-penglihatanku
7-Kalam-kata-kataku

Bagi saya inilah yang dimaksudkan oleh BBM iaitu RAHSIA HIDUP kesemua sifat-sifat ini adalah pancaranku ( roh ) atau Kenyataan AKU ( ALLAH )

Didalam istilah tasauf atau tafsiran hakikat AKU itu adalah ALLAH dan AKUmu itu adalah rohani atau NUR MUHAMMAD maknanya kesemuanya itu adalah dari hakikat yang satu jua tidaklah ia terpisah. Inilah RAHSIA HIDUP bagi setiap yang ada, AKU yang maha hidup sahaja yang layak melafazkan kalimah keakuan iaitu AKU dan dialah yang memerintah sekalian alam ini.

Rahsia itu terletak pada rasa.

kita rasa hidup
Kita rasa berkuasa
Kita rasa mengetahui
kita rasa berkehendak
Kita rasa mendengar
Kita rasa melihat
Kita rasa mendengar
Kita rasa berkata-kata

Kita rasa kita yang bersifat 7 sifat ma'ani diatas (dikatakan kita telah mengenal diri) 

BBM telah memecahkan rahsia ini dengan istilah rasa-rasa yang terasa (pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujng jari terkumpulnya 7 sifat maani - kelahiran kedua iaitu lahirnya apa yang diistilahkan dengan diri batin) padanya mengandungi rahsia Tuhan iaitu sifat ketuhanan.

Tugas kita sekarang ini kembalikan sifat maani ini kepada Allah. Bagaimana caranya ?,

caranya hendaklah berani mengadakan pengakuan bahawa sifat maani yang dirasai itu adalah sifat Allah. Sehingga hilang rasa ada diri (Aku diri sudah hilang. Inilah yang diistilahkan dengan fana diri),

Dalam masa yang sama kita masih mempunyai rasa 7 sifat ma'ani tadi tetapi telah menjadi kita yang bukan kita lagi (kata-kata BBM)

Atau istilah ilmu hakikat dipanggil baqo'billah.

Beralih rasa dari rasa diri kepada rasa Allah inilah yang membawa makna kita sedang berada didalam Kalimah tauhid iaitu Laa ilaha illallah,

Tujuan latihan rasa-rasa yang terasa dan gerak menggerakkan sebenarnya untuk merasa kehadiran diri - 7 sifat maani, yang pada mula kita merasainya kita merasakan milik badan, dan dialihkan kepada rasa diri (mengenal diri).

Untuk mengalihkan rasa dari badan diri
yang memiliki sifat maani tadi kepada Allah, kita harus berani mengadakan pengakuan dengan merasakan yang sifat maani yang tadinya kita punyai, sekarang sekarang setelah kita mengaku sifat maani yang sama itu juga adalah milik Allah sebenarnya.

Berlatihlah sehingga rasa kita ada iaitu badan diriku hilang ( sehingga kita sudah tidak ada lagi) yang ada hanya Allah. Lagi sekali diulangi kata-kata BBM iaitu kita yang bukan kita lagi.

Inilah apa yang dikatakan mengenal diri mengenal Tuhan.

Duduk didalam keadaan kita yang bukan kita untuk menjalani kehidupan harian inilah telah terlaksana kalimah Rasul iaitu Muhammadar rasulullah.

Oleh yang demikian rajin-rajinlah kita melaksanakan latihan-latihan sehingga terlaksana kelahiran Manusia Baru. Untuk kemajuan dunia akhirat.

Mertabatkanlah Islam (Manusia Baru) untuk memakmurkan Dunia ini.

Marilah kita sama-sama menjadikan setiap diri kita, keluarga kita, saudara-saudara kita dan orang yang mengasihi kita sebagai Manusia Baru untuk memajukan Dunia ini. Amn

Didalam kita menjalankan tafakur kita tidak perlu memikirkan apa-apa, (contohnya kita cuba berfikir tentang 7 sifat ma'ani ).

Jangan memikirkan apa-apa, cuma mulakan dengan melafazkan dua kalimah syahadah 3 kali,

Rasalah rasa-rasa yang terasa dimana dia terasa....,

Sebutlah ALLAH, ALLAH, ALLAH dengan tidak meninggalkan rasa-rasa yang terasa, jangan cuba memikirkan,, jangan cuba untuk mengingat apa-apa pun, hanya perlu merasakan kehadiran ALLAH ...,

INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA SENDIRI. JIKA TIDAK BERTEPATAN SAYA BERHARAP SAUDARA-SAUDARA BOLEHLAH BETULKAN,

JIKA IANYA SATU KEBENARAN, BIARLAH KITA SAMA-SAMA PRAKTIKKAN, SEMUGA TERLAHIR SERAMAI MUNGKIN MANUSIA BARU YANG AKAN MEMAKMURKAN ALAM INI. AMIN

Hanya yang sedikit yang diperkenalkan kepada kita iaitu KITA YANG BUKAN KITA LAGI. Yang sedikit itu sahaja yang diberikan pengenalannya kepada kita.

Itulah yang sedikit yang selama ini kita rasa kepunyaan kita (mengenal diri), 

Jika kita tidak pulangkan, jika kita tidak kembalikan, jika kita tidak berani mengadakan pengakuan yang sedikit itu adalah kepunyaan dan milik Allah kita masih bertuhankan kepada diri sebab yang sedikit itu diberikan sebagai pengenalan, sebagai petunjuk, sebagai tanda wujudnya bukan untuk dimilik.

Setelah merasakan sifat maani yang 7 pada diri (mengenal diri), beranilah membuat pengakuan bahawa sifat maani itu sifat Allah sendiri (mengenal Allah)

bersedialah berlatih atau didalam istilah yang lebih keugamaan sedikit berperanglah dengan diri sendiri yang ingin memiliki sifat ketuhanan itu untuk dirinya, dengan cara berani mengaku yang sifat maani yang kita rasa selama ini milik kita itu adalah sifat maani Allah sendiri sehingga hilang rasa kita sendiri memiliki, rasa kekitaan sudah tidak ada lagi....

Lakukanlah didalam tafakur kita .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.