Pages

Jumaat, 10 Januari 2014

LAFAZ ASSALAMUALAIKUM

LAFAZ ASSALAMUALAIKUM

عن ابن مسعود رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن من اشراط الساعة أن يسلم الرجل على الرجل لا يسلم عليه الا لمعرفة. ( رواه أحمد )

Dari Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya salah satu daripada tanda kiamat ialah seseorang yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja. ”  ( Riwayat Ahmad )
HURAIAN HADIS .
  1. Hadis ini mengingatkan kita tentang petanda hari kiamat dan hendaklah sentiasa menyebarkan salam sesama saudara islam dan bukan hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja. Ini adalah kerana ummat Islam itu merupakan saudara  antara satu sama lain.
  2. Lafaz salam merupakan doa buat saudaranya yang lain. Kalimah ‘ASSALAM ’ membawa makna sejahtera dan ‘ALAIKUM ’ membawa makna keatas kamu. Ucapan salam yang berbentuk doa ini hendaklah dilafazkan dengan sempurna dan betul, dan tidak boleh dimain-mainkan atau dianggap remeh, kerana lafaz salam yang digunakan terkandung nama ALLAH iaitu ASSALAM ( ALLAH yang MAHA sejahtera ).
  3. Sesungguhnya memberi salam itu adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun pahala memberi salam akan diberikan apabila salam yang dihulurkan dengan sempurna dan dijawab dengan sempurna.
  4. Salam bukanlah perkataan sapaan biasa, bahkan ia adalah lambang kepada akhlak Islam ketika bertemu dalam menjalinkan silaturrahim. Akhlak ini merupakan akhlak Rasulullah SAW yang agung. Salam juga merupakan pengenalan indentiti seseorang Islam yang dapat membezakan antara orang Islam atau bukan Islam.
  5. Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga ALLAH. Semoga ALLAH mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada ummat Islam yang mengamalkan salam. 

WALLAHU’ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.