Pages

Jumaat, 10 Januari 2014

Pemimpin Rumahtangga:Ganjaran 70 Tahun Pahala

Perkahwinan yang bahagia dan aman damai adalah cita-cita dan  idaman setiap pasangan. Untuk mencapai kebahagiaan, setiap pasangan perlulah mengikut jalan-jalan yang telah pun ditunjukkan oleh Allah dan Rasul. Sekiranya masing-masing dapat menjalankan setiap tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah itu dengan baik dan sempurna, mereka akan berjaya didalam melayari bahtera perkahwinan.
Namun, di antara tanggungjawab-tanggungjawab itu, ada yang berat dan ada yang ringan. Cuma pasangan yang terdidik dengan ajaran Islam akan mudah melaksanakan tanggungjawab yang berat itu.
Ibnu Abbas berkata :
“Berilah pengertian kepada mereka (isteri dan anak-anak) dan pelajaran akhlak yang bagus kepada mereka.”
Menjadi pemimpin kepada keluarganya.
Rasulullah SAW bersabda :
“Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinanya. Seorang imam adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.”
Mengajar ilmu yang wajib( fardhu ain)
Yang dikatakan ilmu fardhu ain adalah :
  • Ilmu Tauhid – MengEsakan Allah Taala, yang dengannya dapat diketahui Dzat dan Sifat-Sifat-Nya.
  • Ilmu Feqah – Mengetahui cara-cara beribadah, halal dan haram, bersuci dan sebagainya.
  • Ilmu Tasauf – Mengenal hal ehwal hati, sifat-sifat mazmumah dan mahmudah, dan sebagainya.

Sekiranya suami tidak mampu mengajar ilmu fardhu ain, hendaklah dia menyuruh isterinya belajar dari guru.
Rasulullah SAW bersabda :
“Kewajipan seorang suami ialah menyediakan makanan, pakaian, tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokannya dan tidak meninggalkannya kecuali pada tempat tidur (sewaktu isteri menderhaka).”

Menyediakan makan minum, tempat tinggal dan pakaian dari sumber yang halal.
Kata ulama :
“ Sekali suami membeli pakaian yang dapat menggembirakan isterinya dari sumber yang halal, Allah memberi ganjaran pahala kepadanya selama 70 tahun”.
Memberi nafkah zahir dan batin
Memberinya mengikut kadar keperluan masing-masing dengan secukupnya. Sekiranya nafkah ini mencukupi dan sempurna, kedua-dua pasangan akan merasa tenang dan nikmat rumahtangga.
Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya apabila seorang lelaki bersetubuh dengan isterinya, baginya dicatat pahala (kerana persetubuhan itu) seperti pahala anak lelaki yang mati syahid dalam medan peperangan menegakkan agama Allah.”
Memberi nasihat dan teguran
Memberikan nasihat dan teguran jika mereka (isteri dan anak-anak) melakukan maksiat dan kesalahan. Nasihat yang diberikan itu hendaklah dengan hikmah, lemah lembut dan baik.
Allah berfirman :
“Dan mereka sekalian (isteri-isteri) telah mengambil suatu perjanjian yang berat daripada kamu.” (An-Nisa’:20)
“Pergaulilah mereka dengan cara yang baik.: (An-Nisa’: 183)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.