Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,iaitu:wanita-wanita,anak-pinak,harta yang banyak berupa emas,perak,kuda pilihan,binatang ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan di dunia,dan sesungguhnya,apa yang ada di sisi ALLAH itu adalah lebih baik.” (ali imran:3:15)”
Seloka kehidupan dunia menjadikan manusia diantara golongan yang kepenatan. Mahkluk lain juga mungkin akan merasa tempias kepenatan ini angkara tangan-tangan manusia juga. Mungkin saya juga adalah seorang yang merasa kepenatan kerana menghambat kepenatan duniawi.
Bagi saya kepenatan ini sama sahaja samaada kita tertinggal di belakang atau terlalu jauh meninggalkan yang lain. Samaada kita adalah golongan yang nasibnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang amakan petang, atau… kita berada dalam golongan elit hartawan dan jutawan. Penatnya sama sahaja selagi mana mahkluk yang bernama nafsu tetap merajai jiwa dan raga manusia.
Si miskin walaupun tidak mempunyai harta, tetapi berangan-angan untuk kaya. Nafsunya masih mengaum untuk semua keseronokan dunia. Hanya hambatan harta dan wang menyebabkan ianya mengais dan mengemis. Jikalah ia diberi peluang kekayaan, belum tentu “kezuhudan” dan kesederhaan itu akan dipertahankan. Walaupun miskin, nafsunya masih belum mampu ditundukkan. Ini terbukti dengan banyak kes apabila manusia itu tiba-tiba sahaja diberi kekayaan, maka makin suburlah sifat sombong dan bongkaknya.
Golongan yang kaya dan berharta ataupun agak berharta pula akan terus kepenatan diulik dengan himpunan harta duniawi saban hari. Kerakusan nafsu yang tidak pernah merasa cukup menyebabkan ianya terus menjadi hamba nafsu.
Hukum tajrid kehidupan menyaksikan siapa yang kuat dia yang menang. Siapa cepat dia dapat.
Terpulang kepada kita bagaimana kita mengambil kehidupan dunia. Mengambil kesenangan dunia tiada salahnya, cuma ianya menjadi soalan untuk diri sendiri samaada ianya keperluan atau untuk kelebihan. Tidak salah juga untuk mencari kelebihan asalakan ianya bersih dan diniatkan kerana Allah semata-mata, bukan kesombongan dan memenuhi selera nafsu semata-mata.
Sabar dan syukur dalam menempuh mehnah hidup. Apa yang penting, tahu kemana halatuju hidup yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.