Pages

Jumaat, 10 Januari 2014

TIDAK DISEKSA ORANG YANG BERSYUKUR

TIDAK DISEKSA ORANG YANG BERSYUKUR


مَّا يَفۡعَلُ ٱللَّهُ بِعَذَابِڪُمۡ إِن شَكَرۡتُمۡ وَءَامَنتُمۡ

Firman ALLAH SWT bermaksud : 
“ Apa gunanya ALLAH menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)?”.

( Surah An Nisa’)
ULASAN AYAT: 
      1. Syukur tersusun daripada ilmu, keadaan dan perbuatan. Ilmuialah dengan menyedari bahawa nikmat yang diterima datang dari zat ALLAH yang maha Pemberi nikmat. Keadaan ialah bagi menyatakan kegembiraan yang timbul disebabkan nikmat yang diterima. Perbuatan ialah menunaikan sesuatu dengan mempergunakan nikmat yang diterima.
      2. Sebagai hamba yang dhaif kita hendaklah mensyukuri atas segala nikmat yang telah dikurniakan, cara mensyukuri nikmat bukan semata dengan mengucapkan syukur melalui lisan, namun disertai dengan amal perbuatan, amal perbuatan yang menunjukkan rasa syukur kita dengan PATUH segala perintah dan TINGGAL larangan ALLAH.
                   3. Jika kita tidak dapat mengikuti segala yang telah disyariatkan itu                         adalah pembuktian bahawa kita masih lagi “ tidak tahu bersyukur                       kepada Pemberi nikmat kepada kita” . Sesungguhnya ALLAH akan                     menyeksa orang-orang yang tidak bersyukur kepadaNYA.
WALLAHU’ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.