Salam buat semua..
Kali ni nak kongsikan pada semua sedikit tentang turkey. walaupun tak di rezekikan lagi nk ke sane. Insya Allah akan datang moga direzekikan amin2….
Turki secara rasmi nya dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mempunyaiLaut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia,oleh kerana itu, Turki merupakan sebuah negara rentas benua.[1] Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantine dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, Turki mempunyai kepentingan strategik.Semenanjung Anatolia yang merangkumi sebahagian besar wilayah Turki moden, ialah salah sebuah kawasan yang paling lama diduduki manusia tanpa henti di dunia. Pada tahun 1243, tentera Seljuk ditumpaskan oleh Mongol, sehingga menyebabkan kuasa empayar Seljuk beransur merosot. Ekoran daripada itu, salah satu kerajaan kecil Turki yang diperintah oleh Uthman I berkembang menjadi Empayar Uthmaniyyah. Kostantinopal atau kini dikenali sebagai Istanbul merupakan salah sebuah Bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia.ianya telah diasaskn oleh maharaja Rom yang bergelar maharaja Constantine pada tahun 330m. Dalam sejarah islam,keistimewaan kostantinopal pernah di sbdakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda menggali parit Khandaq “Kostantinipal akan jatuh ke tangan islam,Rajanya adalah sebaik2 raja dan Tenteranya adalah sebaik2 tentera.
Para sahabat dan para pemimpin islam selepasnya begitu berlumba2 di dalam usha utk membebaskan kota kostantinopal bg membnarkan Sabda Rasulullah SAW. Usha yang pertama dilancarkn pada zaman kerajaan umayyah pada tahun 44h.Kemudian di cuba pula pada zaman kerajaan habasiyyah pada tahu 190h tp turut menemui kegagalan selepas hampir 800 tahun kmudian ianya dicuba pula oleh kerajaan usmaniah yg percubaan itu dicuba dr generasi ke generasi sehinggala ke khalifah usmaniah yang ke 7 yaitu SMA bersama tenteranya seramai 265,000 org. Semenjak kecil SMA telah meninjau dn mengkaji usha ya dibuat oleh ayahnye utk menawan kota kostantinopal. Kota kostantinopal tlh dikepung dan mula diserang pd hari rabu 19april 1453m bersamaan 12 rabiul akhir 857h bersama tnteranya yang menjangkau seramai 265.000 org.kota trsebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam raksasa selama 48hari namun hanya merosakkan sbhagian dinding luar kota trsebut. kehadiran sebanyak 72 kapal perang SMA tlh smpai ke perairan teluk golden horn pd 22hb april 1453.SMA menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila SMA dan tenteranya tlh membawa kapal2 ini melalui jalan darat di atas gunung sebelom meluncurknnya semula ke teluk Golden Horn keesokan pgnya tntera uthmaniah tlh mnmanjat dinding didlm kubu dgn menggunakan tangga.kemudian memacakkan bndera daulah..pada 29mei 1453m, SMA lah yang telah mmbuktikan hadith Rasulullah bahwa kostantinopal kan jatuh ke tangan islam dibawah pimpinan raja sebaik2 raja dan tentera sebaik2 tentera.. maka kostantinopal ditukar nama nya kepada islambol yang bermaksud islam keseluhuan dan ia mnjadi pusat pemerintahn kerajaan usthmaniah dan kini ia diberi nama Istanbul manakala di sekitar kubu kostantinopal ini trdapat maqam paras sahabat yang gugur shahid ketika mereka cuba membuka kota ini di era awal.
Antara maqam yang ada disini ialah:
S.Kaab RA
S.Muhammad Al Ansori RA
S.Jabir bin Abdullah RA
S.Abu Syaibah Al hudri RA
S.Abdullah Al Ansari RA
S.Ahmad Al Ansari RA
S.Ahmad Al Hudri RA
S. Abd Rahma Syaami RA.
S.Abu Ayub Al Ansori RA
Dan ramai lg hmpir 30 maqam sahabat yang trdapat di sini.
Cukup dulu untuk kali serba sedikit yang nak di kongsikan. Insya Allah akan menyusul lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.