[RUPANYA SAHABAT NABI KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU
ANHU ADA AKAUN DI BANK SEHINGGA SEKARANG!]
![]() |
Ini gambar dari kebun kurma. Telaga tu nampak kat depan masjid. |
![]() |
Tembok batu dan pintu bawah tanah tu adalah bekas rumah Sayyidina Uthman. Bersebelahan telaga. |
![]() |
Air yang dipam dikumpulkan dalam kolam ni sebelum disalurkan ke kebun kurma. |
![]() |
Yg nampak rantai tu gunanya nak gantung pam yang extract air dari telaga. |
![]() |
Zoom up Telaga Saidina Uthman |
![]() |
Antara hotel yang di bina dari akaun Saidina Uthman di Madinah dan dijadikan bagunan waqaf |
Khalifah Uthman bin Affan, salah seorang sahabat nabi yg
peniaga dan kaya raya, tapi murah hati dan dermawan..sekarang masih memiliki
akaun di salah satu bank di Arab Saudi??? Malah akaun dan bil elektriknya juga
masih atas nama beliau…
Bagaimana cerita sehingga beliau memiliki hotel atas namanya
di Masjid Nabawi..??
Di riwayatkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW, kota Madinah
pernah mengalami zaman kemarau sehingga kesukaran mendapatkan air bersih. Oleh
kerana mereka (kaum muhajirin) sudah biasa minum air zamzam di Mekah.
Satu-satunya sumber air yang tinggal ialah sebuah perigi milik seorang
Yahudi,yang bernama perigi RAUMAH. Rasanya pun serupa dengan perigi zamzam.
Kaum muslimin dan penduduk Madinah dengan terpaksa membeli air bersih dari
Yahudi tersebut.
Prihatin atas keadaan umatnya, Rasulullah SAW kemudian
bersabda : “Wahai Sahabatku, siapa sahaja diantara kalian yang menyumbangkan
hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat,
maka akan mendapat SyurgaNya Allah Ta’ala” (HR. Muslim).
Khalifah Uthman Bin Affan R.A yang kemudian segera bergerak
untuk membebaskan perigi Raumah itu. Khalifah Uthman RA segera berjumpa dengan
orang Yahudi pemilik perigi dan menawar untuk membeli perigi Raumah dengan
harga yang tinggi.
Namun begitu, Walaupun sudah ditawarkan dengan harga yang
tertinggi sekalipun orang Yahudi pemilik perigi tetap menolak dan tidak mahu
menjualnya, “Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Uthman, maka aku
tidak memiliki pendapatan yang boleh aku perolehi setiap hari” demikian Yahudi
tersebut menjelaskan alasan penolakannya.
Uthman Bin Affan R.A yang ingin sekali mendapatkan balasan
pahala berupa Syurga Allah Ta’ala, tidak kehilangan cara mengatasi penolakan
Yahudi ini.
“Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigimu”
Khalifah Uthman RA, melancarkan jurus perundingannya.
“Maksudmu?” tanya orang Yahudi kehairanan.
“Begini, jika engkau setuju maka kita akan memiliki perigi
ini bergilir-gilir. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu
kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu-satu
hari. Bagaimana?” jelas Khalifah Uthman RA.
Yahudi itupun berfikir dengan pantas”… saya mendapatkan wang
besar dari Uthman tanpa kehilangan perigi milikku”. Akhirnya si Yahudi setuju
menerima tawaran Khalifah Uthman RA tadi dan disepakati pula pada hari tersebut
perigi Raumah adalah milik Uthman Bin Affan R.A.
Uthman RA pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah
yang mahu mengambil air di perigi Raumah, silahkan mengambil air untuk
keperluan mereka PERCUMA kerana hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Beliau
juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup
untuk 2 hari, kerana esok hari perigi itu bukan lagi milik Khalifah Uthman RA.
Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi, kerana
penduduk Madinah masih memiliki persedian air di rumah. Yahudi itupun
mendatangi Khalifah Uthman RA dan berkata “Wahai Khalifah Uthman RA belilah
setengah lagi perigiku ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya
kemarin”. Khalifah Uthman RA setuju, lalu dibelinya seharga 20,000 dirham, maka
perigi Raumahpun menjadi milik Khalifah Uthman RA secara penuh.
Kemudian Uthman Bin Affan R.A mewakafkan perigi Raumah,
sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh siapa saja, termasuk Yahudi
pemilik lamanya.
Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin… dan
setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pokok
kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Khalifah Uthman RAiyah memeliharanya
hingga semakin berkembang, lalu diikuti juga dipelihara oleh Pemerintah Arab
Saudi, hingga berjumlah 1550 batang pokok.
Selanjutnya pemerintah, dalam hal ini Departmen Pertanian
Arab Saudi menjual hasil kebun kurma ini ke pasar-pasar.. setengah dari
keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.. Manakala
separuhnya pula disimpan dan disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di
salah satu bank atas nama Khalifah Uthman RA bin Affan, di bawah pengawasan
Departman Pertanian..
Begitulah seterusnya, sehingga wang yang ada di bank itu
cukup untuk membeli sebidang tanah dan membangun hotel yg cukup besar di salah
satu tempat yang strategik dekat Masjid Nabawi.
Bangunan hotel itu sudah pada tahap penyelesaian dan akan
disewakan sebagai hotel bintang 5. Dianggarkan keuntungannya sekitar RM20 juta
setahun. Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, dan setengahnya
lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Khalifah Uthman RA bin Affan
Radhiyallahu anhu..
Subhanallah,… Jelaslah berniagadengan Allah selalu
menguntungkan dan tidak akan rugi…
Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariah, yang pahalanya
terus mengalir, walaupun orangnya sudah lama meninggal..
Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah RA
bahawasanya Nabi SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ
عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ
إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ
أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو
لَهُ
“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala
amalannya, kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau
anak soleh yang mendoakannya”. [HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i]
Dan disebutkan pada hadis yang lain riwayat Ibnu Majah dan
Baihaqi dari Abi Hurairah RA, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda.
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ
مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا
عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ
أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ
بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ
أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي
صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin
yang akan menemuinya setelah kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan
disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mush-haf yang diwariskannya,
masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air)
yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya
diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia
meninggal dunia”.
P/s: Telaga ini masih wujud hingga ke hari ini. Telaga ini
terletak kira-kira 1 km dari Masjid Al-Qiblatain, iaitu di Jalan Abu Bakar
As-Siddiq. Kini ia diletakkan dsi bawah jagaan Kementerian Air dan Pertanian
Arab Saudi.
Wallahualam
Shared by : Quran Pelangi Official [Variasi Pilihan QUran
Pelangi untuk Muslim Malaysia]
Sumber:
isuhangat.net/v1/2013/09/27/akaun-bank-saidina-uthman-di-arab-saudi-sehingga-sekarang/
sukumasak.blogspot.com/2012/09/uthman-bin-affan-hikayat-telaga-air_29.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.