Pages

Sabtu, 8 Mac 2014

Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api


Sabda Rasulullah SAW:

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Rasulullah SAW bersabda lagi : “Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api, sehingga ia menuju syurga atau neraka.” (Riwayat Abu Nu’aim dan ad Dailami).

Rasulullah SAW mengingatkan: “ Barangsiapa diangkat menjadi seorang hakim, maka ia telah disembelih tanpa menggunakan pisau.” (Riwayat Abu Dawud).

Semoga Allah kurniakan kemenangan buat hamba Nya yang dizalimi. Inshaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.