Pages

Rabu, 19 Mac 2014

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas


Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Catatan: 

Hadits ini merupakan salah satu landasan pokok dalam syari’at. Abu Daud berkata: Islam itu berkisar pada empat hadits, kemudian dia menyebutkan hadits ini salah satunya.

Kandungan Hadist : 

1. Termasuk sikap wara’[1] adalah meninggalkan syubhat. 

2. Banyak melakukan syubhat akan menghantarkan seseorang kepada perbuatan haram. 

3. Menjauhkan perbuatan dosa kecil kerana hal tersebut dapat menyeret seseorang kepada perbuatan dosa besar. 

4. Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana padanya terdapat kebaikan. 

5. Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati. 

6. Tanda ketakwaan seseorang adalah jika dia meninggalkan perkara-perkara yang diperbolehkan kerana khuatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan. 

7. Menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram serta haramnya tujuan dan cara kearah sana. 

8. Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangka buruk. 

Catatan Kaki:

1. Wara’ adalah sikap yang timbul dari rasa takutnya seseorang terhadap perbuatan haram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.