Pages

Ahad, 23 Mac 2014

Zaman yang penuh dengan syubhat (kerosakan ilmu), syahwat (nafsu menyelisihi kebenaran)


Zaman sekarang zaman yang penuh dengan syubhat (kerosakan ilmu), syahwat (nafsu menyelisihi kebenaran) dan melazimkan (mengharuskan). Setiap pencari kebenaran harus disertai dengan dalil dari Kitab dan Sunnah. Jika ternyata kebenaran datang dari golongan Ahlus Sunnah yang dimusuhi oleh banyak golongan maka hendaklah ianya diterima dan sebaliknya jika ianya kebatilan, walaupun diterima oleh banyak golongan maka hendaklah ianya ditolak sebab kita mencari keredhaan Allah ّلجوّزع bukan keredhaan manusia. 


Perkara akidah yang benar sejak zaman dahulu hingga sekarang -khususnya dalam barisan umat Islam yang terpecah menjadi 73 golongan- perkara agama yang benar menjadi pertempuran sengit. Masing-masing mendakwa dirinya yang benar dan yang lainnya salah. Di sisi lain, ada yang berusaha bermati-matian untuk menghapuskan perselisihan dan mencari persamaan. Harus difahami bahawa sebelum kita saling bertolak ansur dalam perselisihan, terlebih dahulu kita menyamakan pokok-pokok akidah dan keyakinan kerana ada perbezaan yang tidak boleh kita bertolak ansur di dalamnya. 

Apabila ada yang menegakkan tauhid dan ada yang menegakkan kesyirikan atau ada yang menunaikan solat dan ada yang meninggalkannya maka perkara ini tidak boleh kita bertolak ansur padanya. Yang boleh kita bertolak ansur adalah apabila terdapat perbezaan pendapat dalam masalah ijtihad dalam memahami dalil bukan berbeza kerana pemahaman yang menyelisihi dalil.

Budaya yang menyelisihi syariat semakin hari semakin banyak dan bertambah, sedangkan orang jarang mengengkarinya atau membantahnya, jarang ada yang menganggapnya sebagai ajaran baru. Sementara itu, dalam waktu yang sama, tatkala ajaran Rasulullah ملسو هيلع الله ىلص dihidupkan atau ada segolongan yang mengajak kembali kepada ajaran Rasulullah ملسو هيلع الله ىلص, mereka mengengkari dan berkata "ini ajaran baru". Subhanallah, adat istiadat dan budaya sesat yang datang setiap saat tidak dikatakan sebagai ajaran baru, tetapi agama Rasulullah ملسو هيلع الله ىلص yang dihidupkan dikatakan agama baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.