SIAPAKAH AZAZIL?
Siapakah sebenarnya Azazil? Barangkali persoalan ini tidak pernah terlintas dalam fikiran kita kerana tidak pernah tahu akan wujudnya makhluk bernama Azazil ini. Namun makhluk ini masih lagi hidup sehingga kini dan ia berada dekat dgn kita. Ada juga diantara kita yang beranggapan bahawa Azazil merupakan sejenis malaikat namun sebenar2nya ia bukan malaikat tetapi ia adalah sejenis makhluk yang berasal drpd golongan jin dan kerana kuatnya ia beribadat, dia telah diangkat menjadi ketua malaikat.
Oleh kerana keangkuhannya, dia telah menjadi makhluk yang paling dilaknati Allah s.w.t dan dialahmyang dikenali sebagai Iblis perosak anak cucu Adam sehingga hari kiamat. Nama asal Iblis adalah Azazil dan dia tinggal di bumi. Dia sangat taat dgn perintah Allah s.w.t dan telah menyembah Allah selama 1000 tahun. oleh kerana itu, Allah s.w.t telah mengangkatnya ke langit pertama. Di situ juga dia telah menyembah Allah s.w.t selama 1000 tahun lalu dia diangkat lagi ke langit kedua.
Dia terus beribadah tanpa rasa jemu bertahun tahun lamanya dan dia terus diangkatndari langit kelangit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah dilantik menjadi ketua atau imam kepada semua Malaikat. Ibadahnya kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat didunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kpd Allah s.w.t
Berdasarkan satu riwayat, pada suatu ketika Malaikat Israfil telah melihat akan satu perkara tersurat di Loh Mahfuz iaitu :
"Adanya satu hamba Allah yang telah beribadah selama 80,000 tahun tetapinhanya kerana satu kesalahan,maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari kiamat."
Maka, menangislah Israfil apabila melihatnakan suratan tersebut kerana khuatir perkara tersebut merujuk kpd dirinya. Israfil terus menceritakan kpd sekalian Malaikat lalu menangislah mereka kerana takut dan bimbang akan nasib diri mereka. Mereka pun pergi bertemu dengan imam mereka iaitu Azazil dan memintanya mendoakan keselamatan untuk seluruh Malaikat, Azazil pun mendoakan mereka dengan doa :
"Ya Allah, janganlah Engkau murka terhadap mereka (para Malaikat)"
Namun, malang buat Azazil kerana dia terlupa doakan utk dirinya sendiri. Lantas Azazil terus menuju ke Syurga dia terlihat suatu suratan yang menyatakan :
"Ada satu hamba daripada kalangan hamba-hamba Allah yang muqarabbin yang telah diperintahkan Allah utk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat."
Selain daripada doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali sebagai Sayidul Malaikat atau penghulu kepada seluruh malaikat dan Khazinul Jannah (bendaharawan syurga). Semua lapis langit dan para penghuninya, menggelarkan Azazil dgn sebutan penuh kemuliaan dgn gelaran yang berbeza di mana dilapisan langit yang pertama dia digelar sebagai Aabid yang merujuk kpd ahli ibadah yg mengabdikan diri secara luar biasa kepada Allah s.w.t.
Dilangit kedua pula dia digelar Raki iaitu ahli ruku' kepada Allah s.w.t. Saajid atau ahli sujud pula gelarannya dilangit yang ketiga, manakala Khaasyi dilangit keempat dan seterusnya. Azazil si penghulu malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan kemuliaan selama 120 ribu tahun sehingga tiba suatu ketika dimana seluruh Malaikat melakukan Musyawarah besar atas undangan Allah s.w.t.
Pada waktu itu, Allah s.w.t telah mengutarakan maksud utk menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi. Sekalian malaikat kemudiannya menyatakan bahawa "Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah dimuka buminyang hanya akan membuat KEROSAKAN dan MENUMPAHKAN DARAH dibumi, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan Engkau." Surah al baqarah(30)
Lalu Allah menjawab segala kekhuatiran para Malaikat dengan meyakinkan bahawa "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui."
Surah Al baqarah (30)
Lalu, Allah s.w.t menciptakan khalifah pertama iaitu Adam a.s dan memerintahkan agar seluruh Malaikat untuk sujud hormat kepada Adam a.s. Azazil yg menjadi imam kepada para malaikat sepatutnya terlebuh dahulu sujud pada Adam a.s tapi dia merasakan dirinya lebih baik drpd Adam a.s. Dia enggan sujud sementara itu, para malaikat terus sujud tanpa dipimpin Azazil.
Bukan sahaja Azazil enggan untuk sujud malah dengan angkuhnya dia menjawab kepada Allah "Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan daripada tanah (yang diadun) ?" (surah Al-israa (61)
Kengganannya utk sujud kerana berpunca drpd hasad dengki dan iri hatinya apabila Allah hendak melantik Adam a.s sebagai khalifah dibumi kerana ia dijadikan drpd api sedangkan manusia dijadikan drpd tanah yang busuk dan melekat, Akibat daripada keangkuhannya dia telah dihalau dari Syurga. Namanya telah diubah kepada Iblis dan Iblis telah brjanji utk menyesatkan manusia serta keturunannya.
"Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (diantaranya)" Surah al-Israa (62)
Allah berfirman (kpd Iblis):
Pergilah (lakukan apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu diantara mereka, maka sesungguhnya NERAKA JAHANNAM lah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup." Surah Israa (63)
Bibit kesombongan Azazil sudah tersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kpd Allah. Waktu itu,ketika mendengar penjelasan israfil,Azazil berkata, "Ya Allah! HambaMu yang manakah yang berani menentang perintahMu, sungguh aku ikut mengutuknya." Azazil lupa, bahawa dirinya juga adalah hamba Allah dan tak menyedari bahwa kata "hamba" yang tertera pada tulisan dipintu syurga, juga boleh menimpa kepada sesiapa sahaja, termasuklah dirinya.
Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekad seraya meminta kpd Allah agar diberi penangguhan. Katanya, "Ya Allah,beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan."
Allah bermurah hati dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah.
Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran inilah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi NERAKA JAHANAM dengan jenis dari GOLONGAN KAMU dan ORANG ORANG YANG MENGIKUTIMU DIANTARA MEREKA SEMUANYA."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.