Pages

Khamis, 8 Mei 2014

Disebalik Fardhu Sembahyang

Disebalik Fardhu Sembahyang
SIAPA SEBENARNYA YANG BERSEMBAHYANG?

Tuan-tuan yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Semua orang boleh dan semua orang tahu menunai atau mengerjakan rukun sembahyang (rukun 13) dengan taat. Sayangnya, tidak ramai dikalangan kita yang tahu mengerjakan sembahyang.

Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan sesuatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu beza). Perkara sembahyang dan perkara rukun sebahyang, akan kita bicarakan pada tajuk dibawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara Siapakah yang sebenar-benar bersolat?.

Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita , siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang?. Untuk menentukan siapakah yang bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:-

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat atau fardhu sebelum fardhu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardhu di dalam fardhu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardhu sesudah fardhu)

Sesudah kita benar-benar tahu ketiga-tiga perkara di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang. Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya.

Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. 

Gelora fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh mari kita sama-sama mengembara.

Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, ingin terlebih dahulu saya mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan. Siapakah yang bersolat sebelum kita solat? Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang?. Bolehkan solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?.

Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”?. Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri?. Siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang?. Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang?. 
Cuba jawab dengan ikhlas. Bolehkah kaki kita ini berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah s.w.t?. Bolehkan kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah s.w.t?. Bolehkan kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah s.w.t?. Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah s.w.t?.
Adakah kuasa sembahyang itu, kita?. Adakah yang memulai sembahyang itu, kita?. Adakah yang rukuk itu, kita?. Adakah yang sujud itu, kita?. Cuba jawab. Mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita?. Jika tidak digerakan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat Allah. Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?.
Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah s.w.t telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz. Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun didirikan oleh Allah s.w.t untuk bersembahyang!. Berdirinya kita untuk bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah s.w.t dirikan. 
Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk mendirikan sembahyang, semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Allah s.w.t telah terlebih dahulu mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan. Allah s.w.t sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.
Jika tidak ditetapkan oleh Allah s.w.t di dalam Luh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang. Pekerjaan sembahyang yang kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah s.w.t, sedari di alam Luh Hul Mahfuz. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah s.w.t tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah ditetapkan olehNya.
Kita hanya ikut apa yang sudah Allah s.w.t tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkannya semula skrip yang telah disiapkan oleh Allah s.w.t.
Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain!. Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya?. Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita?. Cuba jawab.
Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang . Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang menggerakan solat, milik orang. Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat itu kita. Cuba jawab?.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua. Adakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada?. Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah s.w.t?. Bilamana Allah s.w.t bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud?. Menduakan sifat Allah s.w.t itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah s.w.t, dosanya tidak akan diampun olehNya?.
Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang?. Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah s.w.t. Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa?. Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. 
Hendak kata ada, seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada. Bagaimanakah kesudahannya pegangan kita?. Adakah kita perlu beriktikad sepertimana biskut chipmore (sekejap ada dan sekejap tidak ada)?. Cuba jawab.
Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada?. Apakah yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah s.w.t ataupun kedua-duanya dan adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah s.w.t?. Siapakah yang hendak mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada?. Sekiranya tidak ada, ke mana perginya diri kita?. 
Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada dan Allah s.w.t juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah s.w.t. Di mana tempat duduknya iktikad kita?. Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main sekejap ada sekejap tidak ada.
Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri?. Siapakah pemilik anggota kaki kita (siapakah pemilik sebenar anggota kaki kita?). 
Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita?. Cuba jawab……………………………………….
Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri?. Cuba jawab. Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah s.w.t. Mana mungkin Allah s.w.t ada kaki?. Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah s.w.t, kaki siapakah yang kita pakai?. Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain. 
Apakah masih ada lagikah kepunyaan kita?. Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah yang berdiri untuk bersolat?, kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang bersolat?. Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah, jadi siapakah yang bersolat?……………………………………..
Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar), tidak salah atau dikerjakan dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).
Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah, apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk kita?. Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita. 

Dengan itu, saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang diluar sana, agar insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya tidak ada. Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah……………………………………………..

Bahawa sesungguhnya wal awallu, wal akhiru, wal zahiru dan walbatinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita?. Itulah sebabnya yang dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam (berdiri mati). Kiam itu, adalah bererti mati). Bila saja kita berdiri solat, itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.

Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita sudah mati. Iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita kepada Allah. Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang di maksudkan dengan perkataan kiam ( mati ). Kiamkan dirimu di kala bersolat itu, adalah bererti hendaklah kita matikan diri dikala bersolat. 
Setelah kita berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita. Seandainya kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah merujuk kepada maksud “berdiri mati”. Bilamana berdiri mati, bererti kita mati, setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah. Untuk lebih jelas, mari kita ikuti bab di bawah.
RUKUN DAN HUKUM SEMBAYANG
Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:-
1) Hukum Feekli
2) Hukum Kauli
3) Hukum Qolbi

Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata diantara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13.. Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorongan kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.
1) Hukum Feekli
Soal: Apakah maksud hukum feekli?
Jawab: Makna, maksud atau eri hukum feekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya. Seumpama berdiri, takbir, rukud, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum feekli atau perbuatan sembahyang. Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua diantara kita lulus dengan markah 100 persen.

2) Hukum Kauli

Soal: Apakah maksud, makna atau erti hukum kauli?
Jawab: Hukum kauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan. Iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quraan. Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang. Dihafal bacaan rukud, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca diketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua diantara kita lulus dengan markah 100 persen.

3) Hukum Qalbi
Soal: Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?.
Jawab: Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja. Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacan batin. Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani).
Perbuatan zahir itu, hendaklah juga dengan perbuatan batin (perbuatan rohani). Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani?.

AKAN DI JAWAB DI DALAM KITAB YANG KE 6 YANG AKAN TERBIT TAK BERAPA LAMA LAGI
Soal: Hukum qalbi itu, terbahagi berapa peringkat?
Jawab: Hukum qolbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga.
Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:


1) Qosad (menyatakan niat)
Mana yang dikatakan niat?, Niat itu adalah sesuatu yng tidak berhuruf dan tidak bersuara, sedangkan niat yang kita ucapkan (lafazkan) selama ini, adalah berupa huruf dan berupa suara yang keluar dari kedua bibir mulut. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut itu, bukan niat, itu adalah meruju kepada lafas niat dan bukannya niat.

Sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak da huruf dan tidak ada suara (biarpun lintasan hati), itu bukan niat. Lintasan hatipun bukan dikatakan niat.

“Innamal akmal bil niat” (bermulanya amal ibadah itu, adalah dengan niat). Persoalannya di sini, dimanakah yang dikatakan niat?.

“la tatahrroku zarratun illa biiznillah” (tidak bergerak sebesar zarah, melainkan dengan izin Allah)

Ayat di atas mengatakan bahawa tidak bergerak biar sebesar zarah, jika tidak izin Allah Bermaknanya di sini setiap amal itu, hendaklah dimulai dengan niat, Persoalannya di sini, mana lebih dahulu antara niat dengan gerak Allah?. Sedangkan segala gerak kita itu, adalah digerakkan oleh Allah Taala, persoalannya di sini mana lebih dahulu antara gerak Allah dengan niat?.
Hadis bersabda, setiap amal itu, bermula dengan niat, manakala firman pula berkata bermula gerak itu bermula dengan gerak Allah. Persoalannya di sini, mana satukah yang terlebih dahulu dan manakah yang dikatakan sebenar-benar niat?…………………….


2) Taqrud (menyatakan yang mana wajib dan yang mana sunat)


3) Takyin (menyatakan waktu)
Manakah yng dikatakan sebenar-benar masa solat?. Apakah masa solat itu ada pada jam atau pada bayang matahari?, seandainya tidak ada jam dan seandainya tidak ada bayang matahari, bagaimana untuk mengukur waktu solat?. Tambahan pula orang zaman dahulu suka bertapa di dalam gua yang tidak ada jam tambahan pula dalam gua tidak ada bayang matahari?. Persoalannya di sini, bagaimanakah untuk mengukur waktu dan bagaimanakah sebenar-benar waktu solat?…………………………


4) Ihram (bungkus atau tutup)
Untuk memenuhi hukum qolbi, solat kita itu hendaklah solat dengan hukum qolbi yang ditinggkatan Ihram. Ihram ertinya tutup, bungkus, persoalannya disini, apakah yang hendak ditutup dan apakah yang hendak dibungkus?. Persoalannya di sini, tutup apa dan bungkus apa?.


5) Mikraj (sampai)
Sembahyanng dengnan hukum qolbi itu, hendaklah sampai mikraj), persoalannya di sini, hendak sampai kemana?
“La faelon fis solati Illallah” (Tidaklah bersolat itu, adalah Allah)


6) Munajat (melihat)
Dalam sembahyang dengan hukum qolbi, apakah yang dimaksudkan dengnan hukum melihat (munajat), nak lihat apa?

“Faainamatuwallu fasamma wajuhullah” (mana dihadapkan muka mu, di situlah Allah)

“La maujud Illallah” (Tidak ada yang wujud itu, selain Allah)


7) Tabdi (tetap wahdah yang tidak berganjak lagi)
Dalam sembahyanng qolbi, hendak ditetapkan apa, apakah yang hendak ditetapkan ?……………….

“la yazuk wala ya arif” (hanya yang menikmati sahaja yang tahu rasanya)

“Ana sirrri waana sirruhu”(Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku).

Semua itu akan diterjemah dalam kita no 6 yang akan terbit tak berapa lama lagi

Untuk tidak menghampakan tuan-tuan, di sini saya nyatakan satu dua tajuk:
Apakah erti, maksud atau makna kosad

Soal: Apakah erti, maksud atau makna Qosad?
Jawab: Kosad itu, adalah bererti, bermaksud dan bermakna “Menyatakan Niat”.

Soal: Apakah itu yang dikatakan niat?
Jawab: Niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Sebenar-benar qosad dan sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak terlafas melalui mulut dan tidak ternyata melalui tasdiq hati (membenarkan dengan hati). Sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara (bukan dari bibir mulut dan bukan dari hati).

Adapun niat yang dinyatakan melalui ucapan kedua bibir mulut itu, menurut pandangan melalui sudut ilmu makrifat, ianya tidak dikatakan niat. Suara yang terbit (yang keluar) dari kedua bibir mulut, yang dikatakan niat itu, adalah dikatakan lafaz niat dan bukannya niat. Yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah lafaz niat dan bukannya niat.
Ilmu feqah menyatakan bahawa suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengan hati itu, adalah niat. Adapun menurut pandangan dari sudut ilmu makrifat, suara atau tasdiq (membenar) dengan hati itu, masih belum dikatakan niat. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan dibenarkan dengan hati itu, masih belum dikatakan niat.
Sekadar melafaskan niat untuk memberi tahu Allah yang kita hendak sembahyang, seumpama “ sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala”, menurut sudut pandang ilmu makrifat, itu belum dikatakan niat, itu adalah dikatakan “lafaz niat”. 
Jika kita melafazkan niat dengan berkata “sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala” itu, lafaz yang keluar dari kedua bibir mulut itu, sekadar untuk memberi tahu kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, jika niat itu adalah bertujuan untuk memberi tahu Allah atau bertujuan untuk memperkhabarkan kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, adapun sebelum kita berdiri solat itu, sesungguhnya Allah sudah tahu yang kita itu hendak sembahyang maghrib.
Tanpa diberi tahu atau tanpa diperkhabarkan kepada Allahpun, Allah sudah tahu yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat. Malahan sebelum kita buka pintu rumah atau sebelum kita turun dari tangga rumahpun, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum yang kita itu hendak sembahyang maghrib. 
Bilamana kita melafazkan niat dengan bibir mulut itu, seoalah-olah kita hendak memberi tahu Allah. Persoalannya di sini, apakah Allah itu tidak tahu yang kita hendak sembahyang maghrib, sehingga kena lapor, kena bagi tahu dan kena diperingati?. 
Jika kita tidak bagi tahu, apakah Allah tidak tahu?. Malahan sebelum kita lahir ke dunia ini, sesungguhnya Allah itu sudah tahu dan sudah sedia maklum yang kita itu hendak bersembahyang maghrb pada sekian hari, sekian masa dan sekian rakaat (sebelum kita lahir kedunia lagi).
Allah telah berfirman: “Allah buat kamu dan apa-apa kamu perbuat”.

Sebelum kita lahir kedunia lagi, Allah sudah tahu apa yang akan kita buat setiap saat, setiap detik, setiap jam dan setiap hari. Tidak perlu kita memperingatkan Allah pada setiap kali kita hendak bersolat. Sebelum kita berniat untuk berkahwin, sebelumnya Allah sudah tahu sebelumnya. Kita masih kanak-kanak seusia 10 tahun, yang belum ada cita-cita untuk berkahwin, sesungguhnya Allah sudah tahu, kita hendak kawin dengan siapa dan bila tarikh kita kahwin, hari kahwin, saat kahwin dan berkahwin dengan siapa.

Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum, biarpun kita semasa itu masih belum melafaz niat. Begitu juga dengnan perkara bersolat, Allah sudah tahu yang kita itu, akan bersolat apa, di mana dan berapa rakaat, itu semua dalam ilmu Allah yang tidak payah diperingati, seolah-olah Allah tidak tahu sembayang apa yang hendak kita kerjakan.Oleh itu, apakah dan dimanakah yang dikatakan sebenar-benar niat?.

Ingat, ingat dan ingat pesanku bahawa “niat dengan lafaz niat” itu, adalah suatu perkara yang berbeda. Lafaz niat itu, adalah yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengnan hati. Adapun yang dikatakan sebenar-benar niat itu, adalah sesutu perkara yang tidak berhuruf dan sesuatu yang tidak bersuara (tidak ada bunyi dan tidak ada terlafaz dengan suara, mahupun dengan hati).
Saya tinggalkan terlebih dahulu bab yang membicarakan soal niat, soal niat itu, akan saya cerita dan akan saya perkhabarkan pada bahagian akhir nanti (pada bahagian pengulugan nanti). Diperingkat ini, jika sekalipun saya cerita apa itu erti niat, tuan-tuan tidak akan faham dan tidak akan mengerti sebelum saya menceritakan keenam-enam hukun qalbi. Oleh itu sebelum kita membicarakan soal niat (qosad), mari kita bicara terlebih dahulu perkara hukum qalbi yang enam. Hukum qalbi yang kedua selepas kosad itu, adalah “takrukh”
Apakah erti, maksud atau makna “takrukh”
Soal: Apakah erti, makna atau maksud takrukh

Jawab: Erti,makna atau maksud takrukh itu, adalah menentukan anggota yang mana sunat dan anggota mana yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat.

Sebelum kita menunaikan fardhu sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita tentukan dengan faham dan tentukan dengan mengerti bahawa di dalam bersolat itu, mana satu anggota yang wajib dan mana satu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah di dalam bersolat. Sebelum mengerjakan ibadah solat, hendaklah terlebih dahulu kita tentukan anggota yang mana satu yang sunat dan anggota mana satu yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah.
Cuba tuan-tuan tanya dan soal diri tuan-tuan sendiri, selama hidup dan selama mengerjakan fardhu sembahyang (solat), apakah sudah kita hitung, sudahkah kita jumlah atau sudahkah kita kira, manakah anggota yang wajib dan manakah anggota yang sunat?
Sebab apa kita perlu tahu yang mana anggota sunat dan yang mana anggota wajib?. Sebab perlunya untuk kita megentahui yang mana satu anggota wajib dan yang mana satu anggota sunat itu, supaya kita boleh tentukan agar yang wajib itu, tidak sekali-kali ketinggalan atau tidak sekali-kali kita meninggalkan anggota yang wajib untuk berjumpa Allah Taala. 
Tujuannya juga adalah supaya kita sedar, supaya kita tahu dan supaya kita tidak keliru untuk tidak meninggalkan yang wajib. Jika sekiranya kita tidak tahu perkara sunat, sudah barang tentu kita tidak sekali-kali akan tahu perkara wajib, Jika sekiranya kita tidak tahu perkara wajib, maka sudah barang tentu tentu, kita tidak akan tahu perkara sunat.
Soal: Bolehkan kita meninggalkan perkara rukun atau perkara yang wajib?

Jawab: Dengan meninggalkan yang sunat, adalah suatu perkara yang boleh dimaafkan dan perkara yang boleh dikecualikan (boleh tutup sebelah mata). Namun dengan meninggalkan perkara yang wajib itu, ianya boleh membatalkan solat (tidak diterima Allah Taala akan ibadah solat kita). 

Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri, apakah ibadah solat tuan-tuan selama ini telah dikerjakan dengan faham?. Faham apakah itu anggota wajib dan apakah itu anggota sunat untuk di bawa semasa bersolat bagi berjumpa dan bagi menghadap Allah Taala?. 

Jika jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak mengetahui yang mana anggota wajib dan yang mana anggota sunat, apakah ertinya ibadah solat yang selama ini tuan-tuan kerjakan?. Itulah makanya difardhukan atas kita bagi mengetahui hukum qolbi dalam perkara takrukh.

Soal: Apakah itu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat?.
Jawab: Anggota sunat yang perlu di bawa sewaktu bersolat (menyatakan Allah) itu, adalah anggota tujuh (seumpama anggota mata, mulut, telinga, hidung, tangan, kaki dan anggota perut). Itulah sebabnya seandainya kita tidak ada kaki, kita boleh sembayang duduk, tidak boleh duduk jika sakit pinggang, kita boleh sembahyang secara berbaring. Seandainya tidak ada kaki, tangan, mata, telinga, mulut dan jika kita tidak ada anggota perut sekalipun, kita di boleh (diwajibkan) bersolat. Ini menunjukan bahawa anggota tujuh itu, adalah perkara sunat sahaja untuk dibawa bertemu Allah diketika bersolat (menyatakan Allah). Ada atau tidaknya anggota tujuh, tidak diambil kira atau tidak mengapa kerana iainya tidak termasuk perkara wajib. Adapun baik dan tidak semestinya adapun lagi baik.
Soal: Apakah itu anggota yang wajib untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat?.
Jawab: Anggota wajib yang perlu di bawa sewaktu bersolat (menyatakan Allah) itu, adalah anggota roh. Rohlah yang wajib dibawa untuk bertemu dan berjumpa Allah. Anggota tubuh kita yag lain, tidak pernah berjumpa Allah. Adapun roh sahaja yang pernah berjumpa Allah semasa azali “alastu birobbikom, kolu bala syahidna” (tidakkah aku ini Tuhan mu (tanya Allah kepada roh), bahkan engkaulah tuhan ku (jawab roh kepada Allah). 

Ini bererti, roh sudah dan telah pun mengenal Allah sedari mula. Jadi dialah yang mengenal dan dialah yang layak dibawa berjumpa Allah sewaktu solat. Roh lah anggota yang tidak boleh tidak dan mesti ada untuk dibawa berjumpa Allah, bukannya anggota jasad (anggota jasad adalah perkara sunat, manakala anggota roh adalah perkar wajib).

Soal: Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya untuk membawa roh untuk berjumpa Allah sewaktu bersolat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.