
Permasalahan Thariqah, Hasil Kesepakatan Muktamar & Musyawarah Besar Jami'ah Ahlith Thariqah Al- muktabarah Nahdatul Ulama ( 1957 - 2005M ), Penghimpun: KH A. Aziz Masyhuri diterjemahkan oleh: Achmad Zaidun .
1 . Hukum Masuk Tarekat
Bagaimana pendapat muktamirin tentang hukum masuk Tarekat dan mengamalkannya ?
Jika yang dikehendaki masuk Tarekat itu belajar membersihkan dari sifat-sifat yang rendah dan menghiasi sifat-sifat yang dipuji, maka hukumnya fardhu 'ain. Hal ini seperti hadis Rasulullah S.A.W, yang ertinya:
" Menuntut ilmu diwajibkan bagi orang Islam laki-laki dan Islam perempuan "
Akan tetapi kalau yang dikehendaki masuk Tarekat Mu'tabarah itu khusus untuk dzikir dan wirid, maka termasuk sunnah Rasulullah S A W. Adapun mengamalkan dzikir dan wirid selepas bai'at, maka hukumnya wajib, untuk memenuhi janji. Tentang mentalqinkan ( mengajarkan ) dzikir dan wirid kepada murid, hukumnya sunat. Kerana sanad Tarekat kepada Rasulullah S.A.W itu sanad yang shahih.
Keterangan dari kitab :
Al-Adzkiyaa : Pelajarilah ilmu yang membuat sah ibadahnya.
Al-Ma'ararifah Al-Muhammadiyyah, hal. 81 : Sanad para wali kepada Rasulullah SAW Itu benar ( shahih ), dan sahih pula hadis bahawa Saidina Ali K.W pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W.
Kata Saidina Ali K.W : Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku jalan terdekat kepada Allah yang paling mudah bagi hamba-hamba-Nya dan yang paling utama bagi Allah !
Rasulullah S.A.W Bersabda :
"Kiamat tidak akan terjadi ketika di muka bumi masih terdapat orang yang mengucapkan " Allah ".
Dasar lain adalah Firman Allah S.W.T :
" Penuhilah janji , sesungguhnya janji itu akan diminta pertanggungjawabannya "
( Al-Israa'; 34 ).
2. Tidak Bersanad Mengajarkan Tarekat
SOALAN: Apakah boleh orang yang tidak mempunyai sanad yang sambung kepada Rasulullah S.A.W mengajarkan Tarekat kepada murid ? Apakah boleh memberi ijazah kepadanya ?
JAWAPAN: Tidak boleh, kalau Tarekat itu Tarekat Mu'tabarah seperti Tarekat Naqsyabandiyah, Qadriyah, Khalidiyah, dan semacamnya iaitu Tarekat yang silsilahnya sampai kepada Rasulullah S.A.W.
Keterangan dari kitab :
Khaziinah Al-Asraar, hal. 188 : Orang yang silsilah / sanadnya tidak bersambung ke hadrat Rasulullah S.A.W itu, terputus dari pancaran rohani dan ia bukanlah pewaris Rasulullah S.A.W serta tidak boleh membai'at dan memberi ijazah.
Ushuul Al-Tariq, hal. 89 : Semua ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada guru-guru Tarekat dan tidak mendapat izin untuk memimpin umat di majlis Tarekat, tidak boleh menjadi mursyid, tidak boleh membai'at, tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan-amalan lain dalam Tarekat .
Tanwir Al-Quluub, hal. 534 : Tidak boleh menjadi guru Tarekat dan mursyid kecuali setelah mendapat kebenaran dan izin, sebagaimana kata para imam, kerana sudah jelas bahawa orang yang menjadi guru Tarekat tanpa mendapat izin itu bahayanya lebih besar daripada keselamatannya, dan ia memikul dosa sebagai perompak / penyamun Tarekat, serta jauh dari darjat murid yang benar, apa lagi dari darjah guru Tarekat yang arif.
3. Kata-kata sebahagian orang bahawa Tarekat tidak termasuk Sunnah Rasulullah S.A.W.
SOALAN: Bagaimana hukumnya orang yang melarang orang lain masuk Tarekat Mu'tabarah seperti Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyyah, Qadiriyah, Syathariyyah dan sebagainya dan dia berkata bahawa Tarekat tersebut tidak termasuk sunnah Rasulullah S.A.W ?
JAWAPAN:\Kalau tujuan melarang itu ingkar kepada Tarekat, maka orang itu menjadi kufur.
Keterangan dari kitab :
Jaami'u al- Ashuuli Al-Auliyaa' hal. 136 : Jauhilah ucapan : " Tarekat orang-orang sufi itu tidak diajarkan dalam Al-Quran dan hadis " kerana orang yang berkata seperti itu adalah kafir. Semua Tarekat orang-orang sufi itu sesuai dengan akhlak dan perilaku Nabi Muhammad S.A.W serta ajaran Allah S.W.T.
4. Hanya Mengajarkan Zikir Saja
SOALAN: Sebahagian guru Tarekat mengajarkan kepada muridnya hanya zikir saja. Apakah demikian itu menyalahi Rasulullah S.A.W ?
JAWAPAN: Mengajarkan kepada muridnya hanya zikir saja, tidak menyalahi Rasulullah S.A.W. Mengingat bahawa Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada Saidina Ali K.W hanya zikir saja.
Keterangan dari kitab :
Al-Maaarif Al-Muhammadyyah, 81 : Saidina Ali K.W pernah bertanya kepada Nabi S.A.W
Kata Saidina Ali K.W : " Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku jalan terdekat kepada Allah yang paling mudah bagi hamba-hamba-Nya dan yang paling utama bagi Allah ! "
Rasululah SAW bersabda : "Wahai Ali, biasakanlah berzikir kepada Allah secara istiqamah pada saat khalwat / suluk ! "
Kata Saidina Ali K.W : " Begitulah keutamaan zikir dan seperti itulah orang-orang akan berzikir "
Selanjutnya Rasulullah S.A.W bersabda : " Wahai Ali, kiamat tidak akan terjadi selama di muka bumi masih ada orang yang mengucapkan Allah, Allah ".
Ali bertanya bagaimana cara saya berzikir, wahai Rasulullah ? Baginda menjawab : " Pejamkan kedua matamu kemudian dengarkan aku ! "
5. Bai'at langsung kepada Allah Tanpa Melalui Tarekat
Ada seorang guru agama yang mengatakan; " Jika kamu sudah punya amalan atau wirid yang sudah boleh kamu lakukan secara istiqamah maka niatlah dalam hati bai'at kepada Allah untuk mengamalkan ". Ertinya dengan kata lain; bai'at itu tidak harus melalui Tarekat ".
Benarkah pernyataan guru agama seperti itu ? Apa alasannya ?
Apabila perkataan tersebut ada niat ingkar kepada syarat dan amaliah Tarekat terutama bai'ah maka tidak benar dan haram, dan yang mengucapkan terkutuk tidak mendapatkan kebahagiaan selama-lamanya.
Keterangan dari kitab :
Taqriib al-Ushuul oleh Syaikh Zaini Dahlan, hal 81 :
Syaikh Abu Utsman mengatakan : Allah melaknat orang yang mengingkari Tarekat. Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah mengucapkan " Laknat Allah atas orang yang mengingkari Tarekat tersebut "
Syaikh Abu Utsman juga pernah mengatakan : " Siapa yang menentang Tarekat, maka ia tidak beruntung selamanya. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.