Pages

Khamis, 5 Jun 2014

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

Zahir - jasad = Allah jelaskan yang zahir itu Allah menyatakan huwaz zohiru iaitu dialah (Allah) yang zahir
Batin -Roh = Allah jelas yang batin itu Allah berfirman huwal batinu iaitu dialah (Allah) yang batin..
Yang menghubungkan antara jasad (Zahir) dan Roh (batin) ialah nafas.
Nafas ialah pekerjaan roh yang sedang menghibungkan jasad dengan roh....
Keluar masuknya nafas telah dijelaskan Allah didalam firmannya

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya..

Pada penerangan diatas yang zahir adalah Allah dan yang batin juga adalah Allah...

Yang menghubungkan yang zahir dan yang batin ialah nafas juga adalah seperti yang dijelaskan didalam firman Allah seperti diatas..

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam."

Didalam ayat ini Allah telah mengkiasksn zahir sebagai malam dsn batin sebagai siang...

Semasa Nafas masuk diterangkan oleh Allah "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, "

Semasa nafas keluar diterangkan oleh Allah "Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam."

Dengan ini jelaslah yang jasad, nafas dan roh adalah kenyataan Allah..

Bila diketahui semuanya adalah kenyataan ada Allah, jadi bagaimana hendak mengadakan pengakuan yang Allah itu adalah Allah...

Allah yelah menjelaskan kepada kita bahawa segsla-galanya adalah Dia (Allah),

Bagaimana nak mengadakan pengakuan yang Allah itu adalah Allah supaya kita tidak mengaku yang Allah itu adalah ada diri kita sendiri?...

Untuk mengadakan pengakuan yang Allah itu adalah Allah .....

Aplikasikan firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya sambil hati jiwa rasa dan perasaan ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada ada Allah (samada zahir (jasad) atau batin (roh)... (Huwaz zohiru, huwal batinu)

Rasalah apa yang sedang dirasai dengan sebulat-bulat tumpuan didalam masa yang sama mengakuilah apa sahaja yang dirasai dengan sebulat-bulat tumpuan itu adalah Allah, hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

Tumpukanlah sepenuh tumpuan kepada yang sedang menyedari yang Allah itu adalah Allah dengan sebulat-bulat tumpuan, sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

Lakukanlah praktikal ini sehingga sampai mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah sampai kepada Allah yang sedang mengenal Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.