Kisah Rabiatul Adawiyah Wali Allah Yang
Mesti Dicontohi Wanita - Rabiatul Adawiyah
adalah seorang wali Allah yang mengabdikan
dirinya kepada Allah. Kesabaran dan
perjuangan harus dicontohi oleh wanita Islam
hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula
dari seorang wanita yang tidak mentaati
Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam
mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana
kejahilan menyelebungi masyarakat arab
kebanyakan sekolah agama telah ditutup.
Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama
tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Untuk menarik minat orang menaiki
sampannya dia akan mendendangkan lagu
yang merdu ketika mendayung sampan.
Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping
ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila
ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan
tempat ayah sebagai pendayung sampan dan
mendendangkan lagu yang merdu.
Mendengarkan suaranya yang merdu itu
menarik hati seorang lelaki untuk
membawanya untuk dipersembahkan kepada
raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.
Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak
kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya
merasa insaf dengan segala perbuatannya
kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya
adalah seorang guru agama. Dari hari itu
Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi
dan menuang arak. Dia sering duduk
bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga
diseksa oleh raja dengan kerja yang berat.
Pernah suatu hari pengawal raja disuruh
melepaskan ular dan kala jengking ke dalam
bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak
senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi
akhirnya ular tersebut menerkam pengawal
raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang,
walaupun dia tidak diberi makan dia tetap
mampu menjalankan ibadat kepada Allah.
Apabila raja mengintainya di dalam bilik,
kelihatan dia sedang munajat memohon doa
kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya
kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya.
Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua
datang dan mengatakan supaya melepaskan
Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi
menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul
Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas
langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah
untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah
masih ada atau sudah pergi. Kelihatan
Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul
berkhidmat dengan raja, akhirnya dia
dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah
berterima kasih kepada raja dan tidak
meminta apa-apa daripada raja walaupun raja
memberi peluang kepadanya untuk meminta
apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia
pulang ke kampungnya, rumah telah roboh
dan penduduk kampungnya juga ramai yang
telah berpindah. Dia meminta orang
menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.
Pada suatu malam, seorang pencuri
terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu
dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu
Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak
menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul
Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia
merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul
Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau
dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-
tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh.
Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul
mengatakan pada pencuri itu ambillah apa
yang dia inginkan jika dia seorang pencuri
tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia
menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk
dan bersolat serta memohon pada Allah apa
yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat
dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki
yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi
pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta
kuda yang membawa banyak harta yang
menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah.
Raja menghantar orang untuk memberi
Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila
orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah
kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul
Adawiyah mengatakan dia tidak pernah
meminta harta dari Allah tetapi orang
disebelahnya yang memohon kepada Allah
jadi berikanlah harta itu kepada orang yang
memintanya. Pencuri itu gembira kerana
mendapat harta dan dia membuat sebuah
mahligai yang indah. Pada suatu hari ada
seorang lelaki menemui pencuri itu dan
bertanya bagaimana dia mendapat harta yang
begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun
menceritakan kisahnya kepada lelaki itu.
Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa
wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah.
Dia berasa terkejut dan menyesal kerana
tidak berterima kasih kepada Rabiatul
Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul
Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu
Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya
Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Sesungguhnya orang-orang yang
bertaqwa apabila mereka dibayangi-
bayangi fikiran jahat (berbuat dosa)
dari syaitan, mereka pun segera ingat
kepada Allah, maka ketika itu juga
mereka melihat (kesalahan-
kesalahannya). [Surah al-A'raf, ayat
201]
MORAL CERITA: Kita sebagai umat Islam
perlulah sentiasa mengingati Allah dan
sentiasa memohon keampunan daripada Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wanita masa kini perlulah mencontohi wanita
Islam yang terdahulu yang sentiasa
mengagungkan Islam dan sentiasa
mengutamakan nilai-nilai murni yang Islam
tuntutkan. Jadikan mereka sebagai ikon untuk
menjadi wanita solehah dan berjaya didunia
dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.