Pages

Isnin, 30 Jun 2014

Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?

23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 86)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"

23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 87)
سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ


Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"

23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 88)
قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"

23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 89)
سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلْ فَأَنَّىٰ تُسْحَرُونَ


Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"

23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 90)
بَلْ أَتَيْنَاهُم بِالْحَقِّ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ


(Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka 
keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.


Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Berdasarkan kepada Ayat diatas SOALAN SIAPAKAH YANG ..... Dan tentukan jawapannya "ALLAH" adalah salah satu jalan dari pelbagai jalan yang jika diamalkan secara istiqomah boleh membawa pengamalnya sampai kepada iktiqad tauhid dan makrifatullah....

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.