PERJUANGAN MENEGAKKAN KEESAAN ALLAH - SENTIASA BERADA DIDALAM KALIMAH TAUHID
Tugas mengesakan Allah ( tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepada ku), sehinggalah kita menemui mati ( kullunafsin za ikhotul maut)..
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 56)
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 185)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 35)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةًۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 57)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
Tugas sebenar kita ialah mengakui bahawa Allah itu Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang maha Esa yang ternyata pada badan diri sendiri dan kepada setiap zarah ujud alam maya pada ini..
Tugas inilah yang telah kita terima sebagai amanah yang mana tidak sanggup diterima oleh makhlok lain selain daripada kita sebagai setiap Insan.. Tugas menanggung rahsia Allah (huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru huwal batinu) begitu murni dan menjadikan taraf kita sebagai makhlok termulia disisi Allah...
Marilah sama-sama kita jaga dan pelihara kemuliaan itu dengan memulangkan segala-gala haq (zat, sifat, nama dan perbuatan) kepada yang berhaq iaitu zat mutlak yang bernama Allah, yang dahulunya Dia(Hu) tidak bernama(Zatul Buhti) apa-apa pun kerana belum ada sebarang penzahiran(tajjali)...
Penzahirannya adalah sebagai tanda atau ayat-ayat yang menerangkan kewujudan Dia sendiri, tetapi didalam bentuk kepelbagaian sifat, nama dan perbuatan yang sudah barang tentu berada didalam keEsaannya sendiri bukan didalam bentuk ujud selain dari Dia sendiri....
Tanda wujud Allah yang tertera pada badan diri kita dianggap atau disangka sebagai sesuatu yang lain dari wujud Allah adalah membuatkan kita akan terjerumus kelembah kesyirikan yang tersembunyi(khofi) kerana tanda-tanda atau ayat-ayat ini semata-mata dizahirkan keatas badan diri kita semata-semata untuk memperkenalkan diriNya sendiri....
Jika tidak dizahirkan segala tanda dan ayat-ayat sebegini rupa ia tidak mungkin dapat dikenali dengan senyata-nyataNya seperti sekarang ini...
Untuk menyatakan kenyataanNya yang terlalu nyata ini hendaklah kita mengistiharkan perang dengan hawa nafsu kita (diri kita yang telah dianggap atau diri Allah yang disangka sebagai diri sendiri) iaitu sifat keakuan diri...
Hapuskanlah sifat keakuan diri dengan mengaku yang Allah itu Allah sehinggalah ternyata Allah itu Maha suci dari sifat kekurangan..
Tugas inilah menaikkan taraf kita dari seorang hamba kepada taraf seorang khalifah ( pemerintah iaitu sebagai ulilamri Allah untuk memerintah sebuah alam iaitu setiap badan diri sendiri)..
Tugas ini adalah menjadi kewajipan keatas setiap individu lelaki dan perempuan... Setiap seorang daripada kita tidak kira samada kita seorang lelaki atau perempuan mesti dan wajib mengesakan Allah pada segala perbuatan, nama dan sifat yang tertera kepada badan sendiri dan setiap zarah....
Wahai badan diriku dan para sahabat sekalian marilah sama-sama kita jadikan misi suci ini ( mengesakan Allah pada setiap detik dan saat -menegakkan kalimah tauhid) sebagai satu wadah perjuangan bagi melanjutkan perjuangan Rasulullah saw.. InsyaAllah.. Amin
Marilah jadikan perjuangan kita untuk menegakkan dua kalimah syahadah diatas muka bumi ini sebagai satu tugas murni melalui manamana halaman yang kita sertai...
Jauhilah perbalahan dari kepelbagaian pendapat, sama-samalah kita bermuzakarah untuk menyatukan kesemua umat diatas kemuliaan Dua kalimah syahadah ini...
Berpeganglah dengan manamana pegangan pun, tetapi jangan sampai kita mensyirikkan Allah dengan menjadikan diri kita sebagai tuhan sesembahan kita ( Allah berfirman tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan) atau mengadakan Tuhan yang lain disamping Allah..
25.Surah Al-Furqān (Verse 43)
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya:
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)
بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍۖ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 23)
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
42.Surah Ash-Shūraá (Verse 15)
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْۖ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَاۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
Inilah yang paling penting didalam kehidupan seharian kita iaitu suci kita dari sifat keakuan diri iaitu suci dari syirik ( yang terang dan tersembunyi)..
Syirik yang tersembunyi dan ianya sentiasa melekat kepada badan diri kita sendiri selagi kita belum mengistiharkan perang dengan hawa nafsu sendiri ( sifat keakuan diri - Menyangka ujud yang ditunjukkan oleh Allah, sebagai ujudnya telah disangka sebagai ada diri sendiri)..
Perjuangan kita untuk berperang dengan nafsu sendiri inilah wajib didahulukan dari yang lain dan telah menjadi seruan utama daripada Nabi Muhammad saw kepada kita iaitu perang yang paling utama ialah berperang dengan hawa nafsu sendiri..
Hawa nafsu sendiri itu hendaklah kita mengambil faham sebagai sifat keakuan diri dimana unsur utamanya ialah berkeinginan untuk memiliki sifat yang wajib bagi Allah untuk dirinya atau dengan kata lain bersangkaan yang ujud Allah yang dinyatakan untuk memperkenalkan dirinya sebagai ada diri kita sendiri)
Wadah perjuangan kita ialah dengan menyedari dan merasai segala sifat yang wajib bagi ALLAH yang tertera keatas badan diri ( jasad dan roh) sendiri, setelah menyedari dan menyaksikan sifat yang wajib bagi Allah yang tertera pada badan diri sendiri, maka mengakulah bahawa sifat yang wajib bagi Allah yang kita sedang rasai itu adalah sifat Allah...
Jika tidak mampu membuat pengakuan gunalah kaedah selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"
Dengan soalan ini kita telah melatih diri untuk mengaku yang ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan itu, diakui sebagai ujud, sifat, asma' Allah sendiri...
Pengakuan kita yang sifat Allah itu adalah sifat Allah secara automatik sifat itu ternafi kepada badan diri sendiri dan selain dari Allah...
Wahai para mujahidin, bangunlah segera untuk memperjuangkan perjuangan suci ini dengan berperang melawan nafsu sendiri iaitu diri sendiri yang disangka ada disamping ada Allah...
Semuga perjuangan suci kita ini akan dapat membangun sebuah daulah yang mendapat barokah dua kalimah syahadah.
Sekarang ini kita belajar ilmu mengenal diri iaitu mengenal Allah, setelah sekian lama kita belajar kita pun tahulah tentang diri kita dan juga tentang Allah seperti yang dipelajari itu..
Ringkasnya seperti yang dikehendaki dan ditekankan didalam ilmu pengetahuan ini ialah Tuhan itu hanyalah Esa sahaja iaitu Allah yang mempunyai segala-gala sifat yang wajib keatas diriNya sahaja, sifat yang wajib bagi Allah itu hanya layak diletakkan dan diberikan hanya kepada Allah sahaja kerana Allah itu tidak berlaku perubahan padanya, dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila..
Manakala maklok atau hamba pula ialah merupakan tanda-tanda kewujudan Allah yang sedang Allah perkenalkan untuk memperkenalkan dirinya sendiri, jadi setiap makhlok ini sebenarnya bersifat ia dengan sifat yang mustahil bagi Allah iaitu berlawanan dengan sifat wajib bagi Allah...
Contoh Allah bersifat dengan sifat Ada, sekalian makhlok bersifat dengan sifat tidak ada (tiada)..
Bersalahan Allah taala bagi segala yang baharu hendaklah difahamkan secara tahkik yang putus hanya Allah sahaja yang bersifat yang wajib keatas diriNya dan segala maklok bersifat dengan sifat mustahil bagi Allah... Pertentangan sifat inilah yang membuatkan Allah itu sentiasa bersifat dengan bersalahan Allah itu bagi setiap makhlok....
Maka setelah itu kita pun tahulah seperti yang kita berpegangkan ini, keadaan ini membawa makna keatas diri kita, kita sudah tahu tentang ilmu mengenal diri iaitu mengenal Allah...
Masaalah yang timbul dan amat-amat mengelirukan kita semua ialah apa yang telah kita tahu hasil dari pelajaran kita ini tidak sama dengan apa yang kita sedang hadapi sepanjang kehidupan harian kita sekarang ini...
Contohnya kita belajar pada hakikatnya, Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tidak ada.. Apa yang kita sedang hadapi dan rasa didalam rasa perasaan kita sekarang ini ialah kita rasa kita yang ada tetapi kita tidak rasa Allah yang ada...
Dari sini timbullah berbagai kilaf dan pendapat, para 'arifibillah yang bersusur galur dari Rasulullah dapat menyelesaikan masaalah ini pada badan diri mereka sendiri dengan cara mengalami sendiri perjalanan rohani, mereka menjalani sendiri perjalanan rohani melalui badan diri mereka sendiri untuk mengetahui kebenaran ini...
Seperti yang kita telah tahu bahawa diawal tadi bahawa dalam misi Allah hendak memperkenalkan dirinya dia telah menyatakan tanda-tanda atau ayat-ayat pada diri kita ( harus ditekankan bahawa Allah mengatakan itu adalah tanda-tanda wujud Allah - bukan ujud selain dari Allah, apakah yang dimaksudkan dengan tanda itu, ialah kenyataan wujudnya sendirilah), tapi kita yang salah berpegang, Allah kata tanda wujudnya, kita kata dan kita sangka sebagai wujud kita (Apakah yang Allah katakan kepada mereka ini, Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan... Harus diperhalusi berhubung dengan apakah yang dimaksudkan dengan hawa nafsu?
Sebenar yang dimaksudkan dengan hawa nafsu ialah kita mengguna pakai sifat yang wajib kepada Allah kepada diri kita sendiri.... Kita bersangka bahawa ujud, sifat, asma' dan sifat Allah yang diperkenalkan sebagai wujud diri kita sendiri...
Untuk membetulkan pegangan ini, Allah telah menurunkan ramai Rasul dan Nabi, dan diwarisi kepada Aulia Allah sehingga sekarang ini bagi menjaga keEsaan Allah tidak tercemar....
Jadi apabila kita merasai akan wujud diri kita sendiri ini, ada tersedia jalan untuk menyelesaikan masaalah ini, dari sinilah timbulnya Agama iaitu fahaman yang diperpegangkan oleh diri seseorang.. Agama yang diiktiraf oleh Allah hanya lah Islam sahaja iaitu sentiasa menyerah diri kepada Allah (iaitu orang-orang yang muhlisin yang tidak mampu ditentang oleh iblis, mengikut janji Allah dengan iblis)...
Terdapat banyak kaedah perjalanan bagi menyelesaikan masaalah syirik yang sentiasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini...
Pokoknya bagaimana kita nak menghilangkan wujud diri disamping ujud Allah, kaedahnya mengaku yang segala sifat bagi Allah hanya milik Allah sahaja, perlaksanaannya melalui badan diri masing-masing...
Contoh :-
Kita ambil sifat wujud, kita telah tahu yang sifat wujud itu sifat wajib bagi Allah, untuk memperkenalkan dirinya Allah telah memberitahu kepada kita bahawa dia telah mengadakan tanda-tanda kewujudannya pada diri kita, apakah tanda yang telah ditunjukkan itu? Iaitu ujudnya yang dizahirkan dalam bentuk rupa wujud kita... ( jangan lupa yang wujud kita itu hanyalah sebagai tanda ujud Allah),
Firman Allah:-
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 3)
إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 4)
وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 5)
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 6)
تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّۖ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ
Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
Bangun saja dari tidur, kita sedar akan keberadaan badan diri kita ( kesedaran inilah yang selalu dikatakan barang siapa mengenal dirinya),
Setelah kita sedar akan keberadaan kita hendaklah kita mengumpulkan ilmu yang telah kita pelajari dan ketahui tadi untuk digembeling sebagai proses untuk melawan hawa nafsu kita iaitu diri kita yang disangka ada, dimana badan diri kita tidak mahu melepaskan prasangka rasa keberadaan diri kita ini, badan diri kita tetap juga nak menggunakan tanda ujud Allah ini sebagai miliknya sendiri, kuatkanlah pegangan kepada ilmu kita yang telah kita pelajari dulu dan mengakulah pada badan diri kita sendiri bahawa tanda ujud yang sedang kita rasa dan nikmati itu adalah ujud Allah yang sedang diperkenalkannya.
Apabila berjaya mengadakan pengakuan yang wujud yang Allah sedang perkenalkan itu adalah ujud Allah ( maka tertunailah sudah akan maksud kenallah akan tuhannya, beristiqomahlah sehingga kita tidak lagi kembali berpegang pada rasa wujud diri sendiri kerana itu adalah syirik yang amat tersembunyi)...
Pada masa ini kita rasa kita yang sedang mengenal Allah sebab didalam rasa dan perasaan kita, kita yang merasa akan keujudan Allah itu, masih ada dua wujud lagi iaitu ujud Allah dan wujud diri kita..
Beristiqomahlah didalam mengadakan pengakuan yang ujud yang kita sedang rasai itu ujud Allah sehingga kita dapat berpegang betul-betul dengan merasai kita yang sedang mengakui ujud Allah, didalam masa yang sama kita serapkankan akan rasa yang sedang kita rasai itu kepada Allah yang sedang merasai keujudan Allah itu, jika perlu bantulah dengan memberi soalan kepada kesedaran yang sedang kita sedar tentang ujud Allah itu, contoh siapakah yang sedang sedar akan keujudan Allah itu? Tunggulah jawapan sehingga terjawab Allah, selagi belum menemui jawapan Allah teruskanlah perjuangan murni ini,
Setelah dapat menetap pada rasa perasaan yang sedang mengenal Allah sekarang ini adalah Allah sendiri....
Teruskanlah sehingga tidak timbul lupa lagi padanya, sentiasa ingat... Ketika ini kita sudah bukan kita lagi kerana kita sudah hilang kesadaran pada badan diri yang dianggap sebagai ada kita sendiri, yang tinggal Allah yang sedar akan keEsaannya,
Inilah keadaan dimana dikatakan barang siapa mengenal tuhannya, maka binasalah jasadnya....
Bagaimana kita nak bertuhankan kepada Allah ?
Barang siapa mengenal diri, mengenallah ia akan tuhan, Barang siapa mengenal tuhan, binasalah dirinya...
Sekarang cuba kita kembali kepada diri kita, tumpukan kepada perasaan kita tanpa memikirkan apa, cuba bawa ingat atau menyebut Allah, Allah didalam hati.
Teruskan membuat tumpuan kepada perasaan kita sendiri semakin dalam..... Sekarang cuba kita tanya kepada perasaan kita itu... Kita rasa kita ada tak? Cuba rasa keberadaan yang disangka sebagai keberadaan kita, rasa betul-betul akan keberadaan yang disangka sebagai keberadaan kita ini, kewujan diri kita.
Sekarang apa yang sedang kita rasa, rasa akan keberadaan, rasa akan kewujudan diri kita... (terapkan pengetahuan kita yang diri sebenar diri itu ialah roh bukan badan kita, roh yang sedang merasa keberadaan, bukan jasad kita yang sedang berasa keberadaan kita )..
Kita rasa keberadaan kita inilah makna, kita sedang mengenal diri kita sendiri..... Roh sedang mengenal dirinya.. Rohlah yang sedang rasa kewujudannya.
Teruskan didalam sedang merasai keberadaan diri, tenangkan dan tumpukan kepada keberadaan diri kita tanpa memikirkan apa-apa dan cuba menyebut-nyebut akan nama Allah, sambil menyeru nama Allah didalam hati,
Setelah kita betul-betul tenang dan masih merasai keberadaan kita, perasaan kita itu masih tertumpu kepada keberadaan diri itu, tanyalah kepada perasaan kita itu, ada siapakah ini? Ikut sahaja apa sahaja jawapan yang perasaan anda jawab itu.. Sebelum perasaan yang anda sedang rasa itu sendiri menjawab Allah ketika rasa keberadaan itu, maksudnya sekarang kita sedang merasai keberadaan Allah..
Kita sedar sekarang ini kita sedang merasai keberadaan Allah, kita sendiri sedar yang kita sedang merasai keujudan Allah pada perasaan kita itu ( inilah yang dikatakan hanya Muhammad yang mengenal Allah).... Barang siapa mengenal dirinya kenallah akan tuhannya....
Nabi Muhammad saw berkata " Aku mengenal Allah dengan Allah"
Teruskanlah dengan perasaan kita yang sedang kita rasai sekarang ini, apa yang kita sedang rasa sekarang ini..
Kita sedang merasai akan keujudan Allah, kita sedang menikmati akan keujudan Allah, kita asyik dengan rasa kita sedang merasai keujudan Allah..
Panggillah, sebutlah, serulah nama Allah didalam batin anda, didalam perasaan anda sambil perasaan itu didalam keadaan merasai keujudan Allah ...
Asyik kita dengan perasaan kita sedang mengenal Allah itulah hanya Muhammad yang mengenal Allah..... ( barang siapa kenal diri (kenal Allah)...
Didalam keasyikkan kita sedang merasai keujudan Allah itu, kemukakanlah soalan kepada perasaan anda yang sedang anda rasa keujudan Allah itu, siapakah yang sedang merasai akan keujudan Allah sekarang ini?, ikut sahaja jawapan yang diberikan oleh perasaan yang sedang anda rasa sendiri itu ( apa sahaja jawapan yang anda terima )...
Jangan berhenti menyoal kepada perasaan anda yang sedang merasai keujudan Allah itu selagi jawapan Allah tidak anda terima daripadanya...
Semasa perasaan anda yang sedang rasa keujudan Allah itu menjawab Allah ( didalam keadaan Allah yang sedang merasai keujudan Allah )
Apabila anda sudah berjaya berada didalam keadaan Allah yang sedang merasai keujudan Allah ( Tiada hamba tiada tuhan hanya Ujud Esa semata-mata)..
Inilah apa yang dikatakan "ariftu robbi bi robbi" mengenal tuhan dengan tuhan"...
Dia yang Awal itu namanya Hu
Dia yang akhir itu namanya Allah
Dia yang batin itu namanya Muhammad
Dia yang zahir itu namanya Adam
Perkara ini bukan perkara fikirkan, tetapi kita akan mengalami sendiri, bukan perkara untuk difikir-fikirkan lagi, kita yang akan mengalami sendiri, kita yang akan merasai sendiri,
Sebelum kita mengalami sendiri kita cuma tahu dari segi ilmu, apabila kita sudah mengalami sendiri, kita merasai sendiri, tiada satu kata-kata, tiada satu fikiran yang boleh mentafsirkan keadaan itu.
Nafi dan isbat pada tahap pengetahuan terbahagi kepada dua keadaan yang berbeza iaitu nafi ( iaitu mentiadakan ) dan isbat ( iaitu mengadakan )
"Tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa yang membezakan diantara keduanya maka ianya kafir"
Apabila sampai kepada praktikal, iaitu kita mengamalkan ilmu pengetahuan yang telah kita pelajari, hanya dengan mengadakan pengakuan yang perbuatan, nama, sifat dan zat Allah yang sedang diperkenalkan melalui badan diri kita masing-masing dan pada sekalian alam adalah perbuatan, nama, sifat dan zat Allah sendiri...
Dengan mengaku bahawa kepada apa yang sedang kita sedar dan rasa sekarang ini( semasa melakukan tafakur) samada perbuatan, nama, sifat atau zat yang tertera, yang ternyata, yang sedang dirasai pada badan diri kita sendiri adalah perbuatan, nama, sifat dan Ujud Allah sendiri..
Dengan mengadakan pengakuan yang perbuatan, nama, sifat dan wujud yang sedang dirasai pada badan diri sendiri itu adalah perbuatan, nama, sifat dan Ujud Allah sendiri,
Bermaksud kita telah mengisbatkan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah kepada Allah, dengan pengakuan ini juga secara automatik kita telah menafikan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah kepada badan diri sendiri dan kepada selain dari Allah..
Jauh beza diantara ilmu pengetahuan dengan keadaan yang sebenar....
Untuk memahami apa yang diperkatakan hendaklah kita beramal, atau kita mesti melalui pengalaman beramal sendiri, bukan sekadar tahu dan bercakap sahaja...
Tanpa mengalami sendiri kita belum lagi dapat menikmati maksud dari ilmu yang telah kita pelajari.
Makam fana' dan makam baqo' sebenarnya bila disebut adalah dua keadaan yang berbeza tatapi apabila dialami adalah satu keadaan dimana hapusnya wujud diri dan selain dari Allah kepada Ujud Allah, maksudnya yang nyata Ujud hanya Allah sahaja..
Yang fana' itu tidak pernah ada pun, ( yang difana'kan hanyalah anggapan atau sangkaan kita selama ini kepada yang telah pun selamanya fana' tetapi diadakan oleh sangkaan keakuan sendiri atau hawa nafsu kita sendiri)..
Kesedaran yang telah dapat memasuki sehingga kepada Allah yang sedang merasai Ujudnya sendiri, inilah yang diistilahkan kepada baqo', setelah keadaan ini telah dapat dicapai automatik selain daripada Allah fana' dengan sendirinya iaitu kembali seperti asalnya iaitu tidak ada ( fana')
KeEsaan Allah taala bukanlah kita memahami dengan mengambil faham bahawa hamba itu tuhan dan tuhan itu hamba.
Hamba itu adalah hamba ( yang tidak pernah wujud ) walaupun sesaat, wujudnya hamba hanya pada panggilan nama sebagai hamba untuk menerangkan akan keUjudan Allah.
Panggilan nama hamba ini sebenarnya menunjukkan Allah sedang menerangkan, Allah sedang menunjukkan, Allah sedang memperkenalkan UjudNya kepada badan diri masing-masing dan kepada keseluruhan alam, menerangkan kepada kita bahawa hamba itu sebenarnya tidak ada dan binasa selama-lamanya.
Hamba itu hanyalah panggilan nama kepada sesuatu yang tidak ada yang membawa maksud kepada hamba itu tidak pernah ada yang ada itu hanya Allah..
Ada Allah yang dinyatakan melalui hamba itu adalah sebenarnya ada Allah sendiri yang sedia adanya sendiri, bukan kerana adanya Allah itu disebabkan kerana binasanya hamba... kerana hamba itu telahpun binasa selama-lamanya.
Adanya hamba hanyalah kepada nama panggilan ( hamba ) itu hanya untuk menunjukkan perbezaan diantara Ujud zat Allah semata-mata dengan Ujud Allah yang sedang ditajallikan, Ujud Allah yang sedang diperkenalkan.... (Disini menerangkan bahawa hamba itu hakikatnya tidak ada), yang ada selama-lamanya (khodim) adalah Allah...
Adanya hamba adalah hanya pada anggapan atau sangkaan hamba itu sendiri, hamba itu sendiri yang merasa atau menyangka dirinya ada dan diadakan oleh tuhan, (sepatutnya setiap hamba merasai hamba tidak pernah ada, kerana hamba itu adalah penampakkan ayat-ayat atau tanda-tanda ujud Allah yang sedang diperkenalkan...) maksudnya Allah sedang memperkenalkan dirinya sendiri kepada dirinya sendiri....
Apabila hamba itu berasa atau menyangka dirinya ada, inilah yang menjadi masaalah besar kerana dengan anggapan atau sangkaan ini Allah telah berfirman "Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan"
Maksud firman Allah ini tidakkah kita melihat kepada mereka-mereka yang telah menganggap Ujud Allah yang sedang diperkenalkan sebagai wujud diri mereka sendiri"
Apabila kita menganggap atau menyangka Ujud Allah itu sebagai wujud kita sendiri maka dari sinilah timbulnya punca masaalah yang dihadapi...
Akan timbul masaalah bertuhankan kepada diri yang telah dianggap atau disangka ada oleh diri kita sendiri (hawa nafsu - keakuan diri),
Dari sini akan timbulnya bagaimana nak kembali bertuhankan kepada Allah, maka lahirlah hukum nafi dan isbat, timbullah fana' dan baqo'.. yang perlu dinafikan dan perlu diisbatkan....
Sebenarnya fana' itu tidak perlu difana'kan kerana sejak dari awal lagi sudah fana', baqo' juga tidak perlu dibaqo'kan kerana ianya sememangnya sudah baqo' sejak dari azali lagi...
Oleh kerana hamba yang tidak pernah ada telah salah anggap atau salah berpegang atau salah berprasangka tentang Ujud Allah yang sedang diperkenalkan (hamba menganggap atau hamba telah berpegang sebagai wujud hamba sendiri disamping Ujud Allah),
Untuk mengembalikan kesalah anggapan atau salah sangka ini maka timbullah hukum nafi dan isbat dimana sihamba yang telah menganggap wujud dirinya disamping Ujud Allah itu wajib menafikan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada ujud diri yang dianggap atau disangka ada oleh diri sendiri tadi dan mengisbatkan kembali segala sifat yang wajib kepada Allah itu hanya kepada Allah sendiri....
Dalam hal ini, penerangan melalui ilmu, bila disebut nafi kita wajib menolak sifat yang wajib bagi Allah kepada diri kita ( yang telah kita anggap atau disangka ada tadi), sedangkan isbat pula ialah meletakkan kembali atau mengembalikan sifat yang wajib bagi Allah hanya kepada Allah....
Melalui penerangan diatas, jika difaham secara terus, kita mesti melakukan dua perkara yang berbeza pertama nafi dan kedua isbat...
Tetapi didalam perlaksanaan kita hanya perlu melakukan satu perkara sahaja iaitu mengadakan pengakuan kepada diri (yang kita rasa ada tadi), bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada diri yang disangka ada itu adalah sifat Allah sendiri......
Dengan pengakuan seperti ini sahaja telah terlaksana perbuatan mengisbatkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah dan dengan sendirinya sifat yang wajib bagi Allah itu ternafi keatas diri yang dianggap atau disangka ada tadi...
Dengan mengadakan pengakuan yang sifat yang wajib bagi Allah yang tertera keatas diri yang disangka ada tadi adalah sifat Allah sendiri, secara automatik segala sifat yang wajib bagi Allah tadi ternafi kepada diri yang disangka sebagai diri sendiri..
Jika tidak mampu untuk terus membuat pengakuan maka cubalah berlatih sedikit demi sedikit dengan mengajukan soalan kepada diri yang disangka ada itu... Rasakan keberadaan diri, didalam masa yang sama ajukan soalan kepada diri itu" SIAPAKAH YANG ADA, HIDUP, TAHU, BERKUASA, BERKEHENDAK., MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA dll ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"
Tujuan memberi soalan ialah untuk memperingatkan kepada diri, kita selalu lupa untuk mengaku yang Allah itu Allah, dengan soalan dan jawapan seperti diatas secara tidak langsung berlakulah pengakuan yang Ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah itu adalah Ujud, sifat, asma' dan Afa'al Allah, yang selama ini dianggap dan disangka sebagai wujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri..
Maafkan saya jika penerangan saya ini boleh membawa kepada kekeliruan....
Untuk tidak mengelirukan, lakukan dan rasa sendiri keadaan itu, jangan buat tafsiran ini melalui akal dan fikiran sendiri...
Terjunlah kelembah perjuangan ini sendiri, setelah dirasai sendiri itulah keadaan sebenarnya yang saya maksudkan...
Lagi sekali saya memohon maaf kepada semua, semuga hampir kepada faham juga.
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Didalam memahami firman Allah seperti ayat diatas kita perlu memahami akan maksud yang tersurat dan yang tersirat
1. Mengeluarkan anak-anak Adam dari tulang belakang mereka maksudnya didalam proses Allah ingin memperkenalkan diri dari perbendaharaannya yang tersembunyi (zatnya semata-mata), sampai kepada mertabat keempat didalam mertabat tujuh (iaitu pada alam bapa), Allah telah menyatakan dirinya didalam bentuk dan nama yang dipanggil sebagai anak Adam, lagi sekali Allah telah menerangkan kepada kita bahawa pada masa ini Allah telah pun memberi peringatan kepada anak adam itu (bahawa ada kamu itu bukanlah menunjukkan ada kamu sendiri tetapi sedarlah bahawa ada kamu itu sedang menerangkan adanya aku) didalam bentuk pertanyaan bukankah Aku ini tuhan kamu?
2. Maksud kepada soalan ini ialah fahamkah kamu bahawasanya segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada kamu itu bukan milik kamu sendiri tetapi sebenarnya segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada kamu itu hanyalah milik AKU (Allah),
3. Maka zuriat anak Adam memahami akan keadaan ini dan mengaku akan kebenaran ini dengan jawapan bahkan engkaulah tuhan kami. Dengan membawa maksud bahawa segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada zuriat Anak Adam itu adalah milik Allah sendiri, Anak Adam ini tidak memiliki apa-apa hanya sekadar menyatakan wujudnya Allah yang dipanggil sebagai tuhan..
4. Keadaan ini berterusan sehinggalah setelah anak adam keluar dari rahim ibunya, (sebagai Insal Kamil), mereka masih lagi tidak rasa memiliki segala wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai wujud, sifat, asma' dan afa'al sendiri sehinggalah mereka mula berakal...
Dalam perkara mengenal diri ini kita selalu menggunakan 3 ungkapan untuk menyelaraskan kefahaman mengikut tauhid yang sebenar iaitu
1. "Awal ugama mengenal Allah" tidak dikatakan seseorang itu berugama sebelum ia berpegang dengan iman, islam, tauhid dan makrifat... Maksud seseorang yang berugama ialah mereka-mereka yang sentiasa berpegang teguh kepada 4 perkara seperti yang tersebut iaitu iman, islam, tauhid dan makrifat....
Sebelum dapat berpegang dengan ugama (iman, islam tauhid dan makrifat seperti yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya "sesungguhnya agama yang diterima Allah hanyalah Islam" iaitu orang-orang yang sentiasa berserah diri kepada Allah (muhlisin)...
Tidaklah akan sempurna ugama seseorang jika belum lagi mengenal Allah kerana ada ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar faham iaitu "Awal ugama mengenal Allah" ungkapan ini memberi makna kepada kita sebelum kita dapat menyerahkan diri (Islam) kepada Allah, terlebih dahulu kita wajib mengenal Allah. Jika tidak mengenal Allah, bagaimana nak berserah diri secara total kepada Allah (muhlisin)..
2. Dalam hal mengenal diri, ada pula ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar-benar faham iaitu "barang siapa mengenal dirinya, kenallah akan tuhanNya, barang siapa mengenal tuhannya, binasalah jasadnya"
3. Untuk kesempurnaan faham kepada mengenal tuhan kita tidak boleh tinggal kepada ungkapan "Ariftu robbi bi robbi" Aku kenal tuhanku dengan tuhan ku supaya fahaman kita tidak bercampur dengan syirik yang tersembunyi, supaya tidak terlahir didalam fahaman dan pegangan kita bahawa diri kita yang disangka ada itu yang mengenal Allah, kerana sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengenal Allah.
Saya suka menghuraikan perkara ini kerana ketiga-tiga ungkapan diatas teramatlah perlu dan saling berhubung kait diantara satu sama lain...
Setelah dapat memahami dari segi ilmu yang sepatutnya difahami dengan sewajarnya dari bimbingan seseorang yang telah dapat menyelami segala makna ketiga-tiga ungkapan diatas melalui perjalanan kerohanian mereka...
Setiap seorang dari individu itu juga wajib menjalani perjalanan kerohanian mereka sendiri, setelah dapat menjalani perjalanan kerohanian dan dapat merasai sendiri seperti apa yang diperkatakan oleh ketiga tiga ungkapan itu secara terus tanpa ada lagi perbezaan diantara ucapan kita dengan pegangan kita..
Contoh kita kata "Laa ilaha illallah" Tiada Ada hanya Allah , kita juga betul-betul dapat merasai keadaan Tiada Nyata hanya Allah pada badan diri dan pada sekalian alam ini..
Tidaklah sesuatu kebenaran itu ternyata kebenarannya selagi badan diri kita belum lagi dapat merasai sendiri akan keadaan itu..
Kepada para sahabat semua, laluillah sendiri jalan yang lurus yang telah tersedia ada pada setiap badan diri kita sendiri dan rasailah sendiri, itu adalah sebaik-baiknya.
Selalulah ingat kepada firman Allah
34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?"
Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah;
dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".
13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"
Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?
Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?
Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri yang dirasakan Ada "SIAPAKAH YANG (apa yang sedang disedari sekarang ini, contoh Ada, Hidup, bercakap dll) ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"
Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta dan Allah sedang menjadikan dan mentadbir dan menguasai segala sesuatu...
Amalkanlah seperti yang diperkatakan mudah-mudahan diberi hidayah oleh Allah supa terhindar dari seperti apa yang difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
Dan dapat memahami akan firman Allah seperti dibawah dengan sebenar-benar faham yang akan diberikan oleh Allah sendiri
20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.