Pages

Jumaat, 14 November 2014

Rukun Dan Syarat Mengenal ALLAH.

Rukun Dan Syarat Mengenal ALLAH.
Mengenal ALLAH adalah satu ibadah yang diwajibkan ke atas setiap mukhalaf. Ia adalah salah satu dari fardu ain yang perlu dipelajari. Untuk mengenal ALLAH mesti ada rukun dan syaratnya.

Rukun Mengenal ALLAH.
Rukun untuk mengenal ALLAH ada 2 iaitu:
1. Akal
2. Ilmu

1) Akal.
Mengenal ALLAH adalah dengan menggunakan akal. Akal diperlukan kerana banyak yang perlu dibahaskan mengenai DIRI ALLAH itu. Untuk membahaskan sesuatu perkara itu mestilah seseorang mesti berfikir. Berfikir adalah melalui akal. Maka itu orang yang kurang akal atau orang gila tidak wajib atasnya mengenal ALLAH kerana tidak kemampuan untuk menggunakan akalnya.


2) Ilmu.
Mengenal ALLAH adalah dengan ilmu. Ilmu untuk mengenal ALLAH dinamakan Ilmu Tauhid. 
Ilmu mestilah dibelajar dari guru yang sahih. Belajar Tauhid hanya melalui buku sahaja tidaklah digalakkan kerana ilmu mengenal ALLAH memerlukan penerangan dan berbahasan yang benar dan betul supaya kita dapat akidah yang benar dan betul juga.


Syarat Mengenal ALLAH. 

Syarat mengenal ALLAH ada 3 iaitu :-
1. Iktikad yang putus.
2. Muafakat yang benar.
3. Dalil. 

1)Iktikad yang putus.
Erti iktikad ialah kepercayaan dalam hati. 
Akidah adalah perkara-perkara yang diisi di dalam kepercayaan itu.
Putus adalah jazm. 
Bila ada jazm tidak boleh ada syak, zan dan waham.

Apakah ertinya perkataan-perkataan ini?
Erti dalam hukum :- 
* Syak - 1/2 (separuh) percaya, 1/2 (separuh) tidak percaya. Ertinya berbelah bagi.
* Zan - 1/4 (suku) percaya, 3/4 (tiga-suku) tidak percaya, Ertinya lebih banyak syak.
* Waham - 3/4 (tiga suku) percaya, 1/4 (suku) tidak percaya.Ertinya kurang syak.

Maka iktikad yang putus ertinya kepercayaan yang tidak mengandungi syak, zan dan waham.
Iktikad yang tidak putus iaitu yang mengandungi perasaan syak, zan dan waham adalah iktikad yang batal.
Kepercayaan kepada ALLAH tidak boleh berbelah bagi. 
Iman datang dari hati yang jazm. 
Iman datang setelah dibahas dan dihurai dengan luas tanpa ada rasa ragu lagi tentang kebenarannya. 
Inilah yang dikatakan iktikad yang putus.

2) Muafakat yang benar. 
Iaitu ikut iktikad ahlil sunah waljamaah yang menjadi ikutan ramai. 
Sunah ertinya perjalanan Nabi saw. sementara jamaah ertinya ramai. 
Maka inilah iktikad yang benar kerana ia diterima ramai dan bersumberkan dari sunah Rasulullah saw.

3) Dalil. 
Erti dalil ialah bukti. 
Untuk mengenal ALLAH mestilah dengan bukti yang tidak boleh disangkal oleh akal yang sihat. Maka itulah akal sangat diperlukan dalam kita belajar mengenal sifat-sifat ALLAH. 
Akal dapat memikir dan menghukum sama ada dalil itu benar atau salah.
Dalil atau bukti akan menguatkan lagi kepercayaan atau iktikad kita terhadap sifat-sifat ALLAH itu benar. 
Tiap-tiap yang benar mesti ada dalil atau bukti atau ayat.

Belajar Ilmu Tauhid akal mesti bekerja iaitu berfikir. Hati hanya akan beriman apabila dalil telah diterima akal. Tidak sah iman hanya dengan secara bertaklik tanpa belajar. Mukmin yang enggan belajar tentang dalil sifat-sifat ALLAH dinamakan orang mukmin yang durhaka.
Erti Taklik.
Ertinya mengikut fahaman orang lain tanpa mempelajari dalil-dalil yang menguatkan fahaman itu. 
Dalam soal kepercayaan (iktikad / iman) kita tidak boleh hanya mengikut fahaman orang lain walaupun fahaman itu adalah benar dan diterima ramai. 
Iktikad atau iman mesti dengan taklik yang putus iaitu kepercayaan yang berdasarkan kepada keyakinan pada dalil-dalil itu sendiri.

Dalil sifat-sifat ALLAH terbagi 3 iaitu:-
Dalil Ijmali - iaitu dalil secara ringkas yang wajib dan menjadi fardu ain atas mukhlaf.
Dalil Tafsili - iaitu dalil yang lebih terperinci yang merupakan fardu kafiyah.
Dalil al-Qur'an - iaitu dalil yang datang dari ALLAH.

Dalil ijmali dan dalil tafsili adalah dalil akal atau dalil akli. 
Sementara dalil dari al-Qur'an adalah dalil nakli.Dalil akal -Dalil akli - ringkas & terperinci.
Dalil al-Qur'an - Dalil nakli - firman ALLAH yang wajib diterima.

Maka dalam pelajaran ilmu tauhid, setiap sifat ALLAH itu akan disertakan semua dalil iaitu yang ringkas, yang terperinci dan juga dalil dari ayat-ayat al-Qur'an supaya kepercayaan kita akan menajadi lebih kuat, yakin dan putus kebenarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.