ALLAH ITU ZAT
ALLAH itu Tuhan segala manusia. Apakah Allah itu ? Allah itu Nama / Asma’. Nama bagi siapa ? . Nama bagi DIRI ZAT. Siapa itu Zat ? ZAT inilah RAHSIA bagi manusia.
DIA Maha Mengetahui segala Alam Saghir dan Alam Kabir. Yang dikatakan Alam Saghir ialah Alam Kecil iaitu manusia itu sendiri, manakala Alam Kabir ialah Alam Semesta , bumi , matahari, bulan dan sebagainya. Menjadikan dan Yang Menciptakan serta Mematikan segala yang bernyawa.
Kebanyakan manusia tidak lazim dengan panggilan ZAT tetapi Nama Yang Agung bagi manusia ialah Allah. Sebut Allah semua orang faham,
Dialah Tuhan. Sebut Zat tidak ramai yang tahu, kerana apa ? Kerana ahli sains telah memberi nama zat kepada besi, galian, makanan dan sebagainya.
Cuma Ahli Tasauf mengatakan ZAT WAJIBUL WUJUD atau dalam Bahasa Melayunya untuk mudah difahami ialah :-
Manusia itu mengandungi Zat…tetapi bukan zat besi, galian, vitamin dan sebagainya.
ZAT yang MELIPUTI SEKALIAN ANGGOTA MANUSIA, yang memberi PERASAAN, PENDENGARAN, PENGLIHATAN, PENCIUMAN dan PERGERAKAN. Itulah yang dikatakan ZAT.
Oleh kerana Zat ataupun Allah ini suatu Pelajaran Yang Seni maka tumpukan sepenuh jiwa kalau mahu Mengenal Tuhan.
Kerana apa ? ZAT inilah Penyelamat Diri Manusia.
Syurga atau Neraka, Mati atau Hidup semuanya bergantung pada Zat Wajibul Wujud iaitu Allah.
Islamnya sasaorang bukannya terletak pada kuat mengerjakan Rukun dan Hukum. Kafirnya sasaorang bukan terletak pada perbuatan Melanggar Rukun dan Hukum.
Islamnya sasaorang jika ia dapat MENTAATI Allah, Rasul dan Ulil Amri saperti Firman Allah An Nisa : 59 yang bermaksud :-
Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul dan Ulil Amri diantara kamu.
Cara manakah hendak mentaati Allah , Rasul dan Ulil Amri ?
Ikut Rukun dan buat Hukum ?
Ya ini adalah langkah pertama bernama Syariat.
Memperbanyakkan zikir ? Ya Ini adalah dasar Tariqat untuk mensucikan hati.
Sebelum kita mendalami apakah yang dikatakan Syariat, maka eloklah difahami dahulu perkataan dan makna ALLAH – RASUL dan ULUL AMRI.
ALLAH itu Nama bagi DIRI ZAT
RASUL itu Sifat bagi DIRI ZAT
ULIL AMRI itu Af’al bagi DIRI ZAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.