Pages

Sabtu, 28 Mac 2015

TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI


TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI
.
- Kawan yang pertama 
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. 
.
- Kawan kedua 
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. 
.
- Kawan yang ketiga 
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran,
.
MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI INSYAALLAH KITA AKAN SELAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.