Pages

Khamis, 9 Jun 2016

Azab Berbuka Sebelum Maghrib Tanpa Uzur Syarie

Azab Berbuka Sebelum Maghrib Tanpa Uzur Syarie

Saya ditanya tentang status hadis di dalam gambar ini. Saya katakan ia adalah ringkasan daripada hadis yang panjang riwayat al-Nasaie, al-Hakim, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah.

Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersejui oleh al-Zahabi, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Moga hadis ini menjadi peringatan kepada kita untuk memelihara ibadah puasa. Wallahua'lam.

Berikut merupakan potongan hadis tersebut:

Daripada Abu Umamah al-Bahili radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلاَنِ ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ ، فَأَتَيَا بِي جَبَلاً وَعْرًا ، فَقَالاَ : اصْعَدْ ، فَقُلْتُ : إِنِّي لاَ أُطِيقُهُ ،
Ketika aku sedang tidur. Datang dua orang lelaki kepada ku lalu mereka menarik lengan ku. Mereka membawa ku ke sebuah bukit yang gersang. Lalu mereka berkata kepada ku: Naiklah. Aku menjawab: Aku tidak mampu melakukannya.

فَقَالاَ : إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ ، فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِي سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا بِأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ ، قُلْتُ : مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ ؟
Mereka menjawab: Kami akan memudahkan hal ini untuk engkau. Lalu aku naik sehingga aku apabila tiba di puncaknya, aku mendengar bunyi-bunyi yang sangat kuat. Aku bertanya: Bunyi apakah itu?

قَالُوا : هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ ، ثُمَّ انْطُلِقَ بِي ، فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ ، مُشَقَّقَةٍ أَشْدَاقُهُمْ ، تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا  :
Mereka menjawab: Ini adalah jeritan ahli neraka. Kemudian aku dibawa pergi sehingga aku tiba kepada satu kaum yang dirantai pada betis mereka. Mulut mereka dalam keadaan terkoyak, dan mengalirnya darah daripada mulut mereka.

قَالَ قُلْتُ : مَنْ هَؤُلاَءِ ؟ قَالَ : هَؤُلاَءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ ،
Abu Umamah berkata: Aku bertanya: Siapakah mereka? Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Mereka adalah orang yang berbuka puasa sebelum tiba waktunya.
[Sahih Ibnu Khuzaimah, Kitab al-Sawm, hadis no: 1986]

Dr Rozaimi Ramle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.