Pages

Khamis, 23 Jun 2016

DATUK ZULKIFLI MOHAMAD PERNAH MATI EKSIDEN DAN HIDUP SEMULA

DATUK ZULKIFLI MOHAMAD PERNAH MATI EKSIDEN DAN HIDUP SEMULA

Kisah ini dah berlaku berpuluh-puluh tahun lalu di mana seorang sahabat saya bernama Zulkifli Mohamad masih hidup lagi dan sekarang dah bergelar Datuk pun. Beliau pernah mati eksiden di tangkak Muar.  Jenazahnya telah dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalani bedah siasat.

Dari fb Zakaria Bidin

Saya berkawan dengan dia tanpa mengetahui dia pernah mati lebih dari empat hari. Suatu hari, seorang kawan India Muslim, tauke restoran nasi kandar bernama Kalam dari Pulau Pinang memberitahu penyanyi Hail Amir ada buka kedai makan di Wangsa Maju.

Malam tu kami pun pergilah dan pastinya Uji Rashid ada sama yang mana kami memang berkawan rapat semasa muda remaja dulu. Saya kenal Hail Amir ketika saya di Pulau Pinang semasa melarikan diri 13 Mei 1969 dulu.

Selepas beberapa malam berlonggok di situ, saya berkenalanlah dengan beberapa artis lain seperti Datuk Zulkifli Zain, isteri dia Datin Normala Omar dan penyanyi lain seingat saya ialah Datuk A Rahman Hassan.

Suatu hari, Zulkifli Mohamad yang pernah mati itu datang cari saya. Ketika itu saya tak tahu langsung kisah pelik tapi benar itu.

Bila dia muncul sahaja, ada seseorang bisik kat saya yang dia pernah mati dan hidup semula setelah menjalani postmotem.

Normala Omar terutamanya bersedia nak tengok kesan postmotem itu. Yang lain pun turut sama nak tengok.

Kebetulan ketika itu dia takde kerana saya suruh dia beli rokok di kedai sebelah. Sebaik sahaja dia sampai, saya pun terus tanya dia apakah benar dia dah pernah mati.

Takut pula ketika itu bila dia gelak aje sambil berkata: "Saya ingat Abang Zek tahu......."

Saya terus minta tunjukkan parut di perutnya kesan postmotem itu. Dia tak berlengah lagi terus buka bajunya dan orang yang menjerit dan nak rebah ketika itu ialah Normala Omar.

Semua terkejut melihat bekas jahitan yang sebesar jahitan tali guni beras. Cukup kasar. Maklumlah jahit perut orang dah mati.

Tapi tidak siapa sangka dia akan hidup balik setelah pihak hospital gagal mengesan warisnya dan dia dijadualkan dikebumikan hari itu.

Kisahnya sepertimana Zul sendiri ceritakan kepada saya kemudiannya, hari itu dia berjaya tolak laci bilik mayat dan turun ke bawah, keluar sambil memegang perutnya berjurai dengan darah.

Seorang pun tak berani menghampiri dia. Semua orang ingat dia hantu. Akhirnya dia berjaya di bawa ke bilik bedah dan doktor jahit semula perut dia dan dia hidup sampai sekarang.

Hari itulah juga ibunya datang untuk menuntut mayat Zul. Berpelukanlah mereka. Sebelum melepaskan Zul pulang, dia perlu tandatangan satu perjanjian supaya Zul tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa. Dia dibayar RM65,000 oleh pihak hospital supaya tutup mulut.

Saya gelar dia Zul MHS (mati hidup semula). Semasa Perhimpunan Agung UMNO dua tahun lalu, Zul MHS muncul memerhati saya dari jauh. Bila saya terpandang, dia terus lambai saya.

Sudah sekian lama saya tak jumpa, tentulah agak kecoh kami berdua. Untuk menghubungi dia, dia beri saya call card dia yang sudah bergelar Datuk.

Saya terus panggil dia Datuk Zul. Dia masih tinggal di Setapak Jaya. Tidak jauh dari rumah Hail Amir.

Rupa-rupanya sebelum ini Datuk Zul tidak pernah mahu tunjuk kepada sesiapa kerana dia takut dengan perjanjian dia dengan hospital.

Saya pernah tulis rencana bersiri dalam akhbar Tempo. Baru masuk siri ke dua, saya diarah hentikan siri itu dari Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik, tuanpunya Akhbar Tempo.

Rupa-rupanya pihak pentadbiran Hospital Kuala Lumpur telah mencari tuanpunya akhbar dan beritahu ada perjanjian sulit dengan Datuk Zul.

Kalau sekarang, Datuk Zul boleh tuntut berpuluh juta dari kerajaan. Bukan RM65,000.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.