Pages

Selasa, 21 Jun 2016

Kisah ibu yang ingin meminjam dari anak

Seorang ibu ingin meminjam duit kepada anaknya yang telah berkeluarga. Dengan suara rendah disertai rasa malu ibu berkata:
.
"Nak, bolehkah ibu pinjam duit 100 ringgit? Ibu nak beli beras.."
.
Anaknya tidak langsung menjawab, dengan raut muka masam berkerut dia berkata: "ok ibu, nanti saya tanya isteri saya dulu", seakan berat untuk mengiyakan, kerana tidak pasti si isteri memberikan kebenaran...
.
Ketika si anak masuk ke dalam rumah dia melihat botol susu anaknya yang hampir kosong dan setiap sebotol itu berharga  beberapa ringgit, kemudian dia termenung.
.
Jika 1 sebotol habis 1 hari x 1 tin x 30 hari x 2 tahun = ??? Ibunya tadi pula meminta duit yang dia susah cari ketika kerja.... Dia berfikir, waktu bayi dia hanya diberikan susu badan oleh ibunya, harganya tak terhingga, diberikan dengan penuh kasih sayang....
.
Jika susu itu diberikan kepada seorang anak selama 2 tahun berapa yang harus anak bayar??
.
Kemudian dia berpaling dan menatap wajah ibunya yang sayu walau ibunya  telah dimakan usia.
.
"Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa sebarang rungutan, dan semua itu kuterima dengan percuma.. Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..," ujarnya sambil menangis.
.
Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi duit sebanyak rm1000 sambil menangis dia berkata: "Ibu, jangan kata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu dapat berbakti kepadamu".
.
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata si ibu dia berkata: "Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di Syurga nanti dalam bahagia.."
.
Jangan biarkan bacaan bermakna ini sia-sia tak berguna, jadikan ladang pahala dengan memberikan ke orang lain.. bagi PARA ISTERI ingatlah bahwa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
.
Semoga yg komen Aamiin mampu membahagiakan ibunya Aamiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.