Pages

Selasa, 28 Jun 2016

Ulama adalah seumpama bintang-bintang di langit

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Sayyidina Anas bin Malik RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya para ulama adalah seumpama bintang-bintang di langit yang dijadikan petunjuk dalam kegelapan di darat dan di lautan.Apabila bintang-bintang kehilangan cahayanya maka ada kemungkinan akan sesatlah Orang-orang yang berjalan di jalan-jalan."
(Musnad Ahmad)

Keterangan:Maksudnya ialah apabila ulama tidak ada maka orang ramai akan sesat.

Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas RA berkata Rasulullah SAW bersabda, "Seorang yang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid."
(Tirmizi)

Keterangan:Maksud hadis itu ialah untuk memperdayakan seribu orang abid adalah mudah bagi syaitan sementara memperdayakan seorang yang mempunyai kefahaman dan ilmu agama adalah susah.

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.