Pages

Isnin, 19 September 2016

Sultan Muzaffar mencari tuhan

Sultan Muzaffar mencari tuhan

KISAH PERTAMA
Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada bondanya tentang ALLAH. “Bonda..Dimana ALLAH danbolehkah anakanda melihatNya?”

“Oh.. ALLAH itu di Arasy wahai anakanda dan anakanda tidak dapat melihatNya kerana ALLAHberada nun jauh diatas 7 petala langit.

Sedangkan langit kedua pun manusia tidak nampak bagaimana hal keadaan zatnya lantasbagaimana mungkin anakanda akan dapat melihat ALLAH yang berada di Arasy yang terletak lebih atas dan jauh daripada 7 petala
langit?”

“Oh begitu… Bagaimana dengan dalilnya bonda?”

“Dalilnya begini.. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Diabersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan”.. dari surah Yunus ayat ke 3.”

Maka giranglah hati Raja Muzaffar kerana telah mendapat jawapan daripada persoalan yang selama inisentiasa semak difikirannya.

Masa pun berlalu.. hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan
berganti tahun, maka telah remajalah Raja Muzaffar. Suatu hari Raja Muzaffar diperintahkan ayahandanya supaya belajar ilmu-ilmu agama dari Syeikh Abdullah selaku Mufti di negeri ayahandanya itu.

Maka tidak sabar-sabarnya lagi Raja Muzaffar mahuberguru dengan Syeikh Abdullah sementelah pelajaran agama adalah yang paling diminatinya.

KISAH KEDUA
Suatu hari sambil duduk-duduk santai dengan Syeikh Abdullah tiba-tiba Raja Muzaffar ditanyai Syeikh Abdullah dengan 2persoalan yang tidak asing baginya.

“Wahai anakanda Putera Raja.. Dimana ALLAH dan bolehkah anakanda Putera RajamelihatNya?”

Sambil tersenyum Raja Muzaffar menjawab sebagaimana yang telah diajarkan bondanya dahulu. “ALLAH itu di Arasywahai Syeikh Guru dan beta tidak boleh melihatNya kerana ALLAH berada nun jauh diatas 7 petala langit.”

Tersenyum kecil SyeikhAbdullah mendengar jawapan muridnya itu dan sejenak selepas menghela nafasnya Syeikh Abdullah lalu bersuara.. “Begini
anakanda Putera Raja…

ALLAH itu bukannya makhluk seperti kita lantaran itu ALLAH tidak seperti kita. Apa sahaja hukum yangterjadi pada makhluk tidak berlaku seperti itu atas ALLAH.

Oleh itu ALLAH tidak bertempat kerana bertempat itu hukum bagimakhluk.” “Lantas dimana ALLAH itu wahai Syeikh Guru?”
“ALLAH itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud ALLAH tidak berhajat pada sesuatu zat lainuntuk ditempati.

Jika kita mengatakan ALLAH berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati maka ketika itu kita telahmenyerupakan ALLAH dengan keadaan makhluk.

Ketahuilah, ALLAH tidak serupa dengan makhluk berdasarkan kepada dalil dari
surah asy-Syuura ayat 11 yang bermaksud “Dia tidak menyerupai segala sesuatu.” ALLAH tidak berdiam di Arasy kerana Arasy ituadalah makhluk.

Bagaimana mungkin makhluk dapat menanggung zat ALLAH sedang bukit dihadapan Nabi Musa pun hancur kerana
tidak dapat menanggung pentajalian ALLAH.”

Raja Muzaffar mengangguk- anggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian SyeikhAbdullah menambah.. “Berkenaan tentang anakanda Putera Raja tidak boleh melihat ALLAH itu adalah betul namun bukanlah keranaALLAH itu jauh maka anakanda Putera Raja tidak boleh melihatNya.”

“Jika bukan begitu lantas bagaimana Syeikh Guru?” Tanya
Raja Muzaffar beria-ia ingin tahu. “Sebenarnya kita tidak dapat melihat ALLAH bukanlah kerana faktor jarak tetapi keranaketerbatasan kemampuan penglihatan mata manusia yang tidak mampu melihat zatNya.

Ini bersesuai dengan firman ALLAH yang
bermaksud “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang MahaHalus lagi Maha Mengetahui.”.. dari surah al-An’am ayat 103.”

Terdiam Raja Muzaffarmendengar hujah gurunya itu. Barulah beliau sedar bahawa apa yang menjadi pegangannya selama hari ini adalah salah.

Peganganyang mengatakan bahawa ALLAH itu di Arasy dan ALLAH tidak boleh dilihat kerana faktor jarak adalah satu kesilapan.

Huraiandaripada gurunya melalui ilmu Kalam membuatkan Raja Muzaffar begitu kagum dengan kekuasaan akal yang dapat menghuraikansegala- galanya tentang Tuhan.

Bermula dari hari itu Raja Muzaffar berpegang dengan hujah gurunya bahawa ALLAH itu tidakbertempat dan manusia tidak boleh melihat ALLAH kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia.

Akhirnya denganberkat ketekunan dan kesungguhan, Raja Muzaffar telah berjaya menguasai ilmu-ilmu ketuhanan menurut peraturan ilmu Kalam sebagaimana yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah hingga mahir.

KISAH KETIGA
Masa terus berjalan dan kini Raja Muzaffar telah dewasa. Oleh kerana begitu minatnya yang mendalam tentang ilmu-ilmuketuhanan maka beliau meminta izin daripada ayahandanya untuk menperdalamkan lagi ilmu pengetahuannya dengan belajar dari
guru-guru yang berada diluar istana

sementelah Syeikh Abdullah telah meninggal dunia. Ayahandanya memberi izin lalu tanpaberlengah Raja Muzaffar menemui sahabat- sahabat sealiran almarhum Syeikh Gurunya untuk melanjutkan pelajaran.

RajaMuzaffar mempunyai sikap yang pelik. Saban hari apabila beliau melalui pekan-pekan kecil untuk sampai ke rumah guru-gurunya,beliau akan bertanya kepada setiap orang yang ditemuinya dengan soalan yang pernah ditanya kepada bondanya iaitu dimana
ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?.

Bagi sesiapa yang menjawab soalannya itu sebagaimana yang pernah dijawab olehbondanya maka beliau akan membetulkan kefahaman orang itu dengan hujah almarhum gurunya Syeikh Abdullah.

Jika orang itutidak mahu tunduk dengan hujahnya maka orang itu akan dipukulnya sebelum diusir dari negerinya itu.

Begitulah sikap RajaMuzaffar setiap hari sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua yang sedang bertungkus-lumus menyediakan air
minuman untuk diberi minum kepada orang yang lalu-lalang disebuah pekan tanpa mengambil sebarang upah.

Melihat kelakuan pelikorang tua itu lantas Raja Muzaffar mendekatinya. “Hei orang tua.. mengapa kamu tidak mengambil upah atas usahamu itu?” Tanya
Raja Muzaffar tegas.

Orang tua yang sedari tadi begitu khusyukmengagih-agihkan minumannya itu terkejut dengan pertanyaan Raja Muzaffar lalu meminta Raja Muzaffar memperkenalkandirinya.

“Siapakah tuan ini?” Tanya si Tua. “Beta adalah Putera Raja negeri ini!” Jawab Raja Muzaffar tegas. “Oh kalau begitu
tuan ini tentu Raja Muzaffar yang terkenal dengan ketinggian ilmu ketuhanan itu.

Tapi sayang, tuan hanya tahu ilmu tentangALLAH tetapi tuan sendiri belum mengenal ALLAH. Jika tuan telah mengenal ALLAH sudah pasti tuan tidak akan bertanya kepadasaya soalan tuan tadi.”

Terkebil-kebil mata Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Hatinya terpesona dengan ungkapan
‘mengenal ALLAH’ yang diucapkan orang tua itu. Lantas beliau bertanya kepada orang tua itu.

“Kemudian apa bezanya antara‘tahu’ dengan ‘kenal’?” Dengan tenang si Tua itu menjawab.. “Ibarat seseorang yang datang kepada tuan lantas menceritakan
kepada tuan tentang ciri-ciri buah nangka tanpa menunjukkan zat buah nangka, maka ini mertabat ‘tahu’ kerana ianya hanyasekadar maklumat dan orang yang berada pada mertabat ini mungkin akan menyangka bahawa buah cempedak itu adalah nangkakerana ciri-cirinya seakan sama.

Berbanding seseorang yang datang kepada tuan lantas menghulurkan sebiji buah nangka, maka inimertabat ‘kenal’ kerana zatnya terus dapat ditangkap dengan penglihatan mata dan orang yang berada padamertabat ini pasti dapat mengenal mana cempedak dan mana nangka dengan tepat.”

Raja Muzaffar mendengar dengan teliti
huraian si Tua itu. Diam-diam, hatinya membenarkan apa yang diperkatakan si Tua itu. Kemudian terlintas dihatinya untukbertanyakan soalan yang lazim ditanyanya kepada orang ramai.

“Kalau begitu wahai orang tua silalah jawab persoalan beta ini..

Dimana ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?”

“ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihatNya.” Jawab siTua dengan tenang.

Tercengang Raja Muzaffar mendengar jawapan orang tua itu. Seketika kemudian terus saja orang tua itudipukulnya sehingga jatuh tersungkur.

Melihat orang tua itu tidak cuba mengelak pukulannya bahkan langsung tidak menunjukkanreaksi takut maka Raja Muzaffar pun lantas bertanya..

“Kenapa kamu tidak mengelak pukulan beta wahai orang tua?”

“Bukankah tadi sudah saya bilang.. tuan ini hanya orang yang tahutentang ALLAH tetapi bukannya orang yang benar-benar mengenal ALLAH.”

Terdiam Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tuaitu. Kemudian beliau menenangkan dirinya lantas bersegera duduk diatas tanah dihadapan orang tua itu.

“Baiklah orang tua. Silalahhuraikan jawapan kamu tadi sebab beta berpegang bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat ALLAH.”

“ALLAH itu tidak bertempat adalah menurut pandangan hukum akal sahaja sedang pada hakikatnya tidak begitu.”

Ujar orang tuaItu sambil mengesat bucu bibirnya yang berdarah. Kemudian beliau menyambung..

“Bukankah ALLAH itu wujudNya esa?” “Benar.”Jawab Raja Muzaffar.

“Jika ALLAH itu wujudNya Esa maka sudah barang tentu tidak ada wujud sesuatu bersertaNya.”

“Benar.”Jawab Raja Muzaffar. “Lantas bagaimanakah kedudukan wujud alam ini jika ALLAH itu diyakini wujud tanpa ada selain zat yangwujud bersertaNya dengan pandangan mata hati?”

Raja Muzaffar memejamkan matanya rapat-rapat lantas dikerahkanpandangan
mata hatinya untuk memahami persoalan yang ditanyai orang tua itu.

Tiba-tiba akalnya dapat menangkap dan memahami hakikatalam ini jika ianya merujuk kepada ruang lingkup keesaan wujud ALLAH.

Lantas beliau membuat satu kesimpulan.. “Jika dipandangdari sudut esanya wujud ALLAH maka alam ini tidak lain melainkan diriNya sendiri…

Tiba- tiba sahaja perkataan itu terpacul keluardari bibirnya. Terkebil-kebil matanya apabila mendengar ucapannya sendiri. Maka lidahnya kelu dan akalnya lumpuh. Terkejut.Tergamam. Terbungkam.

“Jadi kalau begitu ketika tuan memandang alam ini, siapa yang tuan pandang pada hakikatnya?” Pantas
soalan itu diajukan kepada Raja Muzaffar.

“Pada hakikatnya beta memandang ALLAH!” “Nah kalau begitu bukankah ALLAH adaberfirman yang bermaksud “Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah ALLAH” dari surah al Baqarah ayat 115

dan dalamsurah al Hadiid ayat 3 yang bermaksud “Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.” Kemudian orang tua itubertanya lagi..

“Dan sekarang dapat atau tidak tuan melihat ALLAH ketika ini” “Ya.. beta menyaksikan dengan ainul basyiroh.”
Perlahan-lahan berjujuran air mata dari bucu mata Raja Muzaffar.

Beliau menahan sebak kerana sekarang beliau sudah fahamkenapa orang tua itu tidak mengambil upah atas usahanya dan tidak mengelak ketika dipukul.

Semuanya kerana yang dipandangnya
adalah pentajallian ALLAH. Dalam hati perlahan-lahan beliau berkata.. “Memang benar sesungguhnya pada sudut ini, ALLAH beradadimana-mana sahaja dan manusia boleh melihat ALLAH.”

“Makanya wahai Putera Raja.. inilah yang dinamai sebagai ilmu hakikat.”
Semenjak hari itu, Raja Muzaffar terus mendampingi orang tua itu untuk mempelajari lebih dalam selok- belok ilmu hakikat hinggadiangkat beliau oleh gurunya menduduki kedudukan Syeikh ilmu hakikat.

Demi mempraktikkan ilmu-ilmu hakikat yang halus, Raja Muzaffar telah menjadi seorang ahli ibadah yang alim.

Beliau tidak lagiberpegang dengan fahaman almarhum gurunya iaitu Syeikh Abdullah kerana baginya jalan yang boleh membuatkan seseorang itudapat mengenal ALLAH dengan haqqul yaqin ialah dengan ilmu hakikat.

Beliau telah mengenepikan duduk didalam peraturan hukumakal sama sekali dan mulai duduk didalam peraturan musyahadah.

Bagi beliau, ilmu Kalam yang dituntutnya selama ini adalahsemata-mata salah. Setelah kemangkatan ayahandanya maka Raja Muzaffar ditabalkan menjadi sultan dinegerinya dan sekarang
beliau menyandang gelaran Sultan Muzaffar Syah pada usia 50 tahun.

Beliau memerintah negerinya dengan adil dan saksamanamun sikap peliknya yang dahulu masih diteruskannya. Dimana sahaja beliau pergi beliau tetap akan bertanyakan soalannya yanglazim itu.

Jika orang yang ditanya tidak dapat menjawab maka akan diajarkan jawabannya menurut ilmu hakikat dan jika orang itumembangkang akan dihukum bunuh.

Akhirnya kelaziman Sultan Muzaffar Syah ini membuatkan seluruh rakyat jelatanya menganutfahaman hakikat. Justeru itu rakyat jelata dinegerinya hidup aman dan makmur.

KISAH KEEMPAT
Suatu petang Sultan Muzaffar Syah yang terkenal sebagai Mursyid ilmu hakikat itu berjalan-jalan disebuah padang rumput yangluas dengan ditemani para pembesar istana.

Pandangannya tertarik pada gelagat seorang pemuda pengembala kambing dalamlingkungan usia 30an yang sedang berusaha menghalau seekor serigala yang cuba memakan kambing gembalaannya.

Bagindamendatangi pemuda gembala itu. Kelihatan pemuda itu hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada guni dan tidak mempunyaikasut sebagai alas kaki.

Rambutnya kering berdebu, bibirnya kering dan badannya kurus. “Wahai pemuda.. kenapa kamu menghalau
serigala itu dari memakan kambing itu, tidakkah kamu menyaksikan hakikat serigala itu?

Maka biarkan sahaja ALLAH bertindak
menurut kemahuanNya.” Mendengar kata-kata Sultan Muzaffar Syah itu sekonyong- konyong pemuda gembala itu menggenggampasir lantas dilemparkannya pasir itu ke muka Sultan Muzaffar Syah.

Kemudian pemuda gembala itu membongkok untuk mengambil
segenggam pasir lagi lalu dilemparkan lagi ke muka Sultan Muzaffar Syah.

Sultan Muzaffar Syah hanya tercegat sahaja mungkinterkejut dengan tindakkan pemuda gembala itu.

Pemuda gembala itu terus mahu mengambil segenggam pasir lagi dan melihat ituseorang pembesar istana yang berada disitu terus memukul pemuda gembala itu hingga beliau pengsan.

Apabila sedar dari pengsan,pemuda gembala itu mendapati tangan dan lehernya telah dipasung dengan pasungan kayu didalam sebuah penjara.

Tidak lama kemudian datang dua orang pengawal istana dengan kasar merenggut badannya dan membawanya ke suatu tempat yangamat asing baginya.

Tidak lama berjalan akhirnya mereka sampai dihadapan singgahsana Sultan Muzaffar Syah. “Mengapa kamu
melempari muka beta dengan pasir?”

Tenang sahaja pertanyaan Sultan Muzaffar Syah. “Kerana tuanku mengatakan bahawaserigala itu adalah ALLAH yakni Tuhan saya.”

“Bukankah hakikat serigala itu sememangnya begitu?”

Tanya Sultan Muzaffar Syahhairan. “Nampaknya dakwaan yang mengatakan bahawa tuanku ini adalah seorang yang mengenal ALLAH adalah bohong semata-mata.”

“Kenapa kamu berkata begitu?” “Sebab orang yang sudah sempurna mengenal ALLAH pasti merindui untuk ‘menemui’
ALLAH.”

Setelah 30 tahun baru hari ini hati Sultan Muzaffar Syahterpesona lagi apabila mendengar ungkapan ‘menemui ALLAH’ yang diucapkan oleh pemuda gembala itu.

Dahulu hatinya pernahterpesona dengan ungkapan ‘mengenal ALLAH’. Sejurus itu juga Sultan Muzaffar Syahmemerintahkan agar pasung kayu yangdikenakan pada pemuda gembala itu ditanggalkan.

“Lantas apa utamanya ‘bertemu’ berbanding ‘kenal’?” Tanya Sutan MuzaffarSyah.

“Adakah tuanku mengenali sifat- sifat Rasulullah?” Tanya pemuda gembala itu tiba- tiba..

“Ya, beta kenal akan sifat-sifatRasulullah.” “Lantas apa keinginan tuanku terhadap Rasulullah?” “Semestinyalah beta mahu dan rindu untuk menemuinya keranabaginda adalah kekasih ALLAH!”

“Nah begitulah… Orang yang sempurna pengenalannya terhadap sesuatu pastiterbit rasa inginbertemu dengan sesuatu yang telah dikenalinya itu dan bukannya hanya sekadar berputar-putar didaerah ‘mengenal’ semata-mata.

” Tiba-tiba sahaja Sultan Muzaffar Syah berteriak kuat dengan menyebut perkataan ‘Allahu Akbar’ sekuat- kuat hatinya lalubaginda jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk maka baginda kembali sedar. SultanMuzaffar Syah terus menangis teresak-esak hingga jubahnya dibasahi dengan air matanya.
Baginda memuhassabah dirinya..

“Memang.. memang selama ini beta mengenali ALLAH melalui ilmu hakikat tetapi tidak pernahhadir walau sekelumit rasa untuk bertemu denganNya. Rupa-rupanya ilmu hakikat yang beta pegangi selama ini juga salahsepertimana ilmu bonda dan ilmu Syeikh Abdullah”.. bisik hatinya.

Kemudian terlintas difikiran Sultan Muzaffar Syah untukmenanyakan soalan lazimnya kepada pemuda gembala itu. “Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab persoalan beta ini..

DimanaALLAH?” Dengan tenang pemuda gembala itu menjawab..“ALLAH berada dimana Dia berada sekarang.” “Kalau begitu, dimana
ALLAH sekarang? “Sekarang ALLAH berada dimana Dia berada dahulu.” “Dimana ALLAH berada dahulu dan sekarang?” “Dahulu
dan sekarang Dia berada ditempat yang hanya Dia sahaja yang ketahui.” “Dimana tempat itu?” “Didalam pengetahuan ilmu
ALLAH.” Sultan Muzaffar Syah terdiam sebentar sambil keningnya berkerut memikirkan jawapan yang diberi pemuda gembala itu.

Kemudian baginda meneruskan pertanyaannya lagi. “Bolehkah manusia melihat ALLAH?” “Kunhi zatNya tidak boleh dicapai denganpandangan mata kepala dan pandangan hati.”

“Sila perjelaskan lagi wahai anak muda.” Pinta Sultan Muzaffar Syah. “Begini tuanku..adapun jawapan yang diberikan oleh bonda tuanku itu diatas soalan lazim yang tuanku berikan itu adalah sebenarnya betul menuruttahapan akal tuanku yang ketika itu dinilai masih kanak-kanak.

Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Abdullah itu juga betuljika dinilai dari sudut hukum akal.

Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Tua itu juga betul jika dinilai dari sudut pengamalanmusyahadah terhadap ilmu Hakikat.

Begitu jugalah dengan jawapan yang saya berikan juga betul jika dinilai dari sudut ilmuMa’rifat.

Tiada yang salah cuma ilmu itu bertahap-tahap dan tuanku telah pun melalui tahapan- tahapan itu. Dari tahapan jahil
(ilmu bonda) ke tahapan awam (ilmu Kalam) kemudian ke tahapan khusus (ilmu Hakikat) dan akhir sekali ke tahap khawasul khawas(ilmu Ma’rifat).”

Kemudian pemuda gembala itu terus menyambung kata- katanya.. “Jika ilmu Hakikat itu jalan fana kerana menilik
kepada zat ALLAH maka ilmu Ma’rifat pula jalan baqo’ kerana menilik terus kepada Kunhi zat ALLAH.

Maka jawapan bagi persoalan
tuanku itu secara yang dapat saya simpulkan ialah Tiada yang tahu dimana ALLAH melainkan ALLAH dan tiada sesiapa yang dapatmelihat ALLAH melainkan diriNya sendiri.”

Sultan Muzaffar Syah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. “Jadi
bagaimana hendak sampai ke tahap mengenal ALLAH dengan sempurna sehingga terbit rasa ingin untuk menemuiNya?”

“Janganmengenal ALLAH dengan akal sebaliknya mengenal ALLAH dengan ALLAH.”

“Kemudian, apakah cara-caranya untuk dapat bertemudengan ALLAH?”

“Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “.. Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka
hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dalam beribadat kepadanya”.. dari surah alKahfi ayat 110.”

Mendengar penjelasan daripada pemuda gembala itu hati Sultan Muzaffar Syah menjadi tenang dan akhirnyabaginda diterima menjadi murid si pemuda gembala itu.

Kerana kesungguhan yang luarbiasa dalam menuntut ilmu Ma’rifat makabaginda mahsyur terkenal sebagai seorang sultan yang arifbillah lagi zuhud dan warak.

Kemudian rakyatnya dibiarkan bebas untukberpegang pada mana-mana fahaman pun asalkan ajarannya masih didalam ruang lingkup yang mengikuti peganganAhlussunnah wal Jamaah.

Dan sekarang pada usia 70 tahun barulah Sultan Muzaffar Syah sedar dan faham bahawa untuk memahamitentang ALLAH maka seseorang itu harus melalui tahapan-tahapan yang tertentu sebelum seseorang itu layak dinobatkan sebagai
arifbillah.

Baginya samada ilmu Kalam, ilmu Hakikat atau ilmu Ma’rifat maka kesemuanya adalah sama penting untuk dipelajari bagi
mewujudkan kesempurnaan untuk mencapai kedudukan Insan Kamil yang Ma’rifatullah.

Kini Sultan Muzaffar Syah sudah memahamibagaimana rasanya rindu kepada ALLAH dan bagaimana rasanya benar-benar tidak sabar untuk bertemu ALLAH.

Sejak semalammulutnya tidak henti-henti asyik mengucapkan kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH dan kadang-kadang terlihat deruan air mata jernih
mengalir perlahan dipipinya sewaktu dipembaringan.

Perlahan-lahan pemuda gembala menghampiri Sultan Muzaffar Syah yang
sejak 20 tahun lalu tinggal bersama dengannya dirumah usangnya lantas meletakkan kepala muridnya itu diribaan silanya denganlinangan air mata.

Kini nafasnya mulai tersekat-sekat dan melihat itu, pemuda gembala merapatkan bibirnya ke telinga SultanMuzaffar Syah lantas mentalqinkan baginda dengan dua kalimah syahadah seraya diikuti baginda dengan senyuman.

Sejuruskemudian Sultan muzaffar Syah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Suasana hening… pemuda gembala menunduk sahaja dansebentar kemudian dia berkata.. “Wahai alangkah beruntungnya.. sekarang tuanku benar-benar telah menemui ALLAH dan dapatmengenalNya dengan sebenar-benar kenal.

Wahai ALLAH, masih belum layakkah untuk aku bertemu denganMu.. aku mencemburuiSultan Muzaffar Syah ini maka jemputlah aku menghadapMu Ya ALLAH…”.

Sebentar kemudian pemuda gembala itu pun turut rebahdan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Suasana kembali hening……… TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.