Pages

Ahad, 27 November 2016

Doa yang patut di baca sebagai perlindungan

Doa yang patut di baca sebagai perlindungan diri tapi tidak diamal oleh orang Islam sekarang.

Sedang ini lah yang perlu diamalkan sayang sekali. Ramai yang sembuh namun sakit kembali, kenapa? Salah satu nya adalah doa perlindung diri tidak diamal.

Nabi Muhammad s.a.w mendoakan cucu nya Hassan dan Hussin dengan doa ini, juga Nabi Ibrahim a.s mendoakan anak nya Nabi Ishak a.s dan Nabi Ismail a.s dengan doa ini.

Kenapa mereka mendoakan kepada keturunan mereka ini?

Kerana mereka juga tahu gangguan syaiton, binatang buas serta ain mampu memudharatkan mereka.

Bagaimana dengan kita yang sentiasa iman turun naik, anak kita yang iman nya juga turun naik? Sudah kah kita mendoakan mereka?

Bagi yang ingin dalam bacaan saya papar kan diisini:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku memohon perlindungan untuk kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari semua godaan setan dan binatang pengganggu serta dari pandangan mata buruk.
(HR at-tarmizi dan ahmad).

.
a. Jika bayi yang dilahirkan perempuan,,

أُعِيذُكِ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

U’iidzuki …..

b. Jika bayi yang lahir lelaki,

أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

U’iidzuka …..

c. jika ramai

أُعِيذُكُم بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Lindungi orang yang kita sayang dengan mendoakan mereka. mereka sangat memerlukan doa kita. dunia makin penuh pancaroba, supaya mereka kekal berada dijalan yang benar jangan kita pernah putus doa pada mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.