KHASIAT DAN KELEBIHAN MANNA @ GAM ARAB
AL MANNA @ GAM ARAB
MAKANAN SUNNAH
YANG BERKHASIAT
POKOK AKASIA @ GAM ARAB
YANG TUMBUH DI BUMI SUDAN
Manna dikenali dan diakui oleh 3 kitab iaitu Al-Quran, Injil dan Taurat adalah anugerah Allah SWT kepada Nabi Musa A.S. Para ulama telah mengakui air zam-zam adalah “air minuman dari Syurga”, Saffron adalah “bau wangian di Syurga” dan Manna adalah “makanan dari Syurga”.
POKOK GAM ARAB YANG TUMBUH MELATA DIBUMI SUDAN
"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri"
- Surah Al-Baqarah ayat 57
Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.
Info menarik:
Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.
100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.
Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.
Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik.
Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin.
Ini bermakna Mannaadalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Manna :
-Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
-Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
-Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
-Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
-Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
-Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
-Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
KAJIAN PAKAR TERHADAP MANNA
- Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004).
Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
- Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Manna selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah.
Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).
- Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Manna pengurangan paras gula dalam darah.
- Manna adalah demulcent dan melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus.
Manna didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.
- Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik.
Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin.
Ini bermaknaManna adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
Mengikut sirah,ketika berusia 12 tahun,Nabi Musa telah melarikan diri ke Madyan (sebahagian daripada Jordan dan Saudi) akibat diburu orang-orang firaun kerana baginda telah memukul seorang Qibti pengikut Firaun. Dengan izin Allah orang Qibti (bangsa firaun) itu meninggal dunia.
Setelah beberapa lama Allah telah mengarahkan Nabi Musa datang semula semula ke Mesir untuk menyeru firaun dan pengikut-pengikutnya agar kembali beriman kepada Allah.
Di situlah berlakunya kejadian Nabi Musa mengalahkan ahli sihir firaun. Akibat dari itukan Nabi Musa dan pengikut-pengikut baginda dikejar firaun dan pengikut-pengikutnya dan Nabi Musa mengarahkan pengikutnya untuk menuju ke laut Merah.
Dengan kekuasaan Allah,Nabi Musa menghentakkan tongkat lalu terbelahlah lautan dan lautan itu bercantum kembali dan matilah firaun (Mafatah) bersama pengikut-pengikutnya di laut merah.
Kemudian Bani Israel yang bersama-sama baginda yang terselamat dari firaun meneruskan perjalanan mereka.
Sehinggalah sampai di suatu tempat,pengikut baginda meminta kepada baginda agar Allah berikan air.
Ketika inilah sekali lagi mengetuk tongkatnya kepada batu dan keluarlah 12 mata air bagi minuman 12 kaum pengikutnya tadi.
Kemudian dipohon mereka pula akan makanan dari langit,maka Allah turunkan Manna wa Salwa.
Sesetengan meriwayatkan Manna wa Salwa merupakan 2 makanan dari syurga. Dan ada juga yang memberitahu bahawa asbab Bani Israel (orang yahudi) bijak sehingga ke kala ini di sebabkan nenek moyang mereka pernah makan dari sumber makanan syurga.
Wallahua'alam.
Kesimpulan :
Allah memberi kelebihan kaum Nabi Musa dengan Manna wa Salwa.
Makanan dari syurga, iaitu manna (manisan lazat dari syurga) dan salwa (daging burung kecil yang enak). Di samping itu, mereka juga diselamatkan daripada ancaman Firaun. Namun, mereka tetap tidak berubah dan tidak bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.