Pages

Ahad, 27 November 2016

Kucing merupakan makhluk yg berkat

Tahukah anda...?

'Kucing merupakan makhluk yg berkat' Mengapa?

Kisah ini dipetik drpd kisah Badiuzzaman Said Nursi.. seorang pejuang dan pemikir Islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok ,beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.

Terlintas dihatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yg berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yg melakukan pekerjaan.

Pada malam itu Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir "YA RAHIM" berulang kali.

Pada awalnya beliau berkira ia hanya 1 mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing2 ini mengiau dgn menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan.

Kucing2 ini seperti sedang merayu kpd tuhanNya yg bersifat al-Rahim. Allahuakbar!!! Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yg berkat di sisi Allah.

Dan kucing tidak berzikir dgn nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dgn manusia. Kucing sgt memerlukan belas kasihan daripada manusia.

Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dgn makhluk sepertinya.

Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.

Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah. Jadi kwn2 sayangilah kucing dan jgn pernah sesekali menzaliminya. ketahuilah bahwa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita.

Setidak tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing2 ini Allah akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.