Pages

Jumaat, 25 November 2016

SETIAP NAFAS

BISMILLAH

SETIAP NAFAS

Kita mengira nafas kita adalah milik kita
Hak kita yang sudah semestinya ada
Tak pernah terfikir kalau nafas boleh pergi
Nafas seakan tak perlu disyukuri

Kerana selalu ada
nafas tak pernah dinikmati
Nafas tak pernah dicermati
Nafas selalu berlalu begitu saja
Tanpa bekas, tanpa kenangan

Padahal.. siapa kata?
Jiwa kita ada di tanganNya
Nafas hanyalah pemberian,
pinjaman sekejap
Nafas berikutnya belum tentu ada

Jadi nikmati setiap nafas saat ini
Detik ini juga
Kerana boleh jadi ia yang terakhir
Tak lagi ada nafas berikutnya

Cermati halusnya,
Kenali naik turunnya
Dan apa yang terjadi dalam tubuh
Bersamaan dengan keberadaannya

Nafas yang sudah berlalu bukan hak kita lagi
Tak perlu kita risaukan
Nafas yang belum datang bukan pula kuasa kita
Jangan pula kita khawatirkan
Serahkan segalanya hanya padaNya
Sang pemberi dan penentu nafas

Nikmati nafasmu,
Hayatilah kehangatannya
Boleh jadi ia nafas terakhir
Tapi yang pasti ia adalah nafas pertama dari hidup setelahnya
Membawa harapan baru
Akan diri yang lebih baik
Iman yang lebih kuat
Amal sholeh yang lebih banyak
Doakan saja semua
Agar diantarNya kita
Masuk dalam jalan syurgaNya
Menjadi pembawa rahmat dalam semestaNya
Bersama setiap nafas
Bersama setiap turun naiknya dada

Hamba Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.