Seorang guru agama sering bermain-main dengan seekor burung tiong yang tinggal di anjungan rumah guru itu sejak kecil dan amat jinak dengannya ...
Selepas terbang mencari makan, burung itu akan kembali ke anjung rumah guru itu. Waktu yang terluang, guru itu akan bermain-main dengan burung itu ...
Guru itu selalu menyebut khalimah syahadah dan akan diikuti oleh burung itu. Guru terhibur dengan gelagat dan kepetahan burung itu mengucapkan khalima syahadah itu ...
Pada suatu hari, ketika sedang asik mendengar burung mengulangi khalimah syahadah, guru itu tertidur ...
Sedang dalam masa yang sama, seekor kucing sedang mengendap dan menunggu masa untuk menangkap burung itu ...
Ketika guru itu terlelap, si kucing telah menambil kesempatan untuk menerkam burung itu ...
Guru terkejut mendengar bunyi bising burung tiong yang kesakitan digigit, guru bangun dan menghalau kucing itu ...
Guru cuba menyelamatkan burung itu dari menjadi santapan kucing itu. Malangnya burung itu telah lemah akibat digigit kucing tadi ...
Burung itu mengerang kesakitan di pangkuan guru itu sehinggalah burung itu terdiam, tanda nyawanya telah tercabut disebabkan oleh gigitan kucing tadi. Dan rasa sedih, guru menanam burung itu ...
Dia telah kehilangan burung tiong yang selalu menjadi penghibur hatinya selepas penat mengajar ...
Semenjak kematian burung tiong itu, guru itu selalu terdiam dan termenung hingga menimbulkan tanda tanya pada anak-anak muridnya ...
Anak-anak muridnya datang bertanyakan kenapakah guru itu termenung begitu sekali setelah kematian burung tiongnya itu ...
“Apakah guru terlalu sayangkan burung itu hingga menyebabkan guru bersedih sebegini rupa?” tanya seorang anak murid guru itu ...
Jawab guru itu, kesedihannya terhadap kematian burung tiong itu tidaklah membawa dia termenung sebegitu rupa tetapi menurutnya, beliau memikirkan ikhtibar dari kisah burung itu yang membuatkan dia sering berfikir, betapa burung itu mampu berkata syahadah dengan baik selalu walau tidak memahami apa yang disebutkannya itu ...
“Cuba kalian bayangkan, burung itu yang saban hari dimulutnya sering mengucapkan khalimah syahadah yang telah diajarkan padanya ...“
“tetapi disaat-saat kematiannya, dia hanya mengerang kesakitan dan tidakpun menyebut khalimah syahadah yang selalu diucapkan sewaktu hidupnya ...”
“dari peristiwa itu saya berfikir, apakah saya juga akan begitu disaat-saat sakaratul maut nanti?”
“walaupun saya sering mengajarkan kalian ilmu, Al-Quran, kita sering beribadah, tetapi saya amat takut tidak boleh mengucapkan ketika itu nanti ...”
“Apakah saya mampu menahan sakitnya sakaratul maut hingga lupa mengucapkan khalimah syahadah disaat-saat akhir hidup saya nanti ...?”
Barulah anak-anak muridnya tahu kenapa guru mereka sering termenung selepas kematian burung tiongnya itu ...
Jika guru yang banyak ilmu dan amalan juga risau akan tibanya sakaratul maut ...
Cuba fikirkan bagaimanakah kita? ...
Sudahkan kita dalami syahdah kita dengan ilmu secukupnya? ...
Sudahkah kita tunaikan tuntutan-tuntutan syahadah itu? ...
Sudahkah kita sempurnakan syahadah kita dengan amal dan kekuatan yang secukupnya? ...
Sudahkah kita tinggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan syahadah kita? ...
Atau kita tidak pernah mahu berfikir dan ambil peduli dengan syahadah yang ada pada kita? ...
Tidak pernah berfikir apakah kita mampu mengucapkan khalimah syahadah itu nantinya? ...
Ketika kita sedang bergelut dengan sakitnya sakaratul maut? ...
Saat-saat terakhir kita di dunia untuk menuju alam pembalasan yang seterusnya! ...
Beramalah dan berdoalah untuk saat yang pasti itu !!! ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.