Pages

Isnin, 19 Disember 2016

Sejarah kewujudan "Angin Ahmar"

Sejarah kewujudan "Angin Ahmar"

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya.

Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah Sulaiman "Siapakah engkau".

Maka dijawab olih lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar.... dan aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa

"Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan
Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang jibril kepada Nabi S.A.W.  bertanya Nabi kepada Jibril.

Maka ghaib sebentar jibril lalu kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahawa barang siapa membaca doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROK.

Doa merawat angin ahmar dan penyakit kronik

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar.

Ertinya:
Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (strok) & dan dari penyakit berat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.