Pages

Sabtu, 10 Disember 2016

SUKAR TIDUR MALAM

🍁RAWATAN ISLAM DARULMUALLIJ🍁

🍂SUKAR TIDUR MALAM🍂

🍃Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia.

Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor dibawah ini:-

1/Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga)

2/Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan)

3/ Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya)

4/Penyakit

5/Gangguan makhluk halus DOA YANG DIBACA Pesakit yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus (gangguan/sihir/saka) sering menghadapi masalah penyakit tidur.

🍃Selain daripada mendapatkan rawatan dari perawat Islam bertauliah, boleh juga amalkan adab-adab sebelum tidur :-

1▪️ Membaca 3 Qul

2▪️ Ayatul Qursi

3▪️ 3 Ayat Terakhir AL-Baqarah dan zikir fatimah (tasbih, tahmid, dan takbir 33x)

4▪️ Tambahan : Al-Kahfi-25 atau Al-Anbiyaa : 87 atau Maryam : 18 dan 98

5▪️Mengamalkan dua rangkaian doa di bawah ini yang dikenali sebagai doa Al-Araq. Amalkan nya dengan membacanya berulang kali sebelum masuk tidur.

🍃Boleh juga dibacakan keatas air dan diminum.

1◇ "Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindunginya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung didalamnya dan Tuhan pencipta syaitan dan apa yang tersesat kerananya, jadikanlah aku terpelihara dariapada kejahatan makhlukMu itu semua, sampai-sampai seseorang daripada mereka mengalahkan daku dan melakukan kezaliman. Muliakanlah pemeliharaanMu, maha bsar pujiMu, tidak ada Tuhan selain Engkau."

2◇"Ya Allah, bintang-bintang telah tenggelam, segala mata merasa tenang, sedangkan Engkau tetap hidup lagi berdiri sendiri. Tiada mengantuk dan tidur menimpa Engkau. Ya Tuhan yang hidup, Ya Tuhan yang berdiri sendiri, tenangkanlah malamku dan tidurkan mataku".

Jika masalah di atas masih berterusan maka bangkitlah diwaktu malam itu mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat taubat, solat tahajud, solat tasbih dan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan, sama ada gangguan manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali...

Us Hassan
Darul Muallij

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.